CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3899|Reply: 1

Perbicaraan Kafkaesque

[Copy link]
Post time 6-11-2014 12:03 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode

Pauline Fan | 11:31AM Nov 7, 2014
“Pasti ada orang yang memfitnah Josef K, maka tanpa melakukan sebarang kesalahan, dia ditahan di suatu pagi.”

Beginilah bermulanya novel yang dikarang genap seratus tahun lalu oleh seorang peguam muda di Prague. Pada 1914, Franz Kafka asyik menulis di kamarnya selepas pulang dari kerja, sampai larut malam. Beberapa bulan kemudian, terjelma sebuah novel yang berjudul Der Proce (Perbicaraan).

Novel ini tidak diterbitkan sehingga 1925, selepas kematian Kafka akibat batuk kering pada usia 40. Der Proce (dikenali sebagai The Trial dalam terjemahan Bahasa Inggerisnya) menggemparkan dunia sastera Eropah dan tergolong antara novel modenis yang terpenting di abad ke-20.

Kisahnya berkisar tentang seorang pegawai bank bernama Josef K yang ditahan suatu hari tanpa sebab.

Novel Kafka ini pasti terasa seolah dejavu bagi para pembaca Malaysia yang sudah biasa menyaksikan penahanan tanpa siasatan, pemenjaraan tanpa perbicaraan, serta perbicaraan wayang yang sudah ditentukan keputusannya.

Kes-kes sedemikian pernah berlaku di negara ini sejak lebih daripada 40 tahun yang lalu, cuma kebelakangan ini semakin kerap dan semakin bersifat ‘surreal’.

Malah, perbicaraan berprofil tinggi yang kini sedang berlangsung di Mahkamah Persekutuan Malaysia sarat dengan ciri-ciri yang boleh digelar ‘Kafkaesque’ – kejadian yang aneh, birokrasi yang mencekik, logik yang tidak masuk akal, watak yang dilanda perasaan lemas dan cemas bagaikan dalam sebuah mimpi buruk.

Dalam novel Kafka ini, Josef K ditahan oleh dua orang agen yang tidak dikenali, yang mewakili suatu pihak berkuasa yang tidak dinamai. Mereka tidak terangkan apa kesalahan yang telah dilakukan oleh K.

Apabila K bertanya mengapa dia ditahan, mereka hanya menjawab: “Kami tidak berwibawa untuk memberitahu anda. Proses ini sudah dimulakan, anda akan mendapat tahu segalanya pada masa yang tepat.” Apabila K membantah bahawa mereka tersilap kerana dia tidak bersalah, mereka membalas:

“Pihak berkuasa yang menjadi Tuan kami mendapat maklumat secara terperinci mengenai setiap orang sebelum dia ditahan. Kesilapan tidak mungkin berlaku. Pihak berkuasa ini... bukan sengaja nak tuduh-menuduh orang, namun sepertimana yang termaktub dalam undang-undang, ia tertarik oleh rasa bersalah lalu menghantar pegawal seperti kami. Itulah hukum. Apa yang tersilap?”

Josef K tidak diheret ke penjara. Selepas menerima arahan daripada pihak atasan, dia dibenarkan pergi ke kerja dan meneruskan kehidupan sehariannya seperti biasa.

Cuma kehidupannya semakin dihuni bersama oleh peguam, hakim, pegawai mahkamah, ruang sidang dan sebagainya yang tiba-tiba muncul di celah-celah hidupnya dan memburunya secara bawah sedar. Semua ini membawa kepada suasana ‘surreal’ serta rasa cemas dan gelisah.

Ketidakadilan yang eksistensial

Antara tema utama Der Proce adalah persoalan sifat hukum atau undang-undang yang sepatutnya menjunjung kebenaran dan keadilan. Di alam Kafka, hukum bukanlah rukun keadilan; sebaliknya hukum menjadi tapak dan teras kuasa mutlak.

Sehubungan itu, Kafka mempersoalkan prinsip-prinsip yang menjadi asas masyarakat moden, di mana orang biasa dinyahmanusiakan oleh sistem mahakuasa duniawi yang tidak dinamakan dan tidak kelihatan.

Malah, Kafka juga menggambarkan ketidaksempurnaan sistem birokrasi kuasa mutlak tersebut serta kelemahan akhlak wakil-wakil yang melaksanakan perintahnya. K mengalami banyak peristiwa yang mendedahkan kekejian manusia yang berkhidmat untuk hukum – pegawai-pegawai yang menahan K disebat kerana meminta rasuah; K terjumpa bahan lucah kepunyaan Tuan Majistret; kerani-kerani mahkamah menonton perbicaraan seolah ia suatu permainan hiburan; ada lagi yang bercumbu-cumbuan di ruang sidang dan sebagainya. Apakah orang-orang seperti ini layak menjunjung keadilan?

Kafka tidak menggambarkan watak Josef K sebagai seorang yang sempurna atau mudah disukai oleh pembaca. Meskipun K tidak bersalah seperti yang dituduh oleh pihak berkuasa, dia tidak semestinya seorang yang berakhlak mulia. Sebagai protagonis novel, K merupakan seorang antiwira (antihero) – watak utama yang mempunyai begitu banyak kelemahan dan keraguan – yang gagal mencabar sistem birokrasi dan kuasa mutlak hukum yang menindasnya.

