CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 39366|Reply: 234

DILEMMA: Lelaki sayang atau ambil kesempatan??

[Copy link]
Post time 30-10-2014 03:22 PM | Show all posts |Read mode
Hai forumers, actually aku org baru kat sini. Aku terpanggil nak post dilema aku kat sini memandangkan aku tengah serabut sangat banyak masalah, tapi masalah yang ni paling buat aku tak tenteram, yelah mungkin sebab soal hati kan. Apa-apa pun aku mintak maaf kalau thread ni panjang dan akan meletihkan korang untuk membacanye.

Aku sebenarnya banyak pengalaman buruk dan trauma sepanjang relationship aku dengan lelaki. Mungkin sebab aku ni agak lurus orangnya dan mudah kesian dan senang tolong org, so lelaki yang kapel dengan aku banyak amik kesempatan je atas diri aku ni. Aku pernah kena kikis dengan ex aku yang aku namakan E dengan macam-macam alasan pinjam duit tapi akhirnya duit lebur macam tu je, bukan ratus-ratus je..ada gak ribu-riban kalau dah sekali pinjam mau 200-500. Sambil kikis ex aku main betina lain plak, scandal bukan main banyak. Bila kantoi aku pulak yang dibelasah dan diugut macam-macam, pendek kata susah aku nak putus dgn dia. 3 tahun jugak la dan kemuncaknya bila ada satu malam tu dia text aku kata bapak dgn bini baru nak dtg KL dari Kedah, dan nak menumpang tidur. Macam pelik nape nak tumpang rumah aku lak, bila tanya cakap dah lewat malam nak cari hotel la ape la. Dia suruh aku membatu dalam bilik dan jgn keluar, kononnya dia ckp kat bapak dia yg tu rumah dia. Bila sampai aku just dengar bunyi orang masuk, dengar tapak kaki dan bunyi pintu tutup tapi suara langsung takde. Macam ada something fishy, bila aku check rupenye betina. Elok je pakai tudung nampak macam student. AKu kena belasah teruk, sebab dia tak bagi aku tunjuk muka depan betina tu. Dan dia leh lepak plak dengan betina tu dalam bilik. So masa diorang tido aku nekad kemas baju dan minta adik aku amik dan pegi buat report polis. Malam tu aku datang bawak adik dan geng adik aku (lelaki) halau diorang dari rumah tersebut. Esoknya diorang blah tapi habis barang rumah dimusnahkan termasuk barang-barang elektrik. So aku memang serik dan trauma, takut jumpa lelaki spesis ni lagi.

Lepas kejadian dengan E tu aku jadi tak serius dengan relationship, bf datang dan pergi. Bila ada bf aku mesti curang, ada je scandal sampai la aku kenal S. S ni duda, bercerai anak 3. Umur lebih tua dari aku 3 tahun. Boleh katakan gaji stabil, dan rajin kerja. Aku ingat nak buat suami. Family da ok, tapi mamat ni jenis moody dan asyik rasa insecure. Kadang2 hal dia gadoh dengan ex-wife dia (kes cerai x settle lg) so aku kena tempiasnya, kadang-kadang sampai tak pedulikan aku langsung. Sampai satu masa dia nak putus dengan aku, alasan dia tak boleh jaga aku. So aku terkontang-kanting, sebab masa tu aku agak bergantung dengan dia financially dan dia yang hantar dan amik aku balik keje. Frust sangat, aku ada kenal sorang mamat ni kat wechat sebagai teman berbual, aku namakan sebagai K. Aku menyewa kat satu rumah ni n aku kira head la kat rumah tu. Untuk save budget, lepas kejadian dgn E dulu aku sewakan bilik dalam rumah tu kat member aku yg dah kawin sbb diorang tak mampu sewa sebiji rumah. Nak jadikan cerita aku pun tak tahu member aku tu macam lain je dengan aku, bila bertembung senyum pun macam paksa, dan kitorang macam ada perang dingin tapi aku tak tau sebab apa. Rupanya member aku tu syak dan tuduh aku ada affair plak dengan laki dia, aku dapat tau pun sebab laki dia text aku minta maaf bagi pihak bini dia. Aku terasa la jugak tapi aku diamkan je, sampai la satu hari aku kena tangkap basah kat rumah tu. Member aku sendiri yang wat report, dan masa tu dia takde kat rumah tu. Masa serabut dan frust pasal masalah ni lah, aku berbual-bual dengan K tapi dalam wechat je masa tu. K tahu keadaan aku, dia ajak jumpa dan offer nak jaga aku. Dah la aku baru kenal dia, masalah tgh banyak. Jadi takdelah terfikir nak bercinta lagi.

