Akibat peperangan yang sudah berlarutan selama puluhan tahun dan Taliban yang mengharamkan kegembiraan, sudah semestinya taman tema adalah sesuatu yang luar biasa bagi penduduk Afghanistan. Namun, sebuah taman tema akhirnya telah dibuka di Kabul, Oktober yang lalu. Terpancar wajah kegembiraan kanak-kanak Afghanistan terutamanya yang dapat bermain dan merasai kemeriahan di taman tema pertama mereka itu. Ini merupakan cara mereka melarikan diri daripada perang, kematian dan kesengsaraan yang mereka tempuhi selama ini. Jom lihat kemeriahan dan keseronokan Taman Tema City Park, Kabul, Afghanistan! Sumber: YAHOO! NEWS
wanista.com
|