CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: aerolz

Cerita Macam-Macam dari Aerolz

[Copy link]
 Author| Post time 24-11-2014 10:08 AM | Show all posts
miskay posted on 22-11-2014 05:54 PM
Awak yg ira tu ke? Hehe

Ira? Oh, mestilah bukan. Gambar saya takde lagi setakat ni dalam tu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 24-11-2014 10:13 AM | Show all posts
miskay posted on 22-11-2014 06:01 PM
Errkk. Siapa lak yg gelak riuh2 tu.
Serraaammm.
Aduhh. Kesian kat budak  budak tu.

Kannn.. Kesian tapi nak buat macam mana dah ajal. Yang gelak riuh riuh tau rasanya jin iblis syaiton la tu. Nak memperdaya pendengaran kita semua.

Oh lupa ada satu jugak kes budak mati kat tepi jeti jugak.

Kebanyakan orang kampung memang ada bot/kapal untuk menangkap ikan. so, kebanyakan rumah memang ada jeti dan ada bot/kapal kat jeti tu. budak budak pun suka main kat situ.

Tapi ada one day ni, seorang budak ditemui mati terjerut kat tali kapal. (Tali yang digunakan untuk menambat bot/kapal ke jeti.)

Yang misterinya tak tau macamana budak tu boleh terjerut. Sebab dikhabarkan budak tu bermain main je kat situ gelak ketawa sensorang. Budak kecik lagi. Bila orang dengar dan tengok pun mesti dorang fikir yang budak tu main sorang sorang or apa. Time tu ada la orang orang dewasa.. Tapi kat jeti sebelah. Lepastu, bila tengok lagi, budak tu dah mati terjerut dah. Tak sempat diselamatkan pun.

Scary dan misteri macam mana dia boleh terjerut kat tali tu. Sebab itu bukan tali kecik. Tali besar. Waallahualam.

Sekian cerita pendek.
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2014 10:48 AM | Show all posts
aerolz posted on 24-11-2014 10:08 AM
Dan mesti ko rindu aku kan?

mesti lah rindu pak cik oiii...

tapi aku tak baca lagi cerita kau ni.. nak tunggu episod dia bayak sikit.. baru syok baca.. baca skang.. kang aku tension sebab nak kena tunggu episod baru.. hahahahaha
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-11-2014 11:59 AM | Show all posts
hest posted on 24-11-2014 10:48 AM
mesti lah rindu pak cik oiii...

tapi aku tak baca lagi cerita kau ni.. nak tunggu episod  ...

Hahahah. Okay. Kalau macam tu, bila benang ni dah kebelakang berhabuk baru kau bukak ye. Itu maksudnya benang dah tak diupdate. Hahahaa.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-11-2014 12:22 PM | Show all posts
Santapan tengahari hari ni. Sebelum aku berangkat ke Pahang outstation. Nak banyak-banyak doakan lah Pahang tak banjir ye. ekekeke. Nampak sangat aku malas nak outstation.

ATUK AKU BERCAKAP DENGAN ORANG YANG BAKAL DI ANNOUNCE MATI KEESOKKANNYA

Atuk aku ni bukan ada menuntut ilmu ke apa. Takde langsung setahu aku. Tapi saka maka aku tak pasti. Yang aku ingat arwah atuk aku ni seorang yang pendiam tapi tegas. Tak banyak bercakap tapi baik. Lembut je perwatakannya. Even mak aku cakap, seumur hidup nya, atuk aku tak pernah jentik pun anak-anaknya.

Dijadikan cerita, aku dari kecik memang duduk dengan atuk and nenek di kampung.  So, satu malam ni, atuk aku dah tidur. Tapi kiteorang tak tidur lagi.  Atuk aku tidur kat luar bilik. Sebab senang nak pergi toilet malam malam. rumah kampung macam biasalah kan. Kiteorang ni pulak tak tidur lagi. time tu kalau tak silap cuti sekolah. so ramai la family kat rumah atuk nenek.

