CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 15754|Reply: 44

10 Orang Wanita Nazi Paling Kejam

[Copy link]
Post time 30-10-2014 02:37 AM | Show all posts |Read mode
Selain daripada Hitler dan orang-orang kanannya yang kejam, wanita Nazi turut tidak ketinggalan menyumbangkan keganasan dan melahirkan rasa takut di kalangan para tahanan di kem-kem maut.


Kebanyakan pekerja kem-kem Nazi telah ditangkap dan didakwa atas membunuh dan menyeksa secara kejam para tahanan mereka selepas Perang Dunia Ke-2. Seramai 3600 orang wanita berkerja di kem-kem tahanan dan lebih kurang 60 orang dibicarakan di Tribunal Jenayah Perang di antara 1945 dan 1949. Daripada jumlah itu, 21 orang dihukum mati. Secara keseluruhan 5025 lelaki dan wanita didapati bersalah melakukan jenayah perang di zon-zon Amerika Syarikat, Britain dan Perancis dan lebih 500 orang dijatuhkan hukuman mati.


Wanita Nazi secara amnya merupakan golongan berpendapatan rendah dan dari kelas pertengahan, dan tiada pengalaman bekerja. Ada juga sukarelawan diperolehi dengan meletakkan iklan di akhbar-akhbar Jerman, yang meminta para wanita mereka menunjukkan taat setia dan cinta kepada Reich dan menyertai SS-Gefolge. Wanita-wanita ini dikatakan memegang jawatan yang sama rata dengan pegawai lelaki SS. Tugasan mereka adalah spesifik seperti yang diarahkan oleh Hitler. Ada juga wanita yang menyokong polisi anti Yahudi suami mereka, yang merupakan komander-komander dan menteri-menteri cabinet. Berikut adalah senarai wanita Nazi paling kejam dalam sejarah.

10. Maria Mandel



Maria Mandel adalah merupakan seorang pegawai Nazi yang bekerja di Kem Maut (extermination camp) Auschwitz-Birkenau dan kem tahanan (concentration camp) Dachau. Dia dikatakan satu-satunya wanita yang memegang jawatan paling tinggi di dalam kem tersebut. Mandel hanya menerima arahan dari komandan dan tugasnya adalah mengawasi semua tahanan dan pembantu wanita.

Dia secara tidak langsung bertanggungjawab atas kematian 500 ribu orang wanita. Ramai saksi mengatakan Maria akan berdiri di hadapan pintu gerbang Aushwitz-Birkenau hanya semata-mata untuk menunggu mana-mana tahanan yang akan memandang ke arahnya. Dia akan memilih sesiapa yang melihatnya untuk dihukum mati dengan serta merta.


Pada May 1945. Maria melarikan diri ke kawasan pergunungan di selatan Bavaria.Sebaik saja tiba di tempat kelahirannya Munzkhirchen, Austria, dia ditangkap dan disiasat oleh pegawai tentera Amerika Syarikat pada 10 Ogos 1945.Kemudian Maria diserahkan ke Poland pada November 1946.

Pada bulan yang sama, dia dibicarakan di mahkamah Krakow dan dijatuhkan hukuman mati. Dia digantung pada 24 Januari 1948.


9. Herta Oberhauser



Wanita ini dikatakan seorang doktor di kem tahanan Ravensbrück. Tapi seperti pakar perubatan yang lain di dalam kem Nazi, dia juga seorang yang ‘gila’. Oberheuser menyuntik kanak-kanak yang sihat dengan minyak dan menyaksikan mereka mati secara perlahan dan penuh terseksa. Kemudian, selepas mereka mati dia memotong anggota badan dan mengeluarkan organ-organ dalaman. Tujuh puluh empat orang mangsanya adalah tahanan politik Poland dan 86 orang lagi adalah wanita. Oberheuser juga cenderung menggosokkan objek-objek asing terhadap luka-luka para tahanan.

Namun anehnya, dia cuba meneruskan karier perubatannya selepas dibebaskan dari penjara pada 1951. Walau bagaimanapun Oberheuser tidak berjaya kerana lesen perubatannya telah ditarik dan dibatalkan.


8. Irma Grese



Irma Grese adalah salah seorang penjenayah perang wanita Nazi paling terkenal, dan sebahagian kecil wanita yang pernah bertugas di kem tahanan, yang dihukum gantung oleh tentera Pihak Berikat. Dia menjadi wanita paling muda dihukum di bawah perundangan Britain dalam abad ke-20, dan juga pengawal kem termuda dihukum gantung. ‘The Bitch of Belsen’ nama panggilannya, telah ditugaskan di Ravensbrück dan Auschwitz dan adalah warden untuk seksyen wanita di kem tahanan Bergen-Belsen .

