CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 19667|Reply: 151

Caj Iklan Di Instagram: Nora Danish Paling Mahal

[Copy link]
Post time 2-12-2014 10:41 AM | Show all posts |Read mode
Nora Danish Antara Artis Kenakan Caj Iklan Di Instagram Tertinggi


Nora Danish

PETALING JAYA: Pelakon Nora Danish adalah antara artis yang mengenakan caj periklanan produk tertinggi menerusi laman sosial Instagram miliknya.

Nora mengenakan caj antara RM1,500 sehingga RM3,000 bersesuaian dengan jumlah opengikutnya yang ramai di laman sosial berkenaan iaitu mencecah 1.4 juta orang.

Bayaran RM1,500 dikenakan Nora adalah bagi tempoh Isnin hingga Jumaat, pukul 10 pagi hingga 12 tengah hari dan 10 malam sehingga 12 pagi.

Caj sebanyak RM3,000 pula untuk tempoh iklan bermula 1 petang hingga 9 malam bagi jumlah hari yang sama.

Bagi hari Sabtu dan Ahad pula, kos yang sama dikenakan itu RM3,000.

Dalam pada itu, model Raisyyah Rania (Felixia Yeap) yang mempunyai 214 ribu pengikut mengenakan caj mengikut pakej-pakej tertentu di mana dia akan membuat iklan sebanyak dua kali di Instagram dan sekali di Facebook dengan harga RM2,000.

Bagi tiga kali periklanan di Instagram, model itu meletakkan harga RM2,500.

Bagaimanapun penyanyi Fynn Jamal (408 ribu pengikut) meletakkan harga diantara RM200 hingga RM500 di mana caj yang dikenakan mengikut kemampuan peniaga Instagram berkenaan.

Begitu juga dengan pengacara Nana Mahazan (177 ribu pengikut) yang meletakkan harga di bawah RM500 mengikut perbincangan yang dibuat dengan penjual iklan.



Fizo Omar

Aktor Fizo Omar yang mempunyai 380,000 pengikut mengenakan caj di bawah RM1,000 dan akan memberikan diskaun pada masa-masa tertentu kepada mana-mana pengikut laman sosial berkenaan yang mahu mengiklankan produk mereka.

Menurut Fizo yang dihubungi mStar Online, dia menganggap perkhidmatan IG Review iaitu periklanan di laman sosial Instagram atis adalah satu kaedah baru dalam dunia perniagaan dalam mempromosikan sesebuah produk.

"Saya percaya, konsep peniaga memerlukan bantuan artis yang mempunyai jumlah pengikut yang tinggi bagi mempromosikan kedai online masing-masing adalah cara baru dalam perniagaan.

"Dan saya rasa, tidak salah jika seseorang selebriti itu mengenakan caj tertentu. Lagipun tidak ada yang percuma sekarang ini.

"Cuma saya harap, bagi pihak artis, janganlah letak harga yang begitu tinggi sehingga membebankan peniaga-peniaga yang baru ingin menapak," katanya.



Sebut harga Raisyyah Rania

Sementara itu, salah seorang peniaga Instagram yang dikenali sebagai Ela ketika dihubungi mStar Online berkata, terdapat segelintir artis yang mengambil kesempatan terhadap peniaga-peniaga online apabila mengenakan harga yang tidak munasabah bagi setiap promosi yang dimuatnaik di Instagram.

"Biasanya, artis yang mempunyai lebih daripada 800 ribu pengikut akan meletakkan harga yang sangat tinggi. Saya anggap perkara ini tidak patut kerana hasil yang diterima daripada peniaga hanyalah mendapat penambahan pengikut di Instagram sahaja dan yang membeli pula tidak ramai," ujarnya.

Bagaimanapun Ela berkata, ada juga kebanyakan artis yang mengenakan cas yang relevan mengikut kemampuan peniaga itu sendiri di mana para peniaga turut memberi harga diskaun bagi mana-mana barangan yang ingin dibeli oleh artis berkenaan.