Dalam tengah lena tidur tu, tiba-tiba atuk aku ni bercakap. Kiteorang ingat dia bercakap dengan kiteorang. Rupanya dia bercakap seorang diri. Mata pun masih tertutup, badan pun masih elok berbaring. So kiteorang ingat dia mengigau. Tapi nenek aku cakap, lepas ni mesti ada orang nak meninggal. Kiteorang pelik la kan..

Lepas nenek aku cakap macamtu, atuk aku terus bangun dari tidur. Duduk. Cakap kat kiteorang. "Esok lusa Pak Mat (bukan nama sebenar) meninggal." Kiteorang yang dengar ni pun terpinga-pinga sebab tiba-tiba je atuk aku cakap macamtu.  Pastu atuk aku citer la masa dalam tidur dia, Pak Mat ni datang pergi jumpa dia bagitahu dia nak pergi jauh dah. Pak Mat ni mintak maaf sume la kat atuk aku.

Nenek aku cakap, setiap kali ada orang kampung nak meninggal mesti atuk aku akan mengigau macam tu. Nak kata kebetulan, setiap kali tu jugak orang yang dia cakap tu akan meninggal tak lama lepas tu. Tak logik memang tak logik tapi pelik macam mana apa yang dia cakap boleh jadi betul.

So, esoknya, subuh-subuh kiteorang dengar bunyi beduk. Beduk ni macam satu gong besar yang ada disetiap surau di kampung tu. Beduk tu akan dipukul bila ada orang meninggal. Subuh tu semua kecoh la. Tanya siapa yang meninggal. Pastu, dorang cakap la Pak Mat yang meninggal. Aku pagi-pagi tu pun dah terus pelik. Aha la Pak Mat meninggal. Betul apa yang atuk aku cakap. Pelik pelik.

Dan begitu lah jugak yang seterusnya. Setakat yang aku pernah nampak sekali tu je. Nenek aku yang selalu jumpa dia mengigau macam tu. pastu bangun bagitahu si anu itu ini akan meninggal. Waallahualam.

Cumanya, perkara yang terjadi kat atuk aku ni, seumpama diwarisi oleh salah seorang anaknya. Iaitu pakcik aku. Adik kepada emak aku. Dan generasi cucu pula, nampaknya diwarisi oleh aku. Entahlah. Semua ini tak masuk akal. Tapi allah maha mengetahui kenapa. Andai ini istidraj buat aku, semoga ujian ini akan terus bawak aku lurus ke jalanNya.

Yang pasti, tiada siapa kat dunia ni boleh melihat masa depan. Syaitan sekalipun. Malaikat sekalipun. Semuanya di tangan Allah. Kenapa atuk aku begitu, aku pun tak tahu. Mungkin juga kebetulan atau bagaimana. entahlah. Semoga rohnya dicucuri rahmat Allah sentiasa. Sebab beliau memang seorang atuk yang baik dan aku sangat rindu dia.


Sekian.
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2014 12:46 PM | Show all posts
aerolz posted on 24-11-2014 04:22 AM
Santapan tengahari hari ni. Sebelum aku berangkat ke Pahang outstation. Nak banyak-banyak doakan lah ...

cuba cerita macama mana kau kata kau mewarisi kebolehan atuk kau tu. maksud aku setakat hari ni, apa peristiwa yang kau dah lalui? kau dapat tahu sapa yang nak meninggal?
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 24-11-2014 12:50 PM | Show all posts
ATUK BERBUAL DENGAN PENJUAL NASI LEMAK


Masa umur aku 8 tahun. Ayah beli rumah baru di satu taman perumahan. Aku ingat lagi, time tu ayah excited sangat sebab dah ada rumah sendiri setelah bertahun duduk rumah pusaka keluarga. Padahal masa tu, perumahan itu baru sahaja dibuka. Malah masih banyak unit rumah yang masih belum siap. Pendek kata, kami sekeluarga merupakan antara orang terawal yang berpindah ke kawasan perumahan nan besar dan luas itu. Betapa awal nya kiteorang pindah masuk sampai elektrik pun belum dipasang. Hanya family kami dan jiran sahaja yang ada masa tu. So kami cuma guna generator untuk hidupkan elektrik. Ironinya, jiran kami adalah jiran yang sama dirumah lama. Haha. So, memang kami dah kenal dan rapatlah.

