Tawau: Walaupun pernah diganggu makhluk halus selain kesihatan terganggu, situasi itu tidak pernah mematahkan semangat Hamidah Abdullah, 49, untuk mengumpul pelbagai jenis barangan antik termasuk kegilaannya menjadikan telefon bimbit model lama sebagai ‘harta pusaka’.
Bagi Hamidah atau lebih mesra dikenali sebagai Kak Midah, mengakui mula aktif mengumpul barangan antik sejak 10 tahun lalu sebelum hobinya bertukar serius tiga tahun lalu.
“Saya kini sudah memiliki lebih 100 koleksi barangan antik termasuk kenderaan seperti motosikal dan basikal selain barangan era kolonial.
“Antaranya syiling, setem, perhiasan rumah, pedang, televisyen lama selain seterika tembaga, gelas minuman, telefon, kamera, tembikar, artifak dan sebagainya,” katanya ketika ditemui di rumahnya.
Menurut Hamidah, minatnya terhadap hobi pelik itu menyebabkan ada pemilik menyerahkan sendiri barangan antik mereka untuk disimpan sebagai koleksi peribadinya.
“Ada individu menghantar sendiri barangan lama yang sudah tidak digunakan sama ada secara percuma atau menjualnya dengan harga berpatutan.
.
Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 30 Oktober 2014 @ 5:14 AM
«»
HAMIDAH menunjukkan antara koleksi yang disimpannya.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/5229#sthash.YgWDpe9y.dpuf |