Beguk merupakan satu penyakit yang disebabkan oleh virus. Ia menyebabkan bengkak dan rasa sakit pada kelenjar parotid. Beguk yang juga dikenali sebagai parotitis epidemik menyebabkan bengkak pada kelenjar air liur terutamanya di bahagian hadapan dan bawah telinga.
Penyakit Beguk menjelma 2 hingga 3 minggu selepas pendedahan dan berjangkit selama seminggu sebelum dan berikutan kemunculan gejala. Tanda dan gejala jangkitan bermula selepas 12-25 hari berhubungan dengan orang yang dijangkiti,dan biasanya mudah direbak dalam 48 jam sebelum dijangkiti,tambahan pula urin penghidap berkemungkinan masih terdapat virus dalam 14 hari selepas jangkitan.
Berdasarkan kajian menunjukkan bahawa 80% daripada orang dewasa yang belum menerima vaksin terdapat sistem imun yang baik,jadi biasanya tidak mudah terdedah kepada jangkitan ini. Penyakit Beguk adalah sering berlaku pada kanak-kanak dalam lingkungan umur
Namun demikian, sekiranya penyakit ini dijangkiti semasa dewasa,komplikasi adalah lebih serius jika berbanding dengan kanak-kanak. Secara lazimnya,kelenjar ini membengkak sebelah atau kedua-dua belah sekali dan diiringi dengan kesakitan dan kepanasan. Kesakitan akan bertambah apabila mengunyah dan kulit permukaan penghidap akan terasa ketat dan kesakitan yang ketara. Suhu badan boleh meningkat sehingga 39-40 °C selepas 2-3 hari.
Kebanyakan penghidap akan demam selama 3-5 hari apabila mula membengkak dan harus dikuarantinkan sehingga pembengkakan hilang. Selain daripada gejala-gejala ini, harus diingati bahawa terdapat komplikasi seperti radang testis yang mana terasa kesakitan bawah perut,pembengkakan testis,kemerahan dan sakit. Ini akan memberi kesan buruk terhadap kesuburan kaum lelaki dan wanita.
Penyakit Beguk mudah berjangkit dan virus merebak melalui titisan daripada mulut, hidung dan tekak apabila mereka yang dijangkiti beguk mengalami batuk atau bersin. Sebagai peringatan, ibu hamil yang mengalami Beguk akan merebak jangkitan terhadap janin melalui plasenta,dan akan mengakibatkan kematian janin atau kecacatan. Kadar keguguran juga akan bertambah.
Untuk maklumat lanjut mengenai kesuburan dan kesihatan wanita, sila layari https://www.facebook.com/notes/ladies-wombs/beguk-akan-menjejaskan-kesuburan-kamipart-1/863910200320831
|