Masa tu baru pindah, nenek dan atuk aku pun excited ikut sekali. Dijadikan cerita, malam itu tiada masalah apa-apa. Penat selepas pindah buat kami lena tidur. Sehinggalah keesokkannya. Atuk aku memang bangun awal pagi dan keluar melihat keindahan alam. Memang begitu lumrah orang kampung kan.

Pagi tu, sebelum subuh lagi, atuk aku dah amik angin di luar rumah. Menurut cerita atuk aku. Dalam menikmati suasana sebelum subuh, tiba-tiba ada seorang lelaki tua (sebaya atuk barangkali) muncul di hadapan gate utama rumah. Atuk menyapa. "Ye dari mana tu? Jual apa?" Sebab kelihatan lelaki tua itu menjinjit sebuah bakul berisi seperti makanan di dalamnya. "Nasi lemak. Nak beli?" Atuk aku pun senyum dengan sopan menjawab. "Oh, takpe. Orang rumah masak sarapan. Terima kasih." Lelaki tua itu pun turut tersenyum dan beredar dari situ. Sejurus selepas itu, azan subuh pun berbunyi. Atuk pun hendak berlalu masuk ke dalam. Tapi seketika, atuk menoleh semula untuk melihat lelaki tua itu. Namun, lelaki tua itu hilang dari pandangan.

Masa sarapan, atuk aku ceritakan lah tentang perbualan dengan lelaki tua itu. Katanya, itu mungkin bunian. Sebab itu, atuk tak membeli nasi lemak dari nya. Tapi tak sangka atuk tak takut siap berbual lagi. Sebab tu aku cakap, sepanjang hidupnya, atuk memang seorang yang baik budi pekertinya.

Tapi yang pelik di sini bukan sekadar orang tua yang jual nasi lemak tu je. Tapi lagi pelik, .... dari mana datangnya laungan azan? Bukankah cuma ada family kami dan family jiran di situ? Pendek kata, memang tempat itu masih kosong takde orang lain. Apalagi masjid.

Wallahualam. itu memang agak misteri lah.

Cuma yang aku tahu atuk aku memang berani dan tenang orangnya. Aku ingat lagi bagaimana atuk aku dengan selamba ambil parang dan turun bawah rumah tengah tengah malam masa dekat kampung. Sebab jembalang tanah buat bising. Haha. Atuk turun terus diam.

Sekian.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-11-2014 01:02 PM | Show all posts
lindarafee posted on 24-11-2014 12:46 PM
cuba cerita macama mana kau kata kau mewarisi kebolehan atuk kau tu. maksud aku setakat hari ni, a ...

Expected question.

Apa yang aku alami, bukan sepertimana apa yang atuk aku alami. Bermimpi dan bercakap seorang diri masa tidur. Langsung tidak. Even uncle aku pun apa yang dia alami lain.

Setakat ini, selama 24 tahun aku hidup ni, aku akan dapat lintasan bayangan. Samada untuk sesuatu kemalangan/kecelakaan/kematian. Cerita ini ada dalam cerita episod akhir benang palapes aku. Kalau rajin selak la.   Kemalangan/kecelakaan mungkin aku boleh terima lagi. Sebab barangkali intuition sensitif. Tapi tentang kematian, agak buat aku ralat. Dan memang aku tak nak fikir pun. Selalunya, selalunya lah, paling-paling, bila aku pandang muka atau gambar seseorang tu, aku akan rasa macam something. Seperti dia akan pergi jauh. Atau aku yang akan berfikiran dengan sangat jauh terhadapnya. Macam cara aku pandang dia pun aku akan rasa macam aku pandang jauh ke dalam diri nya. tapi yang aku rasa macam kosong. Tapi selalunya aku ignore je. Bila tiba saat orang tu meninggal, aku macam takde perasaan. Tapi seriously aku tak suka rasa tu. Tak suka hidup macam tu.

