CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 7100|Reply: 52

Nabil - Tak kejar gelaran juara

[Copy link]
Post time 16-11-2014 10:26 AM | Show all posts |Read mode
Oleh Ardini Sophia Sina
[email protected]

Sebelum ini, pelawak Ahmad Nabil Ahmad seolah-olah kecewa apabila lawak dipersembahkannya ketika pertandingan Maharaja Lawak Mega 2013 (MLM 2013) seakan-akan tidak diterima penonton.

Namun, situasi itu tidak menghalang semangat pelawak kelahiran Negeri Sembilan itu untuk terus beraksi dalam MLM 2014 bermula kelmarin.

Walaupun berdiri seorang diri di pentas dan menjadi satu-satunya peserta solo, Nabil akui itulah pembakar semangat untuknya terus mencari lawak segar.

Tegasnya, dia bukan menyertai pertandingan ini untuk mengejar gelaran juara, tetapi tujuan utamanya untuk memberikan kepelbagaian dalam berjenaka serta membuka lebih banyak mata untuk menerima komedi solo (stand-up comedy).

"Saya tidak terlalu memikirkan untuk menjadi johan dalam MLM. Paling penting, menghiburkan penonton. Bagi saya, MLM bukan pertandingan tetapi 'show' yang perlu saya jayakan.

"Apabila saya membuat persembahan ketika majlis korporat, pasti akan ada yang datang dan menepuk bahu serta memberi pujian. Itu antara pembakar semangat untuk terus berjuang sebagai pelawak yang bergerak seorang diri," katanya.

Nabil yang pernah bergabung dengan kumpulan Boboi menafikan keputusannya untuk terus menjadi pelawak solo bukan atas sebab dia tidak boleh bekerjasama dengan orang lain. Jauh sekali mahu membolot hadiah kemenangan untuk diri sendiri.

Katanya, pasti ada yang beranggapan lebih beruntung andai memenangi pertandingan itu kerana hadiah wang ringgit tidak perlu dibahagi dengan orang lain.

"Namun ini bukan pasal hadiah. Penyertaan saya bersama kumpulan Boboi dalam MLM 2012 membuktikan saya tidak ada masalah bekerjasama dengan orang lain.

"Bagaimanapun, stand up comedy sangat saya sukai. Ramai ingin menjadi pelawak tetapi mungkin menganggap untuk bergelar pelawak hanya dalam bentuk kumpulan.

"Saya mahu tunjukkan kepada mereka, menjadi pelawak tidak hanya terbatas dalam kumpulan," katanya.

Apabila beraksi di pentas MLM, satu demi satu kumpulan akan naik mempersembahkan lawak mereka. Ada segelintir penonton mungkin pelik apabila melihat Nabil seorang diri berusaha menghiburkan penonton.

Kata Nabil, masyarakat Malaysia belum cukup terbuka untuk menerima stand up comedy. Dari pemerhatiannya, pentas MLM menjadi medan pertandingan populariti dan bukan kreativiti.

"Apabila saya berdiri seorang diri, sememangnya pelik. Namun, itulah pilihan yang saya lakukan. Saya akui, saya bukan dikenali sangat pun. Saya tidak dapat menggunakan populariti sebagai bonus untuk menang dalam pertandingan ini.

"Ada peminat dan pelawak kata saya malas. Mereka kata, buat apa mahu undi saya yang tidak nampak usaha untuk membawa prop ketika mengadakan persembahan," katanya.

Bagi Nabil, dia tidak perlukan jeritan atau sorakan orang ramai apabila menyaksikan persembahannya. Yang penting baginya, mereka ketawa ketika dia berjenaka dan itulah perkara dianggap paling susah dilakukan.

"Melihat komedi jenis ini diadakan di beberapa tempat di sekitar Kuala Lumpur, ada bahagian terbuka. Sesiapa saja boleh pergi dan membuat lawak. Walaupun tetamu tidak faham, mereka masih bertepuk tangan untuk memberi semangat.

"Itulah suasana yang saya inginkan. Andai mampu, saya mahu mendidik rakyat Malaysia mencintai dan menghargai seni. Walaupun meminati selebriti lain, tetap menyokong semua anak seni," katanya.

Sebelum melangkah memulakan persembahan jenaka, Nabil akan membuat eksperimen terlebih dulu. Dia mahu memastikan lawak disampaikan itu benar-benar mencuit hati penonton.

"Saya hanya mahu lakukan yang terbaik. Tidak kira MLM atau persembahan mana pun, saya mahu pulang dengan rasa puas hati.

"Bagaimanapun, kalau saya gagal membuat orang ketawa, mulalah saya tidak senang duduk. Saya berfikir di mana silapnya.

"Setiap lawak yang saya bawakan adalah hasil keadaan sekeliling tetapi sebelum menjadikan ia sebahagian dari 'show', saya akan buat dengan orang lain dulu. Kalau mereka ketawa, bermakna saya boleh gunakan itu dalam setiap persembahan.

"Rakan saya jenis sukar ketawa. Disebabkan mereka terbiasa dengan saya, mereka tahu jenaka yang akan saya lakukan.

"Hanya apabila mereka ketawa kuat, baru saya pilih untuk disuntik dalam persembahan," katanya.

Turut bertanding, Sepah 2, Virus (gabungan Jambu dan Zizan Razak), Wala dan Bocey.






