CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: famri7

[Tempatan] KELATE SEMAKIN PARAH : Penduduk Manek urai terpaksa panjat bukit untuk selamat.

   Close [Copy link]
Post time 24-12-2014 09:10 AM | Show all posts
ALLAHU....plan besoknya nak balik kelate...ikut report laluan yg available hanya LPT mungkin tapi aku rasa akan tersangkut kt jerteh/besut lak ....

ALLAHUMMA SOYYIBAN NAAFI'AN
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-12-2014 09:15 AM | Show all posts
tumpanglalu74 posted on 24-12-2014 08:25 AM
Banjir di Kelantan dianggap satu pesta air yg di nanti nantikan . Ramai yg sengaje pulang ke panta ...

kalau banjir light light mcm biasa..yang air bukan keruh ala2 teh susu..mmg pesta main air..sbb kawasan rendah pun cuma paras peha jah banjir sis..rumah2 kawasan rendah biasa tiang dan tangga tinggi...tp ni dah jadi ala lautan teh susu telebih teh sis...takdenye pesta...kalau pesta pun mungkin dekat kawasan yang tak terjejas teruk...kami pun ada saudara mara dipelusuk negeri...ada rasa risau dan tak teringin main air jugak kalau dah teruk tahap ni
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2014 09:18 AM | Show all posts
naina posted on 24-12-2014 08:48 AM
Fmly kwn dok area mana?hope uma mntua xnaik g r.tmpt dia tnggi.risonya.hope jgk tanah situ kuat.

kt batu balai.. as of 9 pagi tadi air dah masuk rumah paras lutut...

rumah dia sendiri kat Manik Urai mmg dah tenggelam dah.. katanya pusat pemindahan kat sekolah manek urai pun cuma boleh guna kat tingkat 3 ajer..

Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2014 09:21 AM | Show all posts
siputsedut posted on 24-12-2014 09:15 AM
kalau banjir light light mcm biasa..yang air bukan keruh ala2 teh susu..mmg pesta main air..sbb ka ...

apa nak pesta dengan banjir camni kan... air bukan setakat keruh berlumpur selut, water current jugak kuat... boleh hanyutkan rumah2
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2014 09:23 AM | Show all posts
Ya Allah..
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2014 09:26 AM | Show all posts
kusut palo aku... adik aku nikoh esok ni..
abe & adik aku dr kl sangkut doh tak buleh balik..
sore lagi sangkut di kuante

pengantin laki pon sangkut jugok dr pay rock

pak ime plop mari nak ngejas timing nikoh, soh nikah male ni..
nok nikoh lagu mano weh...tok laki sangkut ni...

mugo esok takdo gapo la..mugo dan nikah takdok masalah..
bekwoh2 tu takpo la..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-12-2014 09:27 AM | Show all posts
green~tea posted on 24-12-2014 09:21 AM
apa nak pesta dengan banjir camni kan... air bukan setakat keruh berlumpur selut, water current ju ...

banjir dan pesta mmg sinonim dikelate.. tapi tahun ni jah tokleh nok pesta..
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2014 09:27 AM | Show all posts
green~tea posted on 24-12-2014 09:21 AM
apa nak pesta dengan banjir camni kan... air bukan setakat keruh berlumpur selut, water current ju ...

itulah...taktau lah keadaan sebenar...mungkin org2 di KB yang belum terjejas masih rasa excited menunggu ketibaan air deras dari hulu....tp kalau saya sis...takde selera nk berpesta kalau dah jambatan sultan yahya pun dah hampir tenggelam dengan air keruh deras mcm tu...takut lagi ada lah...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 24-12-2014 09:31 AM | Show all posts
PEJABAT BOMBA KUALA KRAI


STESEN BAS KUALA KRAI


SMK KUALA KRAI

Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2014 09:31 AM From the mobile phone | Show all posts
revolusi_30 posted on 24-12-2014 07:32 AM
Org kata ne bala yang timpa.. Ke ne kira lain. ?