Ketika ini trend orang ramai mumuat naik status promosi produk masing-masing di status yang dimuat naik oleh kebanyakan artis semakin menjadi-jadi menyebabkan kaedah IG Review ini terpaksa diperkenalkan.

Para artis akan mempromosikan produk-produk berkenaan selepas persetujuan dicapai bersama pelanggan termasuk kaedah pembayaran.

Last edited by SenahMontanah on 2-12-2014 10:41 AM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-12-2014 10:45 AM | Show all posts
meols x ada masalah dgn konsep pengiklanan di IG ni... win win situation la...sbb retis skrg bergelar "media owner" , sama taraf dgn radio, tv, surat khabar ... so harga caj tu masih lagi berpatutan, kalau ikutkan dgn keuntungan sesetengah peniaga online

good job retis yg bijak ni!


p/s: kejap lagi adalah komen2 kata "perlu ke caj?", "bagi free je lah" ... eh hello? dgn caj dan isytiharkan benda tu iklan, if anything happen in future...product penipu ke, x menjadi ke, org ramai xleh salah kan retis..disclaimer dan agreement sudah ada di situ... jgn jd mcm sesetengah retis yg dipergunakan utk promot barang, last2 takut nnti keluar melodi minta dipanggil jd duta. choi
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2014 10:47 AM | Show all posts
gila la buta2 buat duit.. lain la ig tu berbayar.. hadap sgt nk duit.. ada artis x kesah pn spam ada artis lak aiap sediakan ruang niaga utk follower free je.. kedekut benor yg fan bayar duit tiket support korang tu xdelak korang kesah sbb nk support filem or produk korang
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2014 10:47 AM | Show all posts
bg je kat fasha dia xcharge org pun
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2014 10:47 AM | Show all posts
no komen la, bab bab ni tepuk dada tanya selera, kalau rasa sanggup keluarkan duit utk iklan di IG, keluarkanlah...

lagipun target group lain-lain.

lagipun iklan review di IG lebih elok daripada iklan di komen2 yg lebih annoying.. menyusahkan je nak baca komen, dan yg pasti saya pun tak baca iklan kat komen..
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2014 10:50 AM From the mobile phone | Show all posts
stila_77 posted on 2-12-2014 10:47 AM
no komen la, bab bab ni tepuk dada tanya selera, kalau rasa sanggup keluarkan duit utk iklan di IG,  ...

Di instagram, aku selalu tengok gambar dan caption je. Kose nak baca komen bagai.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-12-2014 10:52 AM | Show all posts
sedih still ada org yg x reti bezakan fan dengan peniaga online... and spam komen dengan iklan berbayar. study ni dulu baru boleh ceceh psl retis tamak duit ke ape...

org yg meroyan iklan di ig ni meols boleh samakan dgn group yg meroyan che ta disponsor bersalin (padahal terang2, che ta tu disponsor atas dasar pengiklanan). takyah nak suruh2 CSR sgt, jcorp kalau x promot sepital swasta dia tu, karang rugi, xde duit nk bayar staff2... itulah kepentingan promosi, dpt coverage, jd buah mulut 1 negara... publisiti.
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2014 10:53 AM | Show all posts
hihihi, setakat ni aku suka tengok IG review oleh nora sebab semuanya menjual barang2 yg aku berminat nak beli...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-12-2014 10:56 AM | Show all posts
sori x de IG
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2014 10:59 AM | Show all posts
sape yg snggop byr smpi 3k..cam bazir lak...leh byk dpt untung ke...berbaloi ke
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2014 11:01 AM | Show all posts
Sementara itu, salah seorang peniaga Instagram yang dikenali sebagai Ela ketika dihubungi mStar Online berkata, terdapat segelintir artis yang mengambil kesempatan terhadap peniaga-peniaga online apabila mengenakan harga yang tidak munasabah bagi setiap promosi yang dimuatnaik di Instagram.

