CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 7608|Reply: 52

[Dunia] Pengasuh Dari Neraka Pijak Budak Macam Uli Tepung Dengan Kaki!

[Copy link]
Post time 26-11-2014 07:59 AM | Show all posts |Read mode
Kampala: Seorang pengasuh kini berada dalam tahanan polis selepas satu rakaman video menunjukkan dia menendang dan memijak seorang kanak-kanak berusia dua tahun yang mengadu sakit ketika makan malam.

Pengasuh berkenaan, Jolly Tumuhiirwe, 22, ditahan selepas bapa Aneela Kamanzi, Erick Kamanzi menemui kesan lebam pada badan anaknya.
Kamanzi yang memasang kamera keselamatan di rumahnya terkejut melihat rakaman video yang menunjukkan anaknya diheret sebelum ditendang dan dipijak.

Laporan awal mendakwa Aneela mati akibat kejadian  pada 15 November lalu, tetapi penyiasat mengatakan dia masih hidup dan kini semakin pulih daripada kecederaan.


Kamanzi kemudian dikatakan menyerang Tumuhiirwe dengan teruk.







      Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 26 November 2014 @ 5:06 AM   
«»
GAMBAR dipetik dari rakaman video menunjukkan pengasuh itu memijak, memukul  dan  menendang Aneela.











- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/11805#sthash.ub858i5Y.dpuf
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 26-11-2014 08:10 AM | Show all posts
SEORANG kanak-kanak perempuan berusia dua tahun dibaling ke lantai sebelum dipukul, dipijak dan ditendang oleh pengasuhnya.

Bagaimana pun tindakan Jolly Tumuhiirwe,22, yang menyiksa Aneela Kamanzi kerana muntah selepas makan malam dirakam melalui kamera tersembunyi di ruang tamu rumah keluarga Kamanzi.

Sebelum itu, rakaman turut memaparkan Tumuhiirwe memukul muka Aneela ketika menyuap makanan.

Bapa Aneela, Erick Kamanzi melihat rakaman itu selepas mendapati kesan lebam di badan anaknya.





Berang dengan kelakuan Tumuhiirwe itu, lelaki tersebut memukulnya sehingga mendatangkan kecederaan serius.
Pengasuh itu membuat laporan polis menyebabkan Kamanzi ditahan.

Namun selepas dia menunjukkan rakaman penderaan itu kepada polis, tuduhan terhadap Kamanzi yang bekerja di sebuah badan bukan kerajaan (NGO) di Kampala digugurkan.

Tumuhiirwe yang bekerja di rumah itu lebih kurang tiga bulan ditahan dan didakwa di bawah Akta Anti-Keseksaan Uganda di Mahkamah Nakawa pada 8 Disember ini.
Dia kini dikatakan terpaksa menggunakan kerusi roda dan mengguna saluran tiub untuk makan.

Pihak polis juga turut mendakwa Tumuhiirwe dengan percubaan membunuh.


Laporan mendedahkan Aneela telah meninggal dunia pada 15 November lalu, namun pihak penyiasat menafikannya dan memberitahu kanak-kanak itu sedang menjalani rawatan.

Sumber:http://www.mstar.com.my/berita/b ... ngasuh-dera-kanak2/
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2014 08:27 AM From the mobile phone | Show all posts
Padan muka kau...kena mkn pakai tiub....

SepatutnyA pengasuh yg dera budak kat malaysiA ni pun elok dibelasah mcm tu...


Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2014 08:48 AM | Show all posts
kalo x minat jaga budak. xpayah la jadi babysitter.
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2014 09:10 AM | Show all posts
Sian budak ni. Apa perasaan diorg dok buat mcm ni. Tiada perasaan sayang pd budak2 kah?
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2014 09:15 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku ada tengok video dia dalam facebook...kejam gila:@:@
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-11-2014 09:33 AM From the mobile phone | Show all posts
uganda beb... lol

igtkan kt malaya.
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2014 09:53 AM | Show all posts
kesian.. xpasal2 jadi mangsa..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-11-2014 10:24 AM | Show all posts
tak suka budak, tapi minta kerja jaga budak... awat x minta kerja jaga lembu jahh..
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2014 10:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Sbb tu aku ban maid ni!
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2014 11:55 AM | Show all posts
Patut lempaq dlm kandang singa jah pompuan nih  
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2014 11:58 AM | Show all posts
Tak sanggup nak tgk video bdk2 kene dera ni..
siannyeeeee...
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2014 12:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Inilah yang ummah idolakan.asalkan segala bentuk keganasan ummah tiru saja..lepas kena tangkap trus salahkan jarum2 zionis dan nasoro.
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2014 01:03 PM | Show all posts
Ummah kita pun bab dera budak tidak kalah!
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2014 01:16 PM | Show all posts
Maid ni dah hilang akal agaknya.
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2014 02:59 PM | Show all posts
haa...tgk .

org uganda pun tau nk psg cctv,
kt malaysia, keliling pinggang pakai smartphone, tablet bagai, tapi satu ketul cctv nk pantau pengasuh, org gaji kedekut nk beli..cm haji bakhil...

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-11-2014 08:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Smlm da tgk video ni , nangis n x daya nak tgk sampai Abis .. X sanggup nk tgk ,rasenya if org yg Ada anak Akan rasa mcm ni jugak sbb mcm ade satu perasaan kasih Kat budak2 ..
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2014 08:56 PM | Show all posts
xde hati perut..padan bapa dia hantam balik..baru dia rasa..
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2014 09:35 PM | Show all posts
tak sanggup tengok video sampai habis
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2014 11:44 PM | Show all posts
Namun selepas dia menunjukkan rakaman penderaan itu kepada polis, tuduhan terhadap Kamanzi yang bekerja di sebuah badan bukan kerajaan (NGO) di Kampala digugurkan.

babysitter nih dahlah celaka, bodow plak tuh. ada hati nak repot polis kekonon jd mangsa dera majikan, tengok2 sendiri lg jahat.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 01:20 PM GMT+8 , Processed in 0.510994 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list