Sampai satu masa aku jumpa jugak K, masa jumpa aku dia bawak beg baju dan minta nak tumpang letak kat rumah aku. Dia ada suarakan ckp nak tinggal kat rumah aku, dia pun menumpang sana sini sejak bercerai (dia duda, anak 2). Aku rasa berat hati, tapi rasa KESIAN. Tu masalah aku, aku bagi dia tinggal tapi aku cakap sementara je. Sampai la sekarang, nak masuk setahun dia tinggal dengan aku. Sekarang anak pun dia bawak tinggal sekali dengan aku. Dia da mula selesa kat rumah tu, dia cari kerja tetap dan banyak jugak tolong aku kalau bab duit. K ni jenis bukan romantik, tak macam E yang manis mulut. K tak pernah ckp sayang kat aku, dan cara dia cakap dengan aku macam cakap dengan kawan-kawan je, agak kasar. Masa dengan K ni aku mula beli kereta, dan sekarang proses beli rumah yang aku duduk ni. Aku x pandai drive jadi kereta K yang guna, pegi dan balik kerja dia akan amik aku kalau dia tak balik lewat. Masalah dengan K ni, dia agak baran. Aku pernah kena pukul dengan dia, masa aku minta putus sebab dia mengamuk macam gila bila aku tak jawab call dia. Dan dia susah ditegur, kalau tegur dia tak berkenan, jadi gadoh besar sampai dia mengamuk dan pukul aku. Kalau lapar je pun dia boleh jadi macam singa. Sekarang dah kurang sikit sebab aku banyak mengalah dan diam kalau dia marah, dulu tak boleh lawan cakap langsung. Kalau blah masa dia marah pun kena pukul, depan orang pun jadi sebab aku pernah blah lari keluar rumah masa dia maki aku macam-macam. Masa tu aku jalan kuar flat. Dia kejar dan tumbuk aku slamber, orang ramai duk tgk je drama kitorang.

Sekarang aku dah tak boleh berundur, aku sedar yang atas sifat aku yang mudah kesian lagi alpa ni menjerat diri aku sendiri. K dah kurang marah, cuma kadang-kadang ditengking aku dalam fon sebab aku jenis lambat pickup ape orang cakap. Cuma sejak akhir-akhir ni, kitorang ada masalah kewangan dan K selalu kuar malam cari duit katanya. Bila dia dah 2-3 kali keluar malam tak balik aku mula risau takut dia jadi macam E dulu. Aku dah plan nak nikah dengan K awal tahun depan mungkin kat Siam je kot, cuma untuk menghalalkan hubungan kitorang. Keputusan tu aku buat sebab aku dah tak mampu nak buat dosa, aku rasa bersalah saban hari. Tapi aku trauma dengan kejadian dulu, lagipun K jenis baran jugak. Aku takut makan hati je lepas kawin. Nak mintak putus aku takut, lagipun aku tengok dia ada juga jaga aku dan berkorban utk aku. Tapi aku terfikir,dia betul sayang aku ke atau dia jaga aku sebab dia bergantung pada aku (tempat tinggal, transport)? Aku minta pendapat dan nasihat korang pasal ni. Aku tahu aku berdosa dan tak perlu cakap pasal agama dan aku harap tak ada komen yang judgemental. Aku xpernah luah kat sape pun sebab aku tak suka orang judge lebih dari nak membantu. Sekian.

