CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: sr_kila

(cerpen) mimpi (u)

[Copy link]
Post time 29-12-2014 02:21 PM | Show all posts
sr_kila replied at 29-12-2014 06:12 AM
hmm.. imaginasi? hahahah.. saya suka bercakap sendiri.. =p =p hehhee.. =) =)
haiipp...

sis, aku tk dpt noti.
Update yerrrr.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-12-2014 09:22 PM | Show all posts
sr_kila replied at 29-12-2014 12:07 PM
isyy.. xla kak.. baru nak abeskan degree ni haa.. hehe.. Allahu.. semput..  nak smbung master ...

Owh..d3gree ke..i thought viva utk master or phd..hehe..akak course engineering
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-12-2014 10:05 AM | Show all posts
pooh83 replied at 29-12-2014 01:22 PM
Owh..d3gree ke..i thought viva utk master or phd..hehe..akak course engineering

hahahaha.. aah kak.. degree baru.. ngee.. engine.. waaa.. berat2.. =) =)
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-12-2014 08:08 PM | Show all posts
Peperiksaan pertengahan tahun makin hampir. Bak kata orang putih, around the corner. Macam biasa. Kami pelajar yang diamanahkan dengan tugas belajar ni, mulalah belajar dengan bersungguh-sungguh. Ada masa lapang, kami belaja. Ada masa lapang, kami jumpa cikgu. Ada masa lapang, kami fly tengok bola. Eh? =p

“Som, lepas kau demam minggu lepas, lain betul kau ni. kenapa?” Dani bertanya. Aku yang baru nak menyuap nasi lemak, terhenti.

“kenapa?” aku pandang Dani.

“betul. Aku pun perasan, Som,” Ecah menguatkan hujah.

“apa yang lainnya?” aku suap nasi lemak.

“kau banyak termenung,” bersembur-sembur nasi lemak dari mulu Piza. Bella tepuk dahi adiknya.

“kau ni. senonoh sikit,” kan dah kena marah. Kami sama-sama ketawa.

“betullah Som. Kau ada masalah ke? Ceritalah. Selama ni, kita mana ada rahsia,” Zahrah sambung lepas ketawa kami reda. Aku tarik nafas panjang.

“nanti aku cerita. Aku janji. Okay?”




Selesai aku bercerita, semua tercengang. Siap ternganga-nganga lagi. Bella dengan kerut didahi. Piza dengan muka blur sambil garu kepala. Zahrah dengan Ipah masing-masing terkebil-kebil. Ecah daripada berbaring, dah duduk bersila. Aku tarik nafas panjang.

“tak percaya ekh?” giliran mereka tarik nafas panjang. Lebih kepada mengeluh.

“mungkin tu mainan tidur kau je?” Ipah bersuara.

“mulanya aku pun fikir gitu. Tu yang aku diamkan aje,” semua mata memandang aku.

“eh, engkau. Selama ni, banyak je benda mengarut kau bagitau kitorang. Tahun lepas, kau mimpi Shah Rukh Khan ajak kau kahwin, 3 hari 3 malam kau canang kat kitorang ni ha,” mereka semua ketawa. Aku garu kepala.

“aku ingat. Pastu, dengan bangganya kau cakap kau reject dia sebab kau lagi suka Afdlin Shauki,” makin kuat diorang ketawakan aku.

“woi! Diam lah! nak tido,” kami semua terdiam menahan ketawa.

“dah lah. jom tidur. Esok exam,” mereka semua berjalan ke katil masing-masing. Aku terus menarik selimut. Tetapi, mata masih terkebil-kebil. Dua tiga hari kebelakangan ni, mimpi kau bukan lagi di taman bunga tapi di tepi bangunan stor sukan lama. Tiada Naufal, tiada lelaki-lelaki yang memukulnya. Cuma sekeping nota.

‘tolong saya’

“awak,” aku tersentak.

“Naufal,”

“awak dapat nota saya?” muka dia tak seceria selalu. Aku hulurkan nota kecil di tangan.

