CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 6470|Reply: 39

Beberapa Koleksi Kisah2 Terjadi kt aku Dan Org Terdekat Dgn Aku...

[Copy link]
Post time 11-12-2014 10:23 AM | Show all posts |Read mode
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Aku ada beberapa kisah nak diceritakan kat cni. Nak kata scary sangat tu, tak la. Tapi boleh la kalau korang nak membaca, menambahkan koleksi yang dah sedia ada...
Kalau korang rasa boring ke meluat ke, maaf la ye...


REKREASI ARUS DERAS

Tahun 2010 kejadian nie berlaku. Masa nie aku kerja kat site office. Ramai staff2 yang dari HQ(KL) kena duduk site ofis termasuklah jugak sorang kakak nie. Aku namakan dia Kak Su. Husband dgn anak2 kak Su duduk KL. Anak2 kak su ada 3 orang. Yang paling kecik sekali masa nie umur 7 bulan. Bayangkan Kak Su kena tinggal anak2 dan suami, datang menyewa kat Bukit Mertajam nie. Kak Su sewa rumah kampung sorang2. Weekend baru dia balik KL jumpa family.

Bulan March masa cuti sekolah, husband kak Su bawa anak2 datang bercuti kat Penang. Aku yang orang local Penang nie bawa la dia satu family p mandi manda kat rekreasi arus deras nie. Kak Su kata anak2 dia teringin nak mandi manda. Kami pilih tempat yang sesuai la sebab kak Su bawa bekal nasi, aku bawa air dengan jajan2.  Mandi la kami dengan gembiranya.

Anak2 Kak su dengan anak2 aku syok dok tangkap anak2 ikan. Masa tengah lepak2 atas batu dalam air tu, kak Su kata kat aku, nak ambil batu sungai satu la, nak buat tungku sambil tangan dia dok pilih2 batu sungai yang bulat2 tu.  Lepas tu dapat la kat dia satu batu sungai yang bulat kecil comel. Aku gelak je la kat dia, sambil aku kata, “perut Kak Su tu tebal, batu besar tu nak rasa apa, nahh ambik batu nie.” Sambil aku bagi satu batu berbentuk bujur macam buah betik. Cantik.

Tanpa banyak cakap, kak Su pun ambil batu yg aku bagi tu, bg kat laki dia suruh simpan dalam kereta.  Lepas mandi manda, makan bagai, kami pun siap2 nak balik sebab lepas tu nak naik jambatan gantung yang ada kat ctu pulak.

Selesai semua dah, balik la kami. Seminggu lepas tu, lepas husband dgn anak2 kak Su dh balik KL, kami kerja macam biasa, tapi Kak su asyik batuk ja. Sampai bos pun tegur, lain macam ja batuk dia tu. Pergi klinik biasa, pakar semua tak jalan. Husband dia pun risau la, dh la duduk sorang2. Satu hari tu, sampai teruk sangat batuk dia, driver ofis bawa dia pegi klinik. Doktor kata dia suspek H1N1 sbb masa tu kecoh pasal H1N1. Doktor bagi surat suruh pergi hospital terus.

Pergi la Kak su kat hospital, kena tahan kat wad. Sampai doctor asingkan dia dgn orang lain, sbb takut berjangkit. Kesian dia…Kami geng2 ofis pun pergi jugak melawat dia. Doctor ambil sample kahak nak test. Husband dia datang penang jumpa doctor nk minta tukar ke hospital KL. Susah la kan nak ulang alik dgn anak2 lagi.

Doktor tak mau lepas sebab takut jadi apa2 depa yang salah, tp husband dia berkeras jugak. Doktor suruh husband dia sign satu surat kalau jd apa2, doctor tak tanggung. Husband dia kata ok.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-12-2014 10:44 AM | Show all posts
ok menarik... sila sambung yer..
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2014 10:52 AM | Show all posts
waiting sambungan
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-12-2014 11:00 AM | Show all posts
Husband dia dah syak lain dah. Dia tak rasa macam batuk biasa. Husband dia crita kat kami yang dia selalu mimpi ada perempuan cantik sangat selalu datang dalam mimpi dia. Perempuan nie rambut panjang, mula2 datang macam nak menggoda, bila dah sampai dekat, dia macam nak terkam, terus husband kak su terjaga dari tidur. Yang Kak Su sendiri pulak mimpi macam lain (Nie kak su cerita kat kami satu ofis lepas dah settle semua). Kak Su mimpi ada perempuan hodoh rambut mengerbang datang dok marah2 dia, tp dia tak paham apa hantu nie dok marah. Diaorang dapat mimpi nie lepas balik dari mandi manda hari tu.

