Katahui 5 Khasiat Daun Pandan Khasiat Daun Pandan Bagi orang-orang Melayu Daun pandan merupakan sejenis pokok yang banyak kegunaannya. Ciri-Ciri daunnya tebal, sedikit lebar, panjang meruncing dan tajam dibahagian hujung. Ia boleh digunakan sebagai pewangi makanan.
Berikut Adalah Beberapa Khasiat Yang amat berguna kepada kita semua :- 1. Menurunkan darah tinggi
Rebus beberapa helai daun pandan dengan sukatan 2 gelas air. Didihkan sehingga airnya tinggal kira-kira setengah gelas
sahaja. Minum airnya.
2. Matikan kuman dalam darah
Amalan minum air rebusan daun pandan secara kerap dikatakan juga dapat membantu mematikan kuman dalam darah agar tubuh lebih sihat.
3. Melembutkan Daging
Daun pandan yang dicampur dalam masakan membantu melembutkan daging.
Masukkan daun pandan semasa memasak untuk mengelakkan makanan atau minuman daripada lekas basi.
4. Melicinkan kulit
Perah dan dapatkan air daun pandan lebih kurang 5 titik. Amalkan minum air perahan tersebut bersama dengan pisang.
5. Mengecutkan rahim
Akarnya direbus dan diminum oleh wanita yang baru melahirkan anak. Amalkan secara berterusan selama 40 hari
P/s : Selamat mencuba
sumber:matabulat.my
|