CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2205|Reply: 11

[Tempatan] Pesakit mental mati bakar diri

[Copy link]
Post time 16-11-2014 12:20 PM | Show all posts |Read mode

SEREMBAN: Selepas membeli minyak dan tali rafia, seorang lelaki yang mempunyai masalah mental ditemui mati terbakar di dalam bilik di rumahnya di Taman Bandar Ekar Rantau di sini, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 3.30 petang itu, mangsa berusia 50-an ditemui mati dengan kesan terbakar 60 peratus dari paras pinggang hingga kepala selain terdapat kesan kelar pada anggota badannya dipercayai dilakukannya sendiri. Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Muhamad Zaki Harun berkata, sebelum kejadian itu, mangsa yang tinggal bersama ibu dan anak saudaranya memberitahu mahu pergi membeli minyak dan tali.

“Selepas setengah jam mangsa pulang ke rumah dan membawa sebotol minyak dan tali rafia. Mangsa memberi alasan kepada ibunya barang tersebut mahu digunakan membuat ubat. "Difahamkan mangsa kemudian masuk ke dalam bilik lalu menguncinya. Ibunya yang berasa tidak sedap hati mengetuk pintu bilik mangsa tetapi tidak berjawab sebelum menyedari terdapat bahang api dari dalam bilik tersebut,” katanya.

Menurutnya, jiran membantu memecahkan pintu bilik dan mendapati badan mangsa terbakar. Muhamad Zaki berkata, pemeriksaan mendapati mangsa meninggal dunia di tempat kejadian kerana mengalami kesan terbakar yang teruk dari paras pinggang hingga ke kepala serta kedua-dua belah kakinya berada dalam keadaan terikat.

“Malah terdapat juga kesan kelar pada badan mangsa dipercayai dilakukannya sendiri dan sebilah pisau turut dijumpai di tempat kejadian. “Difahamkan mangsa berusia lingkungan lewat 50-an dan mempunyai kad OKU bagi kategori pesakit mental,” katanya. Katanya, kes tersebut diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan mayat mangsa dihantar ke Hospital Tuanku Jaafar (HTJ) di sini untuk tindakan lanjut.

- Sinar Harian, 16 Nov 2014





Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-11-2014 12:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah nama sakit mental..tapi tak tahu pulak oku boleh ada sakit mental..
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2014 12:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Esmiria posted on 16-11-2014 12:40 PM
Dah nama sakit mental..tapi tak tahu pulak oku boleh ada sakit mental..

Ada oku sakit mental..

Lu kenal dino?

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2014 12:47 PM From the mobile phone | Show all posts
lavatennis posted on 16-11-2014 04:42 AM
Ada oku sakit mental..

Lu kenal dino?

Dino tu sapee?
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2014 12:48 PM | Show all posts
Ada seorang pesakit mental
berenang dan tiba2 lemas di
swimming pool. Kebetulan ada lagi seorang pesakit mental yg berada di situ cepat2 berenang dan berjaya menyelamatkan rakannya itu. Keesokan harinya hero itu di panggil oleh warden.

Warden: saya ada berita
baik dan buruk untuk awak.
Pesakit Mental: Apa dia?
Warden: Pertama tahniah
kerana menyelamatkan rakan anda dari lemas. Anda akan di berikan medal keberanian kerana usaha anda itu.
Pesakit mental: Terima kasih
Warden: Berita buruk, rakan anda yang selamat dari mati lemas itu dijumpai mati bunuh diri dengan mengantungkan dirinya semalam dibiliknya Mungkin dia memang nak bunuh diri masa berenang hingga lemas semalam...
Pesakit mental: Oh taaakkk. Bukan macam tu. Semalam lepas saya keluar kan dia dari swimming pool tu, dia basah kuyup, jadi saya gantung dia supaya cepat kering
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2014 12:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Esmiria posted on 16-11-2014 12:47 PM
Dino tu sapee?

Geng baik si sutun hitam..

Sutun hitam tu pun oku mental gak..

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-11-2014 12:55 PM | Show all posts
Al fatihah.         
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2014 01:01 PM From the mobile phone | Show all posts
lavatennis posted on 16-11-2014 04:49 AM
Geng baik si sutun hitam..

Sutun hitam tu pun oku mental gak..

Dia forummer cari ke?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-11-2014 01:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Takzah sis.atleast dia x cederakan orang lain.
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2014 01:06 PM From the mobile phone | Show all posts
lavatennis posted on 16-11-2014 12:42 PM
Ada oku sakit mental..

Lu kenal dino?

Ada OKU ske bermain menukar-nukar mn. Lu ada kenal ka ?
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2014 01:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Esmiria posted on 16-11-2014 01:01 PM
Dia forummer cari ke?

Ha ah..

Satu batch dgn boyagombak..

Register tahun 2ribu3suku..

Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2014 01:11 PM From the mobile phone | Show all posts
lavatennis posted on 16-11-2014 05:09 AM
Ha ah..

Satu batch dgn boyagombak..

bio betul lava? :O
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-12-2024 08:34 AM GMT+8 , Processed in 0.057017 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list