Bila dah balik KL, husband dia tak bawa ke hospital, tp kawan Kak Su yang kat KL suruh pergi ke pusat rawatan islam kat Bangi. Malam tu pergi la diaorang ke situ. Ustaz yang rawat tu ada bagitau, dia ada nampak macam benda di belakang pintu rumah sewa kak Su kat BM nie, tapi dia tak pasti benda apa. Ustaz tu tanya, baru2 nie ada pergi mana2 tak dan ada ambil apa2 tak?. Kak Su dengan husband dia tak teringat lagi pasal batu tu. Puas dah memikir, baru dia teringat, ada ambil batu kat sungai.

Ustaz nie pun kata la, kenapa ambil batu tu, dia marah la, ctu tempat ‘anak2’ dia dok main… Ustaz nie pun start la berubat. (Nie Kak Su yg crita kat aku). Kak su duduk bertentangan dgn ustaz nie,  sambil baca ayat2, ustaz nie bagitau, “ha, tu dia dah kluar dah tu, kluar dari kepala terbang naik ke dinding, rambut mengerbang”.. meremang segala bulu2 kak Su bgtau. Scary betui..

Lepas ja berubat tu, automatic batuk kak su hilang terus, macam ambil buang gitu ja…Ustaz suruh datang lg esok nak balas ubat. Tapi ustaz tu pesan, balik nanti, batu sungai tu rendam dulu dgn air dalam baldi, letak kt luar rumah. Lepas tu pergi la pulangkan balik batu tu…Pulangkannnn……….

Husband kak su ada sedara jgk kt BM nie. Masa nk balik KL berubat, kak su tinggal kunci rumah sewa dekat sedara dia nie. Malam tu jugak husband kak su call sedara dia nie minta tolong keluarkan batu yg belakang pintu tu, letak dalam baldi, isi air.

Lepas dua tiga hari kat KL, kak su pun balik Penang. Petang tu jugak dia minta tolong sedara dia nie bawa dia pegi hantar batu tu balik. Bayangkan kalau kak su dah bakar batu tu nak buat tungku???

Lepas kejadian nie, anak2 kak su pindah sekolah, semua duduk BM, tinggal husband dia saja duduk KL sebab kerja kan…weekend saja husband dia pulak datang penang.

Aku semenjak kes nie, sampai sekarang tak jejak kaki ke situ dah……


Tamat
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-12-2014 11:01 AM | Show all posts
khailya posted on 11-12-2014 10:44 AM
ok menarik... sila sambung yer..

dah sambung   
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-12-2014 11:02 AM | Show all posts
Jagendas posted on 11-12-2014 10:52 AM
waiting sambungan

Dh sambung En Jagendas...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-12-2014 11:09 AM | Show all posts
air terjun mana tu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-12-2014 11:19 AM | Show all posts
Area Kedah. Aku ada simpan lg gambaq, tp x pandai nak upload.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-12-2014 11:28 AM | Show all posts
kt mane tu? kt Yan ker?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-12-2014 11:29 AM | Show all posts
Bukan, Kulim
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2014 01:12 PM | Show all posts
Sedim kah?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-12-2014 01:36 PM | Show all posts
Betul la tu CikYaw...
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2014 01:56 PM | Show all posts
zameyla posted on 11-12-2014 01:36 PM
Betul la tu CikYaw...

Oh..situ ke.. dulu me n family duduk sane mmg seronok g mandi mande kt sedim ni.. bbq bagai.. tp besa lah kan tmpt hutan.. TAPI silap haribulan yg hantu tgh berpeluk2 bagai kat ceruk2 hutan tu pon boleh jumpe..almaklumlah sejuk..

Situ mmg deras kan.. pernah ade sekali tu tgk org tengah nak selamatkan sorang mamat ni.. dia xsempat nak ke tepi air..sebab air naik cepat.. Last edited by CikYaw on 11-12-2014 09:21 PM

Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2014 02:41 PM | Show all posts
aku suka sedim!!!
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2014 02:58 PM | Show all posts
i pnh kolek batu sungai kt ulu yam tu
alhamdulillah...ok2 sokmo je
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-12-2014 03:06 PM | Show all posts
supernaturalee posted on 11-12-2014 02:58 PM
i pnh kolek batu sungai kt ulu yam tu
alhamdulillah...ok2 sokmo je

ok la tak de yang mengikut...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 11-12-2014 03:07 PM | Show all posts
CikYaw posted on 11-12-2014 01:56 PM
Oh..situ ke.. dulu me n family duduk sane mmg seronok g mandi mande kt sedim ni.. bbq bagai.. tp b ...

kat ctu tempat arang main kayak, sbb air dia deras.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-12-2014 03:09 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-12-2014 03:09 PM | Show all posts
kenapa nak masuk gambar x boleh ye...ada sapa2 boleh tolong tak?
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2014 03:34 PM | Show all posts
oh sedim ke.. aku tak penah sampai sane lagi..huhu
tgk dalam tv nampak sangat cantikkk ha
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-5-2024 12:03 PM GMT+8 , Processed in 0.082300 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list