Sebab Allah ada malaikat maut untuk menarik nyawa yang dikehendakinya. Dan semua itu bukan dalam pengetahuan aku. Dan aku anggap semua itu kebetulan semata-mata. Supaya aku belajar dan ambil iktibar dari semua itu. semoga allah Sentiasa lindungi aku dan kita semua amin.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-11-2014 05:09 PM | Show all posts
nanti sambung lg ye sis.... best2...
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2014 05:35 PM From the mobile phone | Show all posts
ok best best best
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2014 05:42 PM | Show all posts
bookmarks...
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2014 08:40 PM From the mobile phone | Show all posts
tt insan terpilih.. allahbbg keistimewaan yg org lain xde
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2014 01:07 AM | Show all posts
aerolz posted on 24-11-2014 10:07 AM
Hai bro @leenaz  ...

Rindu tak? ekekeke.

haruslah dik oiii
study camana?

ni dah kerja dah ke?


Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2014 12:46 PM From the mobile phone | Show all posts
aerolz posted on 24-11-2014 10:08 AM
Ira? Oh, mestilah bukan. Gambar saya takde lagi setakat ni dalam tu.

Ingakan awaklah ira ituu.. haha. aerolz..ira.. cam nak sama. hihi
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-11-2014 05:01 PM | Show all posts
leenaz posted on 25-11-2014 01:07 AM
haruslah dik oiii
study camana?

tgah practical sekarang ni bro. Final semester. Itu yang dekat office tu.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-11-2014 05:02 PM | Show all posts
miskay posted on 25-11-2014 12:46 PM
Ingakan awaklah ira ituu.. haha. aerolz..ira.. cam nak sama. hihi

Heheheh. Tak la awak. Kak ira memang kak ira. saya, takde setakat ni.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 26-11-2014 05:03 PM | Show all posts
fadzyjemi posted on 24-11-2014 08:40 PM
tt insan terpilih.. allahbbg keistimewaan yg org lain xde

JAuh sekali. Huhuu.. Takut nak anggap itu keistimewaan. Barangkali cuma satu ujian sahaja. Untuk melihat sejauh mana kesabaran dan kekuatan iman saya sendiri.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-12-2014 02:23 PM | Show all posts
Aku nak tambah cerita ni. Sebab aku bosan duduk ofis sorang sorang sejuk sejuk.


3 minggu lepas. Aku pergi Cameron Highland. Sebab kena cover story pasal follow up tanah runtuh dan banjir hari tu.

Dijadikan cerita, kami semua krew berita stay kat satu guest house di tanah rata atas bukit. Kata dorang, guest house tu, ayah Michele Yeoh yang punya, tapi ada satu uncle India ni sewa dari dia untuk dijadikan guest house. Guest house ni memang rumah rekabentuk orang putih zaman dulu-dulu. Tempat rumah ni pun agak terperuk atas bukit jauh dari yang lain.

Aku kat situ satu malam je. Pergi hari Khamis petang. Lalu naik Tapah. Balik keesokkannya.

Masa kiteorang naik pun hujan. Dengan jalan Tapah yang berselirat plus dah nak masuk maghrib. Tapi sepanjang perjalanan tu takde pape la.

Sampai la kat guest house. Guest house tu ada 3 bilik. 2 di atas. 1 di bawah. 1 bilik ni memang semua lelaki. 1 bilik lagi dorang campur2. Sebab dorang dah biasa geng satu kepala. Aku pulak duduk bilik bawah dengan 2 krew perempuan. Tapi dijadikan cerita malam tu akak hana dengan kak dian stay kat hotel. So, kat bilik bawah tu, aku sorang je duduk. Takkan aku nak duduk berhimpit sekali dengan yang lain kat atas kan. Lagipun aku perempuan. Dan aku tak selesa la.

