CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1707|Reply: 1

jom jaga kesihatan sendi tulang..

[Copy link]
Post time 18-12-2014 06:48 PM | Show all posts |Read mode
Menjaga kesihatan sendi tulang


                                               
       
                                                                                                                                                                Struktur tulang rawan sendi dan kepentingannya :

Tulang rawan terdiri daripada 2% sel “chondrocytes”, 98% pula adalah bahan matrik. Matrik terdapat di luar sel dan berbentuk gel.
Is terdiri daripada kolegen, proteoglikan dan air. Proteoglikan yang terdapat di matrik ini terdiri khasnya daripada bahan bernama chondroitin sulphate dan hyaluronic aside. Proteoglikan dalam matrik berbentuk spring ini disebabkan chondroitin sulphate mempunyai caj negatif, bertindak menolak antara satu sama lain. Sel chondrocytes pula bertanggungjawab menghasilkan koligen dan proteoglikan bagi menjaga keseluruhan kesihatan serta pejanaan semula tisu rawan.


Tulang rawan dan penyakit osteoarthritis (oa)Penjagaan tisu tulang rawan amat penting untuk pergerakan sendi yang bebas tanpa sebarang kesakitan. Tulang rawan merupakan tisu perlindungan bagi dua hujung tulang yang bernama sendi. Ia bertindak sebagai penyerap hentak untuk sendi samada ketika berlari atau turun anak tangga.


Malangnya, apabila seseorang itu semakin berumur atau mengalami kecederaan (trauma) sendi, sehingga menyebabkan kerosakan pada tulang rawan. Akhirnya, berlakulah penyakit bernama osteoarthritis.


Gejala-gejala penyakit OA termasuk sendi yang terlibat akan berasa sakit, bengkak, kejang dan kehilangan fungsi seperti lutut tidak dapat mencangkung. Keadaan ini timbul akibat kehilangan bahan matrik tisu tulang rawan berterusan dan ketidakseimbangan antara pembaiki dan kerosakan tisu tulang rawan.


Sendi-sendi yang menampung berat badan seperti sendi lutut dan paha merupakan sendi yang sering dipengaruhi oleh penyakit OA.
Terdapat banyak faktor menimbulkan penyakit sendi dan memburukkan sendi seperti umur, keturunan, berat badan (obesiti), trauma/kecederaan dan metabolik abnormaliti.

sumber:koleksiartikel.com


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-12-2014 02:12 PM | Show all posts
Selalu kalau bergerak atau pusingkan pergelangan kaki atau tangan lepas tu bunyi ketak, ketak...bahaya tu...mungkin ada osteoporosis atau arthistis
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2025 04:02 AM GMT+8 , Processed in 0.039040 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list