K kurang yakin pada diri sendiri dan mempunyai rasa aib yang terpendam, seolah-olah dia telah membiasakan diri dengan dipijak dan dihina dari atas. Oleh itu, dia tidak berdaya melawan sistem yang sedang menelannya seakan gergasi halimunan. Dia hampir mengaku kalah dari mula; ketika ditahan, K berkata: “Saya memang hairan, tetapi bukanlah hairan sangat.”

Isitilah ‘der Proce’ dalam bahasa Jerman bukan sahaja membawa erti perbicaraan, tetapi juga merangkumi proses mental serta kemerosotan jangkitan penyakit. Kafka memilih istilah yang jitu bagi menggambarkan kehidupan di suatu sistem yang memakai topeng ‘hukum’ tetapi ditadbir oleh struktur-struktur kuasa yang tidak adil.

Ketidakadilan di alam Kafka bukan sahaja melibatkan kehidupan duniawi tetapi juga bersifat eksistensial – inilah yang mencirikannya sebagai keadaan manusia zaman moden. Ia mempersenyawa dengan keterasingan individu di masyarakat moden, melipatgandakan kesunyian dan ketakutannya. Ia bukan setakat penindasan luaran; penindasan ini telah dibatinkan oleh si mangsa, sehingga dia rela menyerah diri kepada kuasa yang membantut kebebasannya.

Menghadap Hukum

Satu bab yang penting dalam novel Der Proce ialah cerita ibarat yang digelar Vor dem Gesetz (Menghadap Hukum). Dalam sebuah gereja, Josef K bertemu dengan seorang paderi yang menceritakan ibarat tersebut kepadanya:

“Di hadapan hukum berdiri seorang penjaga pintu. Seorang lelaki dari desa mendampingi penjaga pintu ini dan memohon izin untuk masuk menghadap hukum. Tetapi penjaga pintu itu berkata dia tidak boleh memberi izin buat ketika itu. Lelaki itu berfikir sebentar lalu bertanya, mungkinkah dia boleh masuk kemudian. “Mungkin,” jawab sang penjaga pintu, “tapi sekarang tak boleh.” Pintu ke hukum itu dibiar terbuka dan ketika penjaga pintu gerak ke tepi sedikit, lelaki desa membongkok dan cuba melihat ke ruang dalaman.

Apabila penjaga pintu ternampaknya, dia tertawa dan berkata: “Kalau kau tertarik sangat, cuba masuk sajalah, tak kira laranganku. Cuma ingat: Aku ini berkuasa. Dan aku hanya penjaga pintu yang terendah. Dari bilik ke bilik, terdapat penjaga pintu yang lain, setiap satu lebih dahsyat daripada yang terdahulu. Tatapan yang ketiga itu aku dah tak boleh tahan.”

Kesulitan sedemikian tidak dijangka oleh lelaki desa itu; hukum sepatutnya dapat didekati oleh sesiapa sahaja pada setiap masa, dia fikir, tapi apabila dia lebih teliti memerhati penjaga pintu dengan kot bulunya, hidung mancung yang besar, janggut Tartar yang panjang, tipis dan hitam, dia kira lebih baik dia tunggu sehingga terima izin untuk masuk.

Penjaga pintu memberikannya sebuah bangku kecil dan mempersilakannya duduk di sisi pintu. Berhari-hari, bertahun-tahun dia duduk di sana. Berkali-kali dia cuba dapatkan kebenaran untuk masuk, dan meletihkan penjaga pintu dengan permintaannya. Penjaga pintu sering bersoal siasat dengannya, bertanya pasal kampungnya dan banyak lagi, tapi dia bertanya dengan sikap tidak peduli, seperti tuan besar bertanya soalan, dan akhirnya dia selalu maklumkan kepada lelaki desa bahawa dia masih tidak dibenarkan masuk.

Lelaki desa, yang telah bersiap sedia dengan pelbagai barang untuk perjalananya, gunakan semua, tak kira berapa nilainya, untuk menyuap penjaga pintu itu. Penjaga pintu menerima kesemuanya, sambil berkata: “Aku ambilnya hanya supaya kau tak rasa bahawa kau telah gagal membuat sesuatu.” Selama bertahun-tahun lelaki desa perhatikan penjaga pintu hampir tak terputus.

Dia terlupa penjaga pintu yang lain dan penjaga ini seolah-olah menjadi satu-satunya halangan untuk menghadap hukum. Dia kutuk nasibnya yang malang, pada mulanya secara melulu dan nyaring, tahun-tahun kemudian, semakin tua, dia hanya mengomel pada diri sendiri.

Dia menjadi keanak-anakan, dan kerana dalam tahun-tahun mengamati penjaga pintu itu dia juga mengenali kutu-kutu di kolar bulunya, lelaki desa pun me Last edited by abgsedapmalam on 9-11-2014 08:36 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-4-2022 07:58 PM | Show all posts

Hmmm...

[AceHand SPECTaceLAR]

Kat mana boleh beli novel ni...?


Jizzz... Klong! Klong!

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Lawak & Santai


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 02:52 PM GMT+8 , Processed in 0.092280 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list