“awak boleh tolong saya?” aku kerutkan dahi.

“tolong apa?” Naufal berjalan menuju ke pintu masuk stor sukan. Aku masih berdiri kaku di tepi. Dari pintu masuk, dia menggunakan bahasa isyarat tangan mengajak aku mengikutnya. Aku berjalan kearah Naufal. Dia buka pintu stor dan kami sama-sama masuk. Stor masih lagi dalam keadaan seperti kali pertama aku masuk. Naufal berjalan ke bahagian yang paling belakang stor. Bahagian belakang stor terdapat satu bilik kecil yang tertutup. Pintu bilik tersebut ditolak.

“awak, lepas pukul, diorang letak saya dalam ni,” aku pandang Naufal dengan dahi berkerut.

“saya susah hati. Family saya susah hati. Sampai sekarang ibu sedih. Diorang tak jumpa saya,” aku keliru. Apa yang jadi dengan Naufal sebenarnya?

“kenapa awak tak balik?”

Azan subuh sayup-sayup berkumandang. Aku terjaga dari lena. Aku raup muka dan bangun.

“astaghfirullahalazim,”


(sambung....)



Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2014 09:05 AM | Show all posts
cepat SOM tlong NAUFAL...
Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2014 03:37 PM | Show all posts
bookmarked!!.nice one
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 31-12-2014 03:58 PM | Show all posts
sr_kila replied at 30-12-2014 12:08 PM
Peperiksaan pertengahan tahun makin hampir. Bak kata orang putih, around the corner. Macam biasa. Ka ...

Tak sabar nak tahu.hmmm
Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2014 04:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Yeeaaa..dh ada update..heheheh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 31-12-2014 09:49 PM | Show all posts

sabar2.. heheh.. time kaseh sudi baca.. =) =)
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-12-2014 09:56 PM | Show all posts

thanks shalola sudi baca.. kita joget utk awak..

oh yeahh.. =)
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-12-2014 09:56 PM | Show all posts
suery89 replied at 31-12-2014 08:34 AM
Yeeaaa..dh ada update..heheheh

thanks suery sudi baca.. =) =)
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-12-2014 10:01 PM | Show all posts

sabar ye es.. =) =)
Reply

Use magic Report

Post time 1-1-2015 09:30 AM | Show all posts
Adakah Naufal itu roh yang bergentayangan mahu meminta bantuan?

Next please....
Reply

Use magic Report

Post time 1-1-2015 05:45 PM | Show all posts
Nicki_Meow replied at 1-1-2015 09:30 AM
Adakah Naufal itu roh yang bergentayangan mahu meminta bantuan?

Next please....

baru aku nak tanya soklan yang sama...
Reply

Use magic Report

Post time 1-1-2015 05:51 PM | Show all posts

Mana hapdetnya tt? jiwa meronta2 nak tahu. Nak terjun bangunan ar camni.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-1-2015 06:07 PM | Show all posts
Nicki_Meow replied at 1-1-2015 01:30 AM
Adakah Naufal itu roh yang bergentayangan mahu meminta bantuan?

Next please....

hmm.. =) =)

thank u sudi baca..


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 1-1-2015 06:10 PM | Show all posts
Ipo replied at 1-1-2015 09:45 AM
baru aku nak tanya soklan yang sama...

thank u sudi baca.. =) =)


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-1-2015 06:11 PM | Show all posts
Esmiria replied at 1-1-2015 09:51 AM
Mana hapdetnya tt? jiwa meronta2 nak tahu. Nak terjun bangunan ar camni.

insyaAllah malam ni ye.. =) =)
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-1-2015 09:17 PM | Show all posts
Ujian terakhir selepas dua minggu tamat diiringai dengan loceng rehat.

“aku jaga bilik kaunseling harini. Nanti tapaukan aku karipap 3 tau?” aku memberitahu Dani yang ligat mengemas mejanya yang dipenuhi alat tulis.

“benda lain tak mau?”