"Biasanya, artis yang mempunyai lebih daripada 800 ribu pengikut akan meletakkan harga yang sangat tinggi. Saya anggap perkara ini tidak patut kerana hasil yang diterima daripada peniaga hanyalah mendapat penambahan pengikut di Instagram sahaja dan yang membeli pula tidak ramai," ujarnya.

Bagaimanapun Ela berkata, ada juga kebanyakan artis yang mengenakan cas yang relevan mengikut kemampuan peniaga itu sendiri di mana para peniaga turut memberi harga diskaun bagi mana-mana barangan yang ingin dibeli oleh artis berkenaan.

dalam kes ni, si ela ni pelanggan...dah kalau retis yg 800k followers caj tinggi, n ko x mampu...x payah nk nk bersungut mahal... ukur baju di badan sendiri la...dgn baru nk menapak...ada baiknya pergi target kt retis yg ig bawah 100k followers, mcm budak2 af...silap2 diorg tolong promot free jah. contohnya @munashahirahofficial cc @beta_Carotene, sheols dgn tenang promot cheesecake n tudung kt ig.....

peniaga online ni x sedar diuntung pun ya jugak...cukai x bayar, buat iklan dgn retis, retis pun x caj gst sgala...patut syukur je dgn peluang sementara kerajaan x ambik kesempatan ni.
Last edited by sepitsiput on 2-12-2014 11:32 AM

Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2014 11:02 AM From the mobile phone | Show all posts
Ooo.....kira antara termurah lah fynnjamal punye caj
Ingatkan dah mahal sangat tu
Tak sangka nora danish lagi mahal......
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2014 11:03 AM | Show all posts
fifie_olin posted on 2-12-2014 10:59 AM
sape yg snggop byr smpi 3k..cam bazir lak...leh byk dpt untung ke...berbaloi ke

okay, kalau meols buat calculation la ek


ig nowa = 1.2juta follower, di mana average likers (ni kira cost per click la), setiap post ada minimum 15k likes... so potensi product tuk dilihat oleh 15 ribu org dlm 1 masa tu ada...so out of 15k, estimatelah berapa org yg dh tau info akan mouth to mouth, or repost...and berapa org yg akan call direct n ask, nego or buy... so 3k utk dpt tayang product kt 15k minimum viewers apa ada hal...diorg lagi untung lg ada, keluar 3k, jual brg lebih dr 10k. mampu?

Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2014 11:08 AM | Show all posts
retis mmg dh kaya makin kaya le disebabkan review ni...
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2014 11:09 AM | Show all posts
senang2 je buat duit dgn kena kan charge mcm tu..... tak paham aku kenapa artis2 ni nak charge sebegitu? belum tentu kau pun pakai produk2 yang instashop ni jual.....
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2014 11:09 AM From the mobile phone | Show all posts
Hihihi kekadang ade yg komen xmasuk akal...fyn kira murah jugak la
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-12-2014 11:14 AM | Show all posts
hammboi.. mudahnya buat duit zaman skg ni. sehari goyang2 kaki leh dapat paling busuk 10k. WOW!
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2014 11:15 AM | Show all posts
sepitsiput posted on 2-12-2014 09:03 AM
okay, kalau meols buat calculation la ek

ko slh sorg seller dlm ig nowa ke nok...gigih tul ko kira...semata2 nk mengajar aku

Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2014 11:15 AM From the mobile phone | Show all posts
sepitsiput posted on 2-12-2014 10:45 AM
meols x ada masalah dgn konsep pengiklanan di IG ni... win win situation la...sbb retis skrg bergela ...

betul tu
review nih dr zaman blog sampai ke ig mende biasa mmg caj beribu pun..
tulah juga yg blogger2 pemes buat dulu tu .. tu baru blogger yg follower selalunya dulu2 ratus2 ribu jah plg byk pun.

Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2014 11:17 AM | Show all posts
there you go...makin ramai yang tak faham apa itu konsep "media".... media social termasuk lah juga media... ada follower hingga 1 juta igt x perlu damage protection ke?

penat meols explain, tp msih x faham konsep...so i rest my case  
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-12-2024 12:00 PM GMT+8 , Processed in 0.136920 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list