Wak Doyok Lancar Produk Krim Jambang
LENSA INSTA
Tidak kisah apa orang nak kata. Itulah satu sifat yang ada dalam diri ikon fesyen Malaysia, Wak Doyok. Walaupun seringkali mendapat kritikan pedas, Wak Doyok tetap cool.
Jika diperhatikan, bukan pakaiannya saja yang seringkali menerima cemuhan, malah, penampilannya yang berjambang dengan misai melentik turut dikecam masyarakat.
Namun, kami respect dengan tahap keyakinan diri Wak Doyok yang tinggi! Kini, jejaka ini tampil dengan satu produk baru khas untuk melebatkan bulu.
Terkejut juga kami apabila mendapat tahu tentang produk ini melalui laman Instagram rasmi Wak Doyok sendiri. Wah! Nampaknya, tak lama lagi makin ramailah penduduk Malaysia versi Wak Doyok.
Dengar cerita, produk ini bukan saja dapat melebatkan jambang, malah ia juga mampu melebatkan bulu di bahagian kening, rambut, misai, janggut, bulu dada, ketiak dan juga beberapa bahagian lain.
Haaa, korang yang bercita-cita nak lebatkan bulu masing-masing, mungkin boleh cuba produk ini. Kalau Elfira Loy boleh tinggi 2cm menggunakan produk dari Korea, tak mustahil krim jambang Wak Doyok ini dapat menambahkan inci bulu-bulu korang.
Ini barulah rare. Jom sokong barang buatan Malaysia! Last edited by maxim on 14-11-2014 03:56 PM
|