CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2971|Reply: 12

[Jenayah] Edisi Bakso Pedas:Perut Terburai DiTikam Selepas Karaoke

[Copy link]
Post time 24-11-2014 04:33 PM | Show all posts |Read mode
Ipoh: Seorang lelaki warga Indonesia maut dipercayai akibat ditikam dengan senjata tajam hingga menyebabkan perut terburai dalam kejadian di Angsana Ipoh Mall, di sini petang semalam.

Ketua Polis Daerah Ipoh Asisten Komisioner Sum Chang Keong berkata, dalam kejadian kira-kira jam 5.30 petang itu, mangsa dikenali sebagai Al Amin, 30, ditemui dalam keadaan perut terburai di tingkat satu pusat beli belah terbabit dan meninggal dunia ketika dalam perjalanan untuk mendapatkan rawatan di Hospital Raja Permaisuri Bainun, di sini petang semalam.

Menurutnya, siasatan awal mendapati mangsa bersama beberapa rakannya ke premis terbabit untuk karaoke, dan selepas selesai karaoke mangsa dipercayai didatangi sekumpulan 10 hingga 15 lelaki warga Indonesia, sebelum berlaku pertengkaran hingga menyebabkan pergaduhan.

"Mangsa kemudian dipercayai dibelasah sebelum ditikam dengan senjata tajam.

"Sebaik mendapat maklumat mengenai kejadian, anggota dari Balai Polis Sungai Senam di sini, ke lokasi kejadian dan mendapati mangsa sudah terbaring berlumuran darah, sebelum dihantar ke hospital untuk rawatan kecemasan, namun sebaik sampai di hospital mangsa disahkan sudah meninggal dunia," katanya dalam sidang media di sini hari ini.





      Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 24 November 2014 @ 3:58 PM   
«»
GAMBAR kecil, mangsa.











- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/11372#sthash.prIJmzQB.dpuf
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-11-2014 04:34 PM | Show all posts
Uih, kena carok ni
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2014 04:42 PM | Show all posts
indon2.....ni mesti madura
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2014 04:43 PM | Show all posts
mesti parah gilaa sebab Angsana Mall bersebelahan dgn hospital Ipoh jee.



Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2014 04:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Bila indon berkaraoke..
Bkn suara je kuar, isi perut pun kuar...



Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2014 04:52 PM | Show all posts
jazaa posted on 24-11-2014 04:48 PM
Bila indon berkaraoke..
Bkn suara je kuar, isi perut pun kuar...

tengah serius tetiba boleh tergelak..
kaka jazaa ni
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-11-2014 04:57 PM | Show all posts
rodok kat perut..

kejam giler...

Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2014 05:03 PM | Show all posts
ini mall utk family... nk bergadoh pi la kat ipoh parade nun
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-11-2014 05:15 PM | Show all posts
aduuuhh kejamnyaa...
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2014 08:52 PM From the mobile phone | Show all posts
No repot : sg senam 9097/14
Tarikh 23 november 2014
Maklumat pertama dr anggota pejabat pertanyaan balai sg senam kejadian pergaduhan wrganegara indonesia...

B) Pengadu: Kpl Hanifah Bt Shukor, 51 thn, EO Inquairi Balai Sg Senam (FIR)

C) Klasifikasi: Sek 302 KK

D) Tangkapan: Tiada

E) Rampasan: Tiada

F) Fakta kes:

Pd 23/11/14@1710 hrs, semasa pengadu bertugas di pejabat pertanyaan Balai Polis Sg Senam, telah terima maklumat dr Gerakan IPD Ipoh ttg kejadian gaduh di Plaza Angsana Mall Ipoh.

Kemudian pd 1713 Hrs, pengadu tlh arahkan CPJ utk ke tempat kejadian dan kemudian pd jam 1725 hrs, anggota CPJ tlh maklum pengadu bahawa 1 L Indonesia telah mendapat kecederaan akibat di tikam di bahagian perut. mangsa kemudian telah di bawa ke Hosp Raja Permaisuri Bainun Ipoh.

Butir- Butir mangsa
Nama: al amin
Umur 30 thn
Passpot ar 700326

G) Tindakan:
- Insp Dahlan dn jurugambar tlh melawat tempat kejadian dn kemudian telah ke HRPB Ipoh dn telah dimaklumkan bahawa mangsa telah meninggal dunia di HRPB Ipoh.
- Pasukan Forensik telah dimaklum utk jalankan siasatan ditempat kejadian.
- Siasatan di tempat kejadian adalah merupakan  hadapan pintu masuk plaza angsana mall.
- Temubual bersama teman wanita mangsa (juga 1 P Indonesia) mengesahkan bahawa mangsa bersama teman wanitanya baru shj selesai karoke di plaza angsana mall tiba2 dtg sekumpulan wrgngra indo lebih krg 10 org kemudian berlaku prtgkaran mlut yg akhirnya mgsa ditikam..senjata yg digunakan adalah dipercayai pisau rambo....Motif kejadian sdg dikenalpasti
- CCTV di Plaza Angsana Mall juga sdg dilihat utk siasatan lanjut.
- Post mortem akan dijalankan esok bg kenalpasti punca kematian.
- D7 dn D9 dikerah utk kesan suspek dn utk dptkan maklumat lanjut.

utk makluman awal tn...
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2014 01:07 PM | Show all posts
Gila. Gaduh mulut je dah tak cukup sekarang, mesti tambah tikam menikam jugak.
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2014 01:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Edisi suka membawa duka. Skg tikam menikam dh jdk normal, jenayah sana sini.
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2014 09:33 AM | Show all posts
kalau pegi kat karoke angsana mall tu ramai kot indon test suara kat situ......
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-11-2024 05:25 PM GMT+8 , Processed in 0.534610 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list