Ini kira lain sis.
Ini rahmat elohim.kata mereka
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-12-2014 09:33 AM | Show all posts
PESISIR PANTAI KELATE





TASIK KRAI

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-12-2014 09:36 AM | Show all posts
ALHAMDULLILLAH ; AIR DI GUA MUSANG SEMAKIN SURUT



JALAN RUNTUH DI GERIK



Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2014 09:40 AM | Show all posts
trima ksh utk smua yg update. Last edited by khaira01 on 24-12-2014 01:39 PM

Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2014 09:40 AM | Show all posts
Dzeko posted on 24-12-2014 09:27 AM
banjir dan pesta mmg sinonim dikelate.. tapi tahun ni jah tokleh nok pesta..

masa kecik2 dulu.. kalo air takat betis hepi laa pesta bawak pelampung berendam... now... yang penat ialah nak mengemas membasuh kain baju, buang perabot yang runtuh/rosak sbb lama terendam dalam air banjir... its costly..

my sister in law sefamily bermalam didalam siling rumah semalam, menunggu bomba datang... nak turun dah tak boleh.. nasib baik henset norkiah... maka bateri masih tahan & boleh contact orang lain... letrik dah takde masuk 2 hari. bekalan air pun takde...
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2014 09:42 AM From the mobile phone | Show all posts
famri7 posted on 24-12-2014 09:06 AM
Pantai timur ok lagi.

Econ jaya, Jaya timur smua dah masuk air satu tingkat lebih.Bandar memang ...

Tu la...org2 kg mak aii pun byk yg naik sehelai sepinggang....i dok tgk bj kat rumah selonggok mmg nak donate...camne nak sampai ek...jln seme affected
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2014 09:42 AM | Show all posts
gerun tgk gambar2 banjir tahun ni..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-12-2014 09:43 AM | Show all posts
semoga semuanya selamat dah keadaan cepat pulih
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2014 09:45 AM From the mobile phone | Show all posts
famri7 posted on 24-12-2014 09:33 AM
PESISIR PANTAI KELATE



Nsb baik hospital kuala krai atas bukit
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-12-2014 09:48 AM | Show all posts
Banjir di Kelantan semakin buruk
ADILA SHARINNI WAHID
24 Disember 2014





KOTA BHARU - Keadaan banjir di Kelantan semakin buruk apabila beberapa daerah terutama di Gua Musang dan Kuala Krai, hampir lumpuh sepenuhnya.

Sekurang-kurangnya 10 rumah hanyut di Gua Musang, manakala berpuluh lagi kediaman rosak dalam kejadian banjir paling buruk melanda seluruh Hulu Kelantan yang berlarutan sejak pagi kelmarin.

Kampung terjejas teruk ialah Kampung Baru Hulu, Kampung Tiong, Kampung Kolam Mas, Serian dan Limau Kasturi, malah ramai mangsa banjir terperangkap berikutan kenaikan paras air yang mendadak di beberapa sungai utama.

Dalam kejadian banjir besar yang melumpuhkan Bandar Lama Gua Musang itu turut menyaksikan detik cemas bot bantuan mangsa banjir dinaiki lapan orang terdiri daripada pasukan penyelamat dan orang awam terbalik, namun mereka sempat menyelamatkan diri.

Sementara itu, kira-kira 100 mangsa banjir dilaporkan terperangkap dan terputus bekalan makanan di asrama Sekolah Menengah Maahad Muhammadi Gua Musang berikutan paras air naik mendadak menenggelamkan pusat pemindahan berkenaan.

Keadaan itu menyebabkan penduduk di Kota Bharu dan beberapa daerah lain dalam keadaan berjaga-jaga apabila air Sungai Kelantan dari hulu dijangka melimpah.

Ia ditambah dengan hampir semua lokasi catatan paras air di Dabong, Tualang, Tangga Krai, Tambatan Diraja, Rantau Panjang dan Pasir Puteh melepasi paras bahaya.

Mengikut e-portal banjir Kelantan, sehingga jam 6 petang semalam, seramai 6,673 keluarga melibatkan 21,600 mangsa banjir ditempatkan di 96 pusat pemindahan seluruh negeri ini.

Daerah Pasir Mas masih lagi mengekalkan angka tertinggi mangsa pemindahan dengan 8,753 orang melibatkan 31 pusat pemindahan, diikuti jajahan Gua musang seramai 4,459 mangsa.

Ia diikuti daerah Kuala Krai dengan 3,663 mangsa, diikuti Tumpat, (3,820), Tanah Merah (307),  Kota Bharu (86), Machang (68).

Jalan Kuala Krai-Kota Bharu-Kuala Krai di Sungai Durian antara 20 jalan yang masih ditutup kepada kenderaan. Begitu juga Jalan Pohon Tanjung-Rantau Panjang, Jalan Banggul Kulim tidak boleh dilalui semua kenderaan.


[size=13.3333339691162px]http://www.sinarharian.com.my/edisi/kelantan/banjir-di-kelantan-semakin-buruk-1.344278

[url=]
[/url]



Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2014 09:49 AM | Show all posts
TESCO kat kota bharu apa cerita???? tengelam koo?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 02:19 PM GMT+8 , Processed in 0.210068 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list