Fatin: Aerolz tak pe ke tidur bawah sorang sorang?
Aku: Okay je. Takde pe pun.

So aku pun tidur sorang sorang. Aku kunci pintu. Tapi aku tak tutup lampu. Bilik tu agak besar. Ada 2 double decker dan satu tilam queen size kat atas lantai. Aku decide untuk tidur kat queen size. aku tengok double decker tu, susunannya pun dah macam bilik mayat. Hahahaha..

Nak takut macam takde perasaan . Sebab aku penat dan tak sihat. Plus sejuk. Aku pun lelapkan aje lah mata.

Kat depan bilik tu ruang tamu. Ada tv. Masa aku dah masuk bilik tu, dorang dah tutup semua pintu dan off tv. Siap tutup lampu bawah lagi. Aku pun tak kesah. Tapi rasanya dalam jam 3 pagi gitu, aku terbangun sebab dengar bunyi tv kat luar. Aku malas nak amik port. Sebab aku fikir mesti ada salah sorang yang tidur kat sofa depan tv.

dalam mamai mamai tu, aku dengar suara budak gelak. diselang seli suara seorang perempuan pulak menangis. Jauh dekat jauh dekat je di pendengaran aku. Time tu memang aku ingat itu tv je. TAkde rasa takut ke apa. Aku cuma rasa sejuk dan  mengantuk.

Esok nya aku tanya dorang. siapa yang tidur kat ruang tamu semalam.

Aku: Siapa yang tidur kat depan tv semalam ye.? Saya dengar bunyi tv on.
Abg Z: Abg yang tidur depan tv semalam. Sejuk sangat kat atas. Turun bawah tidur atas sofa.
Aku: Abg bukak tv eh?
Abg Z: Ye. Kenapa?.
Aku: Ye la. Sebab semalam saya tersedar dengar macam tv dibukak. Dengar suara perempuan dengan suara budak dari dalam tv. Terfikir cite apa la yang abg tengok pagi2 buta. Macam cita hantu.
Abg Z: Eh tak la. Abg tengok bola je semalam.

Yang lain kat situ diam. aku pun terdiam. Hahahahhaa..

So, suara siapa yang aku dengar semalam. Nasib baik aku tak nampak pape. Hahahah.. Maybe penat sangat aku malas nak layan.

Actually, malam tu, dorang yang kat bilik atas kena kacau. Abg Zul cakap dia nampak kelibat malam tu. Sampai tak leh tidur.

Masa balik tu, aku bukak cite kat Fatin. Pastu bole pulak Fatin bukak cite sebenar.

Fatin: Sebenarnya rumah tu dulu rumah orang putih lama. Semalam pun abg zul nampak something dalam rumah tu. Rumah tu pun sebenarnya ada kes. Semua orang tahu.
Aku: Kes? Kes apa?
Fatin: Ada perempuan mati dalam rumah tu dulu. Kes apa tak tau pulak detailnya.

Dalam hati aku cakap. Patutlah minah ni langsung tak nak teman aku tidur sorang sorang kat bawah. Rupanya dorang semua tahu pasal rumah tu, aku sorang je tak tau pape. hahahah. Nasib baik aku tak nampak pape.


Tapi memang tak nafi la rumah tu agak scary. Tapi cantik. Aku suka. Hahahahahha..

Sekian.
Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2014 03:54 PM | Show all posts
cerita ko tak penah mengecewakan aku...

share lagi.....
mu tunggu aku baca...

Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2014 01:11 AM | Show all posts
aerolz posted on 26-12-2014 02:23 PM
Aku nak tambah cerita ni. Sebab aku bosan duduk ofis sorang sorang sejuk sejuk.

fuh... kussss semangat pi tidoq umah tumpangan aka hotel antu...
brani uols...

sila bg hint hotel manakah itu.. kot ada yg rajin nk pi sebei..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-5-2024 12:23 AM GMT+8 , Processed in 0.074832 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list