Update: Aku dah buat keputusan utk kuar dari rumah tersebut. Kebetulan rumah officemate ada bilik kosong. Masalahnya officemate aku pun duduk dgn bf. Aku duduk situ dulu sementara dpt bilik sewa lain sbb bajet pn agak terhad skrg ni. K masih ugut2 cakap nk buat dajal kat aku. Kereta masih parking kt situ tp kunci aku dah amik. Tinggal nk mintak tlg sesape drive dan bwk ke tempat lain. Malam ni mungkin nak pergi amik, doakan keselamatan aku ye.  









Last edited by muziah84 on 11-11-2014 12:55 PM

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-10-2014 03:37 PM | Show all posts
Aku tahu aku berdosa dan tak perlu cakap pasal agama dan aku harap tak ada komen yang judgemental. Aku xpernah luah kat sape pun sebab aku tak suka orang judge lebih dari nak membantu


terus terbantut nk bagi nasihat
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2014 03:38 PM | Show all posts
Erk??? dah kene pukul byk kali pun nak stay jugak lg?

Kak, laki ni kalau skali jenis pukul sampai bila2 lah kne pukul. TT nak ke nti mana tahu kot kot anak tt pulak kene tempias baran dia.
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2014 03:38 PM | Show all posts
erm...berat masalah TT ni....  
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2014 03:39 PM From the mobile phone | Show all posts
maaf cakap tp aku rasa kau ni ada sedikit (mungkin banyak) kebodohan....
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2014 03:40 PM | Show all posts
ikut pada nickname, umur baru 30 ye.

yang, mana family u? nape u macam seorang diri hadap semua ni?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-10-2014 03:45 PM | Show all posts
tt penah tak single?

nampak mcm always ada laki wpn laki hampeh

Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2014 03:46 PM | Show all posts
alahai dik... ko duduk serumah ngan lelaki? since ko dh sebut psal dosa, akak assume ko dh buat benda yg bukan2. ko xrasa ke apa yg ko hadap ni antara balasan Allah?

benda 1st ko kena buat... pindah rumah, cukup2 lah duduk berdua dgn lelaki bukan mahram.

lelaki tu bukan calon yg baik utk suami. sekian
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-10-2014 03:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Wanitautk disayangi..dilayan dengan penuh kasih sayang dan kelembutan..sorry tt..environment aku membesar dan suami aku pn jenis jentik org pun x pernah...so aku mmg xleh terima laki pukul pompuan...

Klu aku la kan..ko dh pukul tu maksudnya x respek pompuan dh..bk ke idop dgn org yg x respek ko pon?
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2014 03:52 PM | Show all posts
hentikan laa semua ni TT.

Saya assume TT adalah orang Islam

kalau bukan muhrim.. tak kawen.. jangan laa duduk serumah. huhuhu
benda ni pon dah salah besar.. macam mana TT nk orang tolong TT tapi TT macam tak nak tolong diri sendiri.

Ambik langkah drastic. Suruh K keluar dari rumah tu.. TT mulakan hidup baru. Bertaubat..

Ddk 1 bumbung dengan adik/abang ipar lelaki pon aurat tetap kena jaga macam kat luar rumah.. apatah lagi dengan lelaki asing macam K.

TT.. hidup ini sementara sahaja.. yang kekal abadi nanti di Sana..

TT seorang yang pemurah dan suka membantu orang lain. Tapi matlamat tidak menghalalkan cara.