Irma memukul mangsa-mangsanya dengan cemeti sebelum menembak mereka. Tambahan lagi, dia melepaskan anjing-anjingnya yang kelaparan ke arah para tahanan di Bergen Belsen.Menurut saksi, Irma seorang yang sadis dan mendapat kepuasan seksual dengan membunuh orang secara kejam. Bersama penjenayah perang wanita lain, dia akhirnya digantung sampai mati pada 13 Disember 1945. Irma tidak pernah mengungkap penyesalan ke atas perbuatan kejinya itu sehingga ke nafas yang terakhir


7. Ilse Koch



Ilse Koch dikenali sebagai 'Bitch of Buchenwald’. Memandangkan suaminya juga seorang pegawai SS di kem tersebut, dia gemar membawa anjing-anjingnya ke situ dan membiarkan ia menyerang tahanan wanita. Dia dikatakan juga akan menunggang kuda dan memilih tahanan untuk dibunuh dengan racun gas, terutamanya mereka yangmempunyai tatu yang menarik hatinya.

Selepas tahanan dibunuh, Koch akan melapah kulit mereka untuk dikeringkan dan diawet. Dia mengumpul kulit manusia untuk diubah menjadi sarung tangan, lamp shade, kulit buku, perabut di rumahnya dan perkakas serta item pakaian.

Dia pernah didakwa dan dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup pada 1947, namun hukuman itu telah diringankan, membolehkan Koch dibebaskan. Walau bagaimanapun, dia ditangkap semula pada 1949 dan sekali lagi dihukum penjara seumur hidup pada 1951. Akhirnya, Koch membunuh diri pada tahun 1967.

6. Juanna Bormann



Juana Bormann, pegawai wanita SS yang gemar membunuh, bertugas di kem maut Auschwitz dan Bergen-Belsen. Dia juga terkenal dengan panggilan ‘The Woman with the Dogs’, mendapat kepuasan sadis dengan melepaskan anjing-anjing serigalanya mengoyak dan mencerai-ceraikan tubuh badan para tahanan. Juana menyertai SS sebagai pekerja awam pada 1 Mac 1938 kerana – menurutnya ketika The Belsen Trial, “Saya ingin memperolehi lebih banyak wang.”

Pada 13 Disember 1945, dia digantung sampai mati, bersama-sama rakan seperjuangannya Irma Grese.

5. Ruth Closius-Neudeck



Neudeck adalah seorang Blockführerin (pengawas berek) dan dikenali dengan keganasannya yang melampau ke atas para tahanan wanita. Pada Disember 1944, dia dipindahkan ke kem maut Uckermark berhampiran dengan Ravensbrück, di mana dia secara langsung bertanggungjawab dengan pemilihan dan pembunuhan lebih kurang 5000 orang wanita dan kanak-kanak. Pada Mac 1945, Neudeck diangkat sebagai ketua subcamp di Barth.

Pada lewat April 1945, dia melarikan diri tetapi kemudiannya ditangkap dan dipenjarakan sementara British Army menyiasat jenayah yang pernah dilakukannya. Pada April 1948, dia dihadapkan ke perbicaraan Ravensbrück Trial yang ketiga, bersama beberapa wanita SS yang lain. Bekas penyelia SS yang berumur 28 tahun ketika itu, mengaku salah atas semua tuduhan membunuh dan penyeksaan yang berlaku di bawah arahannya.

Mahkamah Britain mendapatinya bersalah atas jenayah perang dan Neudeck dihukum gantung pada 29 Julai 1948.


4. Magda Goebbels



Magda adalah isteri kepada Menteri Propaganda, Joseph Goebbels.Tugas rasminya adalah menjadi hos majlis kepada isteri-isteri menteri dan pegawai tertinggi dari luar negeri.


Walaupun dia tidak berkaitan secara langsung dalam proses pembunuhan tahanan, Magda seorang yang sangat berpengaruh. Dia amat menggalakkan suaminya menyebarkan propaganda anti-yahudi. Namun begitu, walaupun mempunyai kuasa dia hanya berdiam diri ketika bapa tirinya seorang Yahudi menderita di kem maut Buchenwald.


Akhirnya, demi mengelak daripada ditangkap dan dihukum oleh pihak Berikat, Magda meracun kesemua enam orang anaknya, kemudian membunuh diri bersama suaminya.