Credits: hmetro.com.my Last edited by achik2009 on 16-11-2014 10:28 AM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-11-2014 10:31 AM From the mobile phone | Show all posts
Dia ni kalau buat lawak.. Mesti lawak nak ketawakan kekurangan org kan... So lame
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2014 10:40 AM | Show all posts
bukan ramai pelawak stand-up comedy mcm dia

banyak lawak group je
dan lawak memang banyak ketawakan kekurangan orang pun
gemokla,kurus la,hitam la,kerempeng la,jongang la
susah nk jumpa lawak bersih pun
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2014 11:07 AM From the mobile phone | Show all posts
Ape la lawak bodoh yg kelainan nabil nak tonjol kan nnt ek..mmg ko xkn menang pon nabil..hope ko tersingkir kt semi final nnt..tu pon kalo ko lepas la..syok sendiri la ko jang oiiii..
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2014 11:23 AM | Show all posts
Pada aku nabil lawak je.
Bukan senang nk berdiri sensorang dan buat lawak.
Yg group ada back up..bolehla cover if silap.

Lagipun nabil ni despatch  je pun..nak buat lawak camna lagi?
Relek2 saja.

Good luck nabil.

Rezeki Allah yg bagi.
Time perform org undi tak undi dah ditentukanNya.
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2014 11:32 AM From the mobile phone | Show all posts
CrowneGlory posted on 16-11-2014 02:31 AM
Dia ni kalau buat lawak.. Mesti lawak nak ketawakan kekurangan org kan... So lame

betul. sokong statement ini.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-11-2014 12:18 PM | Show all posts
pilih apa yg kita suka buat lebih baik dari ikut arus perdana sedangkan itu bukan cara kita... bravo nabil
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2014 12:21 PM | Show all posts
layan kan jer...

kdg yg grup pon merepek2 gak wp idea dr 3 kepala

nak expect ape dr yg 1 kepala nye lawak....

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-11-2014 12:23 PM From the mobile phone | Show all posts
OK lh nabil ni sbb mmpu stand seorang atas pentas....tp content lawak tu kne penuhkn isi lagi...
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2014 01:02 PM | Show all posts
Nabil plg suka buat lawak slang indo, xpn bangla. Nantikan je
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2014 01:32 PM | Show all posts
nabil lebih bagus jd pengacara dr pelawak
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2014 02:50 PM From the mobile phone | Show all posts
iols ok jah ngn nabil
sbb iols suka tgk heols mengacara dan berlakon dlm cite2 kat astro ceria.
dia nih walo dulu cuma mat despatch jaa
tp dia ni nmpk ke arah urban gituh. yela kan ank didik afdlin..
iols blh masuk ngn dia sbb dia tak bawak lawak tipikal cth balik2 tok momoh, antu pocong/ponti pastu lawak guna dialek utara ke apa.
cuma kalo dlm MLM nih biasalah pelawak2 nih ada masa ok pastu minggu depan menurun plak, ternyata tak mudah nak buat org ketawa.. lg plak bila kita dah letakkan penanda aras yg tinggi, mesti org nk lagi lagi best dr kita tu yg payah nk konsisten tu.
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2014 03:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Nabil pada aku ok je.. tgk dia jd DJ era, buat lawak okey je, xde plak merendahkan atau mempersendakan tetamu jemputan dia. Oke je. Dia plak suka mempersendakan diri dia sendiri.
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2014 03:25 PM From the mobile phone | Show all posts
aku suka jer nabil. aku rasa jambu lagi lah selalu lawak agak bodoh.
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2014 04:58 PM | Show all posts
Suka lawak Nabil time dia jd juara dulu....dia buat lawak bijak bukan lawak bodoh and slapstick macam Jambu. Bukan senang nak buat stand-up comedy....dah la sorang2....
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2014 05:26 PM | Show all posts
Dia ni lg bagus jd pengacara drp pelawak....aku suka sgt tgk dia dlm meletop...tp dlm MLM dia boring....x bleh lawan harith iskandar...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-11-2014 05:30 PM From the mobile phone | Show all posts
nabil ok klu lawak bodoh mcm raja lawak yg dia jore tu.aku plg xsuka lawak yg gn dialek.klu kedah,dok gn lorat kedah pekat hulu nu.kelantan jrg sbb pyh sikit.lg klu slang indon atau bangla.menyampah gila.yg bangla jual karpet shiro tu,siap ada sitcom.tu yg makin byk bangla kat msia ni.ingat lucu sgt ker:Q Last edited by cupu on 16-11-2014 05:31 PM

Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2014 05:37 PM From the mobile phone | Show all posts
jadi kenapa kau ikut masuk balik ???  selagiselagi tak juara selagi itu ikut bertanding..
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2014 05:40 PM | Show all posts
dia ni cita2 nak sampai ke level harith iskander...tp malangnya, knowledge dia x setara, itu pasal yang keluar lawak2 tak cerdik dan pprt. looking at his backrground, kita xleh nak kata apa lah kan. Tp meols respect dia sbb nak keluar dari kepompong lawak mat despatch dia tu and banyak bergaul dengan set-set urban, termasuk usaha heols improve english heols. Itu yg buat dia kekal relevan sampai skrg.

all the best je lah meols boleh cakapkan.
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2014 05:43 PM | Show all posts
weirdwaniey posted on 16-11-2014 03:16 PM
Nabil pada aku ok je.. tgk dia jd DJ era, buat lawak okey je, xde plak merendahkan atau mempersendak ...

actually, dia lebih considerate dan controlable berbanding si zizan... zizan tu way way bimbo dari si bang bil ni... tengok cara pengacaraan masing-masing pun boleh nampak nabil ni ada empathy, sementara zizan cepat gelabah, emosi dan hanya fikirkan diri dia sendiri.

meols still x leh terima di lawakkan Hattan time protokol graduasi AF...walaupun tu graduasi komersial, tp hos-hos lain respect "istiadat" tradisi AF tu...tp dia main taram mcm org xde pendidikan.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-12-2024 05:27 AM GMT+8 , Processed in 0.054790 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list