View: 2462|Reply: 15
|
[Tempatan]
Masa tepat turun harga petrol, diesel
[Copy link]
|
|
- Graf harga minyak mentah dunia menunjukkan penurunan sejak dua bulan lalu. Sumber: Nasdaq
[url=][/url][url=][/url]
SHAH ALAM – Sekarang merupakan masa yang sesuai untuk kerajaan boleh menurunkan harga petrol dan diesel di negara ini berikutan penurunan harga pasaran minyak mentah dunia.
Penganalisis ekonomi, Prof Dr Shazali Mansor berkata, ini kerana negara dapat membeli minyak dengan lebih murah dan seterusnya menjual mengikut harga pasaran dunia yang lebih rendah kepada pengguna.
“Apabila harga pasaran minyak dunia jatuh, ini juga masa yang tepat untuk kerajaan menurunkan harga minyak. Dulu ketika harga pasaran dunia tinggi, kerajaan terpaksa memberikan subsidi kepada rakyat.
“Tetapi, mulai sekarang kerajaan boleh letakkan harga minyak ikut harga pasaran dunia. Sebab kita beli minyak murah dan sudah tidak timbul isu beri subsidi lagi,” katanya, semalam.
Beliau mengulas gesaan Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli yang mahu kerajaan menyemak semula harga petrol dan diesel di pasaran Malaysia susulan penurun harga minyak mentah dunia ke paras AS$85 (RM281) setong pada awal Oktober.
Kerajaan sebelum ini tidak menolak kemungkinan untuk mengkaji semula harga petrol dan diesel sekiranya berlaku penurunan harga pasaran bahan api dunia.
Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Chua Tee Yong bagaimanapun berkata, penjualan harga minyak di pasaran tempatan tidak mengikut harga minyak dunia berikutan subsidi ke atas bahan api itu.
Mengulas lanjut, Shazali berkata, penetapan harga minyak tempatan mengikut harga pasaran dunia juga lebih memudahkan kerajaan memberi penjelasan.
“Dengan cara ini, rakyat tidak boleh salahkan kerajaan kalau harga minyak naik. Ini kerana kita ikut harga pasaran dunia.
“Jadi, rakyat lebih mudah faham situasi ini. Berbanding jika kerajaan naikkan harga ketika harga minyak dunia mengalami penurunan, pasti mereka marah,” katanya.
Bagaimanapun, menurut beliau, kerajaan perlu memantau harga pasaran minyak dunia bagi mengelakkan rakyat terjejas dengan penurunan atau kenaikan yang tidak konsisten.
“Kalau harga turun selama sebulan, kita boleh kata harga minyak dunia dalam keadaan stabil. Tapi jika harga sekejap naik dan sekejap turun, ia akan merugikan pembeli minyak.
“Oleh itu, kerajaan mungkin boleh semak harga pasaran minyak dunia setiap tiga bulan,” katanya.
[url=]
[/url]Sumber: http://www.sinarharian.com.my/nasional/masa-tepat-turun-harga-petrol-diesel-1.330173
|
|
|
|
|
|
|
|
cakap berbelit2
bila rege minyak dunia naik
bagi alasan terpaksa naik sbb harga minyak naik
bila harga minyak dunia turun
bg alasan x ikut harga minyak dunia
lepas tu cakap kerajaan dah lama terbeban
abis tu rakyat x terbeban?
nak menanggung nafsu kemewahan pak2 menteri dan kaum kerabat |
|
|
|
|
|
|
|
Dah terlambat ... harga barangan lain tak akan turun. |
|
|
|
|
|
|
|
nilai duit kito yang susut....
|
|
|
|
|
|
|
|
dapat kerajaan yg bodoh suma benda jadi bodoh, malah jadi bahan lawak pada negara lain, elok lah tu yg undi pemimpin tamak tu pun 1000x bodoh. |
|
|
|
|
|
|
|
masa ni la naikkan rege.....harga dunia tgh naik ....
rahmad bin khomeini...
macai tegar |
|
|
|
|
|
|
|
azharariff posted on 4-11-2014 04:29 PM
dapat kerajaan yg bodoh suma benda jadi bodoh, malah jadi bahan lawak pada negara lain, elok lah tu ...
Tak pe....negara kita dah terbukti cuma ada 47% rakyat yang bodoh. |
|
|
|
|
|
|
|
dah lama nk tanya tp x tertanya...
ron97 harga x turun ke?? |
|
|
|
|
|
|
|
liyanur posted on 4-11-2014 04:44 PM
dah lama nk tanya tp x tertanya...
ron97 harga x turun ke??
Yer betul dik, ron97 kan dah apungan harga semasa... sepatut dah turun skarang ni...
|
|
|
|
|
|
|
|
malaysia naik kan subsidi minyak....
bukan naikan rega minyak......
baaannnnyaakkkk beeezaanyer tuuuuuu - PM malaysia |
|
|
|
|
|
|
|
vandergooh posted on 4-11-2014 04:56 PM
Yer betul dik, ron97 kan dah apungan harga semasa... sepatut dah turun skarang ni...
yg tu pun tak terbuat...lg mau sembang pasal hapuskan subsidi ron95....
last2 esok ron95 subsidi terhapus harga x juga terapung....
|
|
|
|
|
|
|
|
Harga rendah hanya sementara |
|
|
|
|
|
|
|
kalau ikut artikal ni
http://www2.bharian.com.my/bhari ... 97naik20sen/Article
KUALA LUMPUR: Harga petrol RON97 akan naik 20 sen kepada RM2.70 seliter berkuatkuasa tengah malam ini.
Timbalan Presiden Persatuan Penjual Pengusaha Stesen Minyak Malaysia (PDAM), Datuk Zulkifli Mokti, berkata kenaikan harga itu bagaimanapun tidak membabitkan petrol RON 95 dan bahan api lain.
Zulkifli berkata, peningkatan sebanyak 20 sen itu berikutan kenaikan harga minyak mentah di pasaran dunia kepada AS$114 setong minggu ini berbanding AS$105 minggu lalu.
"Kenaikan harga minyak mentah itu berikutan krisis di Asia Barat," katanya ketika dihubungi di sini.
Zulkifli juga berkata, harga minyak mentah dijangka terus meningkat berikutan situasi di Asia Barat itu yang mungkin berterusan.
Pada 31 Januari lalu, harga RON 97 yang diapungkan mengikut harga pasaran semasa meningkat 10 sen kepada RM2.50 seliter. - BERNAMA
sekarang harga minyak mentah turun dlm 18%...
kalau ikut congak matematik harga patut turun 18% iaitu dari RM2.75 kepada RM2.25...
so beza harga minyak subsidi (RON95) kurang 0.05 je dari xde subsidi (RON 97)...
gamaknya kalau harga minyak mahal kerajaan bagi subsudi kat rakyat...
harga minyak turun rakyat bagi subsidi pada kerajaan
kan ada menteri beriaya nak kekalnya harga minyak sekarang...
tah la....... Last edited by BorderManager on 4-11-2014 05:48 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
ni kerana kerajaan kita pandai...kutip cukai..nanti guna untuk pembangunan negara..... |
|
|
|
|
|
|
|
MENTADBIR DENGAN MEMBANGKANG SESUATU PERKARA YANG BERBEZA...
MEMBANGKANG NI LEBIH MUDAH SEBAB GUNA AYAK LIUR SAHAJA.. |
|
|
|
|
|
|
|
tak de nyer nak turun...... |
|
|
|
|
|
|
| |
|