CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 10515|Reply: 77

[Jenayah] Setahun Berkahwin,Video Aksi Lucah 2 Wanita, Tali Pinggang Hinggap Di Badan

[Copy link]
Post time 1-12-2014 07:59 AM | Show all posts |Read mode
Kuala Lumpur: Penemuan bukti rakaman video lucah suami bersama ‘kekasih gelap’ menyebabkan seorang isteri disebat dengan tali pinggang bertalu-talu hingga pengsan oleh suaminya.

Dalam kejadian jam 2 pagi semalam, mangsa berusia 24 tahun dibelasah suami sehingga cedera teruk di rumah mereka di Cheras di sini, susulan tindakan mangsa membongkar hubungan sulit itu.

Difahamkan, mangsa baru berkahwin setahun lalu dan suaminya sering bersikap panas baran terhadapnya kerana mempunyai teman wanita lain.
Sumber polis berkata, mangsa yang tidak bekerja sering ditinggalkan suaminya yang mendakwa sibuk dengan tugasan luar.


“Bagaimanapun mangsa mendapat maklumat suaminya mempunyai kekasih lain menyebabkan dia melakukan pemeriksaan terhadap barangan peribadi lelaki itu.

“Mangsa dikatakan membuka komputer riba milik suaminya sebelum terkejut apabila menemui video lucah suaminya melakukan adegan seks bersama dua wanita berbeza,” katanya.

Menurutnya, mangsa kemudian bertanyakan perkara itu kepada suami bagi mendapatkan penjelasan.

“Bagaimanapun lelaki itu ‘naik angin’ sebelum menampar mangsa berulang kali di muka.

“Tidak cukup dengan itu mangsa turut dibelasah menggunakan tali pinggang hingga jatuh pengsan. Suspek kemudian keluar dari rumah dengan membiarkan isterinya terlantar tidak sedarkan diri,” katanya.

Menurutnya, mangsa yang tersedar daripada pengsan beberapa jam kemudian tampil membuat laporan polis di Balai Polis Cheras di sini, untuk tindakan lanjut.

Sebelum ini, Harian Metro pernah melaporkan kes sama apabila seorang isteri berusia 20-an turut membuat laporan polis selepas menemui video aksi lucah suaminya bersama beberapa wanita lain disembunyikan di dalam komputer riba.

Mangsa turut dibelasah suaminya hingga cedera teruk sebelum mangsa membuat laporan polis di Balai Polis Salak Selatan di sini.




      Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 1 Disember 2014 @ 5:09 AM

http://www.hmetro.com.my/node/13207
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-12-2014 08:02 AM | Show all posts
Dik oi akak cadang lepas ni minta lah cerai kalau
tak nanti kena tibai lagi.
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2014 08:05 AM | Show all posts
buat aje report. biar merengkuk jantan tak guna tu dalam penjara.
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2014 08:11 AM | Show all posts
ummah ape ni???
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2014 08:15 AM From the mobile phone | Show all posts
Adakah ummah yang claimed sukakan keamanan?
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2014 08:18 AM | Show all posts
yg p check barang peribadi org kenapa? kan dah kena pukul...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-12-2014 08:20 AM | Show all posts
Simunggu posted on 1-12-2014 08:18 AM
yg p check barang peribadi org kenapa? kan dah kena pukul...

pisang punya pasalah puncanya
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2014 08:39 AM | Show all posts
Simunggu posted on 1-12-2014 08:18 AM
yg p check barang peribadi org kenapa? kan dah kena pukul...

kena cari suami punya misbehave baru boleh tanya nafkah kat mahkamah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-12-2014 08:41 AM | Show all posts
dah la berzina, dayus menampar isteri pulak... semoga telurmu pecah
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2014 08:45 AM | Show all posts
Lelaki durjana ada di mana-mana~
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2014 08:52 AM | Show all posts
jantan bingai, udah boleh dapat benda free, bukan satu tapi dua, yg pegi menikah buat apa.....


para pompuan yg nak berkawen jugak dgn lelaki jenis camni(yg suka makan luar)...pikirlah beribu kali...konon2 lepas kawen suami akan berubah, lupakanlah...kalau biasa makan taik, tak dapat makan dia tetap nak hidu jugak....
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2014 08:54 AM From the mobile phone | Show all posts
Harap jantan tu dimaki juga seperti tt AKU MENYESAL..CLOSED
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2014 09:05 AM | Show all posts
pisang ke kuih apam menjadi punca???

tak cukup satu apam...macamlah boleh masuk marathon...setakat sempat masak maggi 2 minit tu tak payahlah berangan lebih2 syok2 sesangat...
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2014 09:19 AM | Show all posts
rosasa posted on 1-12-2014 08:41 AM
dah la berzina, dayus menampar isteri pulak... semoga telurmu pecah

amin hehehe
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2014 09:38 AM | Show all posts
senangnya mamat ni dapat apam free...
pas tu amik video cam pelakun porno...
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2014 10:56 AM | Show all posts
shernazz posted on 1-12-2014 08:54 AM
Harap jantan tu dimaki juga seperti tt AKU MENYESAL..CLOSED

HEHEHEHE.... kesian tt tu.. sampai menangis kena maki
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-12-2014 11:32 AM | Show all posts
Untung orang Islam, boleh buat solat sunat istikharah. Jadi, sebelum pilih seorang lelaki/perempuan untuk dijadikan teman hidup, silalah solat sunat istikharah.
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2014 11:42 AM | Show all posts
Simunggu posted on 1-12-2014 08:18 AM
yg p check barang peribadi org kenapa? kan dah kena pukul...

kan.. tak hormat privacy langsung
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2014 11:59 AM | Show all posts
Bangganya boleh sebat bini sampai pengs an..
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2014 12:09 PM | Show all posts
Baru setahun kawin dah berkekasih gelap...apa punya jantan ...
Kalau kenduri besar2an, kad kahwin canggih, habis beribu2...mesti nyesal membazir sebab setahun kahwin dah ada bunga2 akan bercerai.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 11:07 PM GMT+8 , Processed in 0.086353 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list