3. Elizabeth Marschall



Elizabeth adalah ketua jururawat di kem tahanan Ravensbrück. Seperti majoriti pekerja perubatan wanita Nazi yang lain, jawatan ‘jururawat’ hanya pada nama sahaja. Dia dikatakan membuat pemerhatian ke atas eksperimentasi perubatan para tahanan di Ravensbrück. Kebanyakan eksperimen dilakukan terhadap bayi-bayi yang baru lahir dan yang mempunyai jangka hayat tidak melebihi 4 minggu. Elizabeth juga memainkan peranan penting dalam proses pemilihan ke kamar gas, iaitu secara peribadi memilih lebih daripada 800 orang wanita untuk dihantar ke Auschwitz dan seterusnya menghadapi kematian mereka di sana.

Dia digantung sampai mati pada 26 Jun 1947 di atas jenayahnya itu.


2. Vera Salvequart



Vera Salvequart, seorang jururawat di kem tahanan Ravensbrück, juga individu yang bertanggungjawab ke atas proses hukuman mati para tahanan. Dia terus meracun tahanan yang sakit daripada mengganggu proses pemindahan ke kamar gas. Vera juga menyelia hukuman gas beracun terhadap lebih kurang 1000 orang wanita di kem tersebut. Kemudian, dia mengisi sijil kematian mereka sambil memeriksa mulut mayat untuk mendapatkan gigi-gigi emas, yang akan dikumpul dan dihantar ke ibu pejabat.

Pada Jun 1947 dia juga dihukum gantung sampai mati.


1. Jenny Wanda Barkmann



Wanita keji Nazi ini merupakan pengawal kem tahanan pada Perang Dunia ke-2. Dia menyeksa para tahanan dan secara langsung berkaitan proses pemilihan wanita dan kanak-kanak untuk dihantar ke kamar gas beracun. Dikenali sebagai ‘the Beautiful Spectre’ Jenny cuba mempergunakan kecantikannya untuk menggoda warden-warden penjara British. Namun percubaannya gagal dan dia dihukum gantung juga kerana penglibatannya dalam jenayah kejam.


SOURCE
Last edited by dani-rox on 30-10-2014 02:53 AM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-10-2014 07:27 AM | Show all posts
Aku suka la tgk filem2 ada kaitan ngn nazi or zaman2 hitler ni..valkyrie..ada lg 1 x ingat tajuk..yg depa nk bakaq suma nazi dlm cinema tu..
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2014 09:03 AM | Show all posts
alieyrina posted on 30-10-2014 07:27 AM
Aku suka la tgk filem2 ada kaitan ngn nazi or zaman2 hitler ni..valkyrie..ada lg 1 x ingat tajuk..yg ...

Inglorious B*stard - Brad Pitt belakon kan
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2014 09:05 AM | Show all posts
kejam......
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2014 09:14 AM | Show all posts
lelakinaive posted on 30-10-2014 09:03 AM
Inglorious B*stard - Brad Pitt belakon kan

Ha btui..best..astro x ulang la plak..
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2014 09:15 AM | Show all posts
muka semua ganas...dah macam lelaki aku tgk...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-10-2014 09:38 AM | Show all posts
sume muke lebih kurg sama
terutama bahagian mulut
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2014 10:18 AM | Show all posts
Wanita berhati serigala galanya...lari jauh dari fitrah kewanitaan,,tapi akhir hayat tak senang jugak,,tunggu diratah dan siat siat di neraka
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-10-2014 10:54 AM | Show all posts
muke pun kejam
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2014 11:01 AM | Show all posts
Dari air muka terserlah kekejamanya
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2014 12:51 PM | Show all posts
baguslah bunuh yahudi tu.
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2014 12:51 PM | Show all posts
giler kejammmmmmmmmmmm
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2014 01:21 PM | Show all posts
em speachless,
giler kejam...

yang collect kulit org tu saikonya...
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2014 01:54 PM | Show all posts
eeemmm kesiannnnn... muka memasing mmg keras.. sekeras hati depa... giler kejam.. brutal..
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2014 02:54 PM | Show all posts
sadis yg last sekali dgn gambar dia tergantung pun dipaparkan
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2014 03:41 PM | Show all posts
dh ramai sgt depa bunuh br dpt tangakp..huhu...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-10-2014 05:58 PM | Show all posts
alieyrina posted on 30-10-2014 07:27 AM
Aku suka la tgk filem2 ada kaitan ngn nazi or zaman2 hitler ni..valkyrie..ada lg 1 x ingat tajuk..yg ...

jahat siot nazi yg dlm tu
berderau je time yg nak tunggu mati ke tidak
kena tahan ke tidak


Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2014 06:29 PM | Show all posts
Tengok muka pun dah rasa gerun.....
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2014 11:24 AM | Show all posts
kekejaman yg terlampau..
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2014 11:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Kejamnya..mcm xde hati perut
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 11:02 AM GMT+8 , Processed in 0.369018 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list