“tak nak. Aku gerak dulu aa,” aku berjalan meninggalkan Dani.



Komputer depan mata aku renung. Kalau buka pun, bukan ada apa-apa pun. Aku tarik nafas panjang sebelum bangun dari kerusi dan berjalan ke rak buku yang terletak bersebelahan pintu masuk. Kebanyakannya majalah sekolah tahun-tahun yang sudah. Satu per satu aku tengok. Satu majalah sekolah aku tarik dan belek. Tahun 2002. Menarik. Meh usha tengok kot ada yang kacak bergaya muka dipenuhi nur keimanan. Aku parking dikerusi tepi rak buku. Sehelai demi sehelai muka surat majalah tersebut aku belek. Boleh tahan jugak senior aku ni. Siap ada buat muzikal hari guru. Gempaklah ni agaknya. Banyak gambar cikgu-cikgu tengah lap air mata, hembus hingus.  Baru nak selak muka surat baru, terdengar bunyi pintu kaca diluncurkan. Aku telek dari tepi. Terjongol kepala lelaki.

“ceh. Kau ke beng. Ingatkan ada yang mintak nak kena basuh tadi,” aku kembali membelek majalah.

“nah, karipap kau,” satu plastik kuning dihulur kepada aku. Dengan senyum lebar penuh keikhlasan aku sambut plastik tu.

“terima kasih daun keladi. Kau dah makan?” seketul karipap aku gigit. Hilang separuh.

“dah. Kau sorang ke harini? Adik kau mana?” adik merujuk kepada junior yang patut jaga bilik ni dengan aku.

“adik hek kau. Mana entah. Tadi cakap nak pergi jamban. Lemas agaknya,”

“bongok,” sambil tergelak kecil Hafiz berjalan ke meja komputer.

“eh, bongokkan aku pulak,” aku perhati gerak geri Hafiz. Ingatkan nak tidur. Dua buah buku latihan ditangan dibentangkan atas meja belajar. Ceh. Nak meniru Add maths rupanya. Aku terus menikmati karipap dan membelek majalah. Tiba-tiba mata aku tertancap pada wajah lembut seseorang yang tak asing pada minda aku di ruangan gambar pasukan ragbi sekolah. Aku perhatikan nama yang terdapat dibawah gambar. Karipap yang dipegang jatuh ke lantai.

“Apis, tolong jagakan bilik ni kejap. Aku nak pergi bilik guru,” aku bangun dan keluar meninggalkan Hafiz yang tercengang. Aku berjalan laju ke bilik guru. Majalah masih di tangan. Sampai di bilik guru, lengang. Kebanyakan cikgu sedang berehat atau makan. Aku berjalan kearah meja yang paling hujung. Insan yang dicari ada ditempatnya.

“Assalamualaikum, ustazah,” Ustazah Zalizan yang sedang membaca mengangkat mukanya dan tersenyum.

“Waalaikumussalam, Khaireen. Ada apa saya boleh tolong?”

“Maaf mengganggu, ustazah. Saya nak tanya. Ustazah kenal dia?” majalah sekolah aku bentangkan di hadapan beliau dengan jari telunjuk aku arahkan kepada gambar seorang pelajar lelaki. Lama ustazah pandang gambar tu sebelum menarik nafas panjang dan mengangguk perlahan.

“semua cikgu yang lama kat sekolah ni, kenal dia,” tenang suara ustazah.

“siapa dia?” ustazah menarik nafas panjang. Tiada lagi senyuman di bibirnya.

KRINGGG!!!

Loceng tamat waktu rehat berbunyi.

“lepas sekolah, saya jumpa ustazah, boleh?” ustazah angguk.

“saya tunggu awak di bilik kaunseling.”







Aku melangkah lemah. Suara Ustazah Zalizan terngiang-ngiang di telinga. Kalau betul apa yang ustazah cakap tadi, apalah maksud mimpi kau selama ni? apa aku nak buat? Patut ke aku cerita pasal ni kat diorang? patut ke? Allahu. Apa aku nak buat ni?