Saya harap TT bertaubat.. mulakan hidup baru.. insyaAllah Allah akan tunjukkan jalan nanti. Tapi kena berani berhijrah menjadi orang yang lebih baik.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2014 03:57 PM | Show all posts
assalamualaikum...
apersal tt nih mudah sangat bg lelaki masuk rumah...
siap boleh pindah masuk terus rumah tu..
tak yah la tt kawin dgn bf tu kat siam...sat g mesti nk cerai payah..
klu gitu perangainya teman lelaki tt mmg patut pun dia bercerai dengan isteri dia..
jika rumah tu tt menyewa baik pindah jer dari rumah tu..
pindah ke tempat org tak kenal tt...mulakan hidup baru..
jika tt dah terlanjur dengan bf tu bertaubat la...tak semestinya berkahwin dengan bf tt tu boleh merubah segalanya..
jika sekarang kurang barannya..nnt dah kawin barannya akan timbul berkali ganda lagi..
jauhi diri tt dari lelaki ini semua..

sayangi la diri tt...angkat balik martabat tt sebagai wanita Islam..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2014 04:11 PM | Show all posts
hi tt,

jgn sedih, move on.. kalau rasa diri was was, mungkin itu gerak hati yg tt kena ambik peduli. kalau kahwin setakat nak lepaskan beban dosa, x guna juga kan.. kahwin tu bukan setakat menghalalkan hubungn... lebih dr tu.

kalau rasa lelaki ni xboleh dan mungkin akan wujud risiko bila kawen dgn dia, better tt x payah tgesa2. cuba hidup sendiri, cr bahagia dlm diri sendiri, x perlu bergantung hidup pd kasih manusia yg xtentu lg akan memberi bahagia.

one day, ull get the better life, with or without husband... no worries.. yg ptg, syg diri tt dulu.. jgn biar kelemahan diri kita menguasai akal.. ok.. gud luck tt..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2014 04:15 PM | Show all posts
mudahnya bagi diri pada orang lelaki
ataupun saudari ni tak cantik sampai main hauk je lelaki hampeh semua?
bf tu laki orang ke sampai sanggup nak nikah sampai siam?
saudari tak ada ibu bapa adik beradik yang ambil berat pasal saudari?
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2014 04:22 PM | Show all posts
TT ni Islam ke?

Ade tak terfikir TT jadi camni sebab buat dosa dan tahu dosa tapi masih teruskan?
Kalau nak laki yang boleh diharap, tak amik kesempatan, baik dari segala segi, TT kenela jadi seorang pempuan yang baik dulu... For starter, pempuan yang baik takkan bagi laki bukan muhrim masuk rumah, apetah lagi tinggal bersame.
Tu je sebab tak nak judmental sangat.

Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2014 04:33 PM | Show all posts
angkat la kaki...
syg diri sendiri dulu sebelum nak syg orang lain.
jaga maruah diri..
dari gaya TT cite, TT jenis bendul..senang kene pukul.
stand up alone..tayah hidup tanpa lelaki dulu. dah lama2 sikit baru TT rasa okay. takde hidup tanpa diorang pun takpe.
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2014 04:37 PM | Show all posts
boypren uols tu negro ka ?  
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-10-2014 04:40 PM | Show all posts
nanti iols panggil kaka @philipinoe2  bagi nasihat..
sbb bff sheols pun ada masalah yg sama  
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2014 05:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Nasihat aku...
tinggalkn sume jantan2  yg ada dlm hidup ko tu.
jgn harap si panas ba5an berubah bila dah kawin.

left him n the house...
pi cari keje kst tempat  lain n mulakn hidup baru.
dan pasni mula belajar asas2 agama kita. U agak tersasar ni.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2014 05:16 PM | Show all posts
dondangdendang posted on 30-10-2014 03:38 PM
erm...berat masalah TT ni....

hemmm kan....berat jugak aku nk komen......aku harap tt fikirla utk masa depan n diri sndiri...n banyakkanla berdoa semoga dipermudah segala urusan...


note: tt xleh hidup ke klau xde lelaki?????huhu...

Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2014 05:19 PM From the mobile phone | Show all posts
So skrg ko nak apa?
Nak suh aku doakan moga jantan tu akan insof and berubah??

Moga ko hidup bahagia macam ala-ala novel and drama tv yg ending they live happily ever after gituh?

Have some respect on yourself boleh??
Isk malas nak bebel panjg kisah gini
Dh kena balun belasah pon dok menghadap lagik
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Cinta & Perhubungan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 01:36 PM GMT+8 , Processed in 0.110874 second(s), 53 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list