“oi,” terasa bahu dilanggar. Aku berpaling.

“kau apasal ni? Jalan senget rupa orang mabuk ni. Apahal?” Aku tarik nafas panjang. Muka Hafiz aku tatap. Tak semena-mena air mata aku gugur dipipi.

“oi, Som? Kau apahal ni? siapa buat kau ni?” aku mencangkung depan Hafiz dan menangis teresak-esak.

“Apis, aku tak tahu apa nak buat,”

“kau kenapa ni Som? Ada problem ke?” aku menggogoi seperti anak kecil yang kehilangan ibu. Tudung sekolah mula basah dek air mata. Hafiz berdiri disebelah. Mungkin panik. Atau mungkin risau. Atau mungkin tak tahu apa reaksi yang patut ditunjukkan. Esakanku makin rancak. Aku buntu. Aku tak tahu apa yang patut aku buat. Aku tak tahu. hampir 10 minit kami begini.

“Som, jom balik,” Hafiz berkata perlahan setelah tangisan aku reda. Aku berdiri perlahan.





Malamnya, seperti yang dah diplankan minggu lepas, kami ke Warung Mak Cik Melah. Asyraf nak tengok Anugerah Juara Lagu. Lain sikit selera budak seorang ni.

“Wei, stor sukan lama ada apa ha?” kopi ais aku sedut.

“takde apa dah. Semua barang dah pindah. Cikgu Azli lah cakap,” Pedot jawab.

“aku nak mintak tolong satu benda ni kat korang,” semua mata menumpu ke arah aku kecuali Asyraf.

“ada benda aku nak cari,” semua diam. Aku pandang Hafiz yang duduk berdepan dengan aku. Tak lama. Malu teringat pasal petang tadi.

“kat stor sukan lama tu,” aku sambung ayat. Asyraf tarik nafas panjang. Tahu sangat dah perangainya mamat tu. Buat-buat tak dengar tapi dia lah yang paling peka.

“weekend,” aku senyum dengar suara Asyraf yang matanya masih tertancap pada kaca TV.

“nanti aku try kawtim ngan Abang Man,” makin lebar senyuman aku.

“wei, aku dengarkan, stor tu ‘something’ tau,” Piza mula buka cerita.

“isy, tak payahlah nak bercerita pulak. ‘sejuk’lah malam-malam gini,” Bella yang paling penakut antara kami memeluk tubuh. ‘Sejuk’ merujuk kepada seram. Pedot ketawa.

“Bella, malam-malam sejuk ni, cerita ni lah kena dengar. Nak-nak lagi malam Jumaat,” Pedot menyakat. Bella buat muka sambil menggelengkan kepala. Kami ketawa kecuali Asyraf. Matanya langsung tak bergerak dari TV bila Alyah menyanyi. Suka betul dengan Alyah. Memang lain selera budak ni.     

     
(sambung....)


Reply

Use magic Report

Post time 1-1-2015 09:53 PM | Show all posts
sr_kila replied at 1-1-2015 01:17 PM
Ujian terakhir selepas dua minggu tamat diiringai dengan loceng rehat.

“aku jaga bilik kaunseli ...

Es bkn nak poyo ke apa.

Kebanyakannya
majalah sekolah tahun-tahun yang sudah.
Satu per satu aku tengok. Satu majalah
sekolah aku tarik dan belek. Tahun 2002.
Menarik. Meh usha tengok kot ada yang
kacak bergaya muka dipenuhi nur keimanan.
Aku parking dikerusi tepi rak buku. Sehelai
demi sehelai muka surat majalah tersebut aku
belek.<< dari perrnggan ni, es dpt agak yang dia akan jumpa gambar laki tu dlm majalah coz es kan writer so es tahu.

Let me guess, the ending, Khaireen akan tolong semadikan  mayat naufal kan? Unless, @sr_killa nak buat plot twist.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 12:39 PM GMT+8 , Processed in 0.456330 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list