CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: bUtTeRfLy

>>>BoLaSePak MaLaYsIa<<<

[Copy link]
Post time 31-12-2010 03:01 PM | Show all posts
Skuad Malaysia kembali dihormati



Oleh Azlan Muhammad Zain
azlanmz@hmetro.com.my


KEJAYAAN menjulang Piala Suzuki AFF kelmarin dicapai dengan jalan yang penuh berliku dan mendebarkan membuktikan bola sepak tempatan kini sudah terjaga daripada lena serta melepasi zaman kegelapan.

Mereka kini sudah mengembalikan maruah dan reputasi negara untuk kembali digeruni di rantau Asia Tenggara selepas dipersendakan sejak sedekad sebelum ini tanpa sebarang pencapaian yang membanggakan.


Negara di rantau ini seperti Indonesia, Thailand, Singapura, Myanmar dan Vietnam seharusnya tunduk hormat kepada Harimau Malaya yang kembali mengaum gagah membaham mangsa dengan memenangi Piala Suzuki AFF untuk kali pertama dan pingat emas Sukan Sea 2009 yang membabitkan pemain bawah 23 tahun.

Nyata Harimau Malaya yang terbaik di Asia Tenggara di peringkat senior dan bawah 23 tahun walaupun dibarisi kebanyakan pemain muda berusia 19 dan 21 tahun.


Kesukaran mencapai kejayaan ini sebenarnya bermula sebelum kejohanan berlangsung secara rasmi lagi dengan kecederaan melanda sebahagian besar tonggak utama memeningkan ketua jurulatih kebangsaan, K Rajagobal.


Bermula di barisan pertahanan, Aidil Zafuan Adha Abd Radzak, Norhafiz Zamani Misbah, Mohd Nasriq Baharom, Azmi Muslim diikuti barisan tengah Mohd Bunyamin Omar, S Chanturu, Baddrol Bakhtiar serta penyerang utama, Mohd Zaquan Adha sehingga tiada sebarang harapan diletakkan untuk muncul juara buat kali pertama.

Namun ia bukanlah halangan besar kepada Rajagobal untuk meneruskan 'sentuhan magis' bagi mencipta sejarah baru bola sepak negara apabila menaruh kepercayaan kepada pemain muda dan senior untuk menggalas cabaran edisi kelapan ini.


Pertaruhan paling tinggi adalah menggunakan dua pemain pertahanan tengah yang masih mentah jika dibandingkan dengan semua pasukan lain dengan menggandingkan Mohd Muslim Ahmad (21) dan Mohd Fadhli Shas (19).

Kepercayaan diberikan dibalas pemain dengan mempamerkan peningkatan di tengah padang ketika menentang Thailand dan Laos selepas dimalukan Indonesia 5-1 pada perlawanan peringkat kumpulan.


Mereka tidak lagi menoleh ke belakang apabila terus mempamerkan kematangan di dalam permainan manakala pemain senior seperti Mohd Safee Sali kembali dihormati apabila dinobatkan sebagai penjaring terbanyak kejohanan dengan lima gol.


Malah corak permainan skuad kebangsaan dirancang Rajagobal sememangnya menarik untuk ditonton sama ada ketika menyerang atau bertahan dan kini mereka mampu untuk menjaringkan gol melalui serangan balas, sesuatu yang jarang dilihat sejak kebelakangan ini.


Ketangkasan Khairul Fahmi Che Mat di gawang, keampuhan Mohd Muslim dan Mohd Fadhli di pertahanan tengah, rempuhan Mahali Jasuli, kematangan Mohd Asraruddin Putra Omar, ketenangan Amar Rohidan, kebijaksanaan Mohd Safiq Rahim, larian pantas S Kunalan dan Mohd Amirulhadi, kelicikan Norshahrul Idlan Talaha, kerajinan Mohd Safee serta barisan pemain simpanan yang bersedia untuk diturunkan adalah kunci kejayaan pada kejohanan ini.


Pemain negara sudah lengkap dari segi fizikal dan kemahiran untuk berdepan dengan pemain berpengalaman dari negara lain termasuk ketika menyingkirkan juara bertahan, Vietnam di peringkat separuh akhir dan Indonesia semalam.


Ketahanan mental pula adalah yang terbaik diberikan terutamanya di final kedua di Gelora Bung Karno kelmarin dengan kehadiran 95,000 penyokong fanatik Sang Garuda di dalam stadium dan puluhan ribu lagi di luar stadium untuk menggerunkan mereka.


Suasana bising dan nyanyian lagu patriotisme Indonesia setiap minit nyata tidak menggerunkan Harimau Malaya yang hampir mencatatkan kemenangan di gelanggang keramat lawan itu sejak kali terakhir melakukannya pada 2004 dengan kemenangan 2-1.


Apa pun kejayaan memberi petanda baru sinar bola sepak Malaysia selepas dikatakan malap sebelum ini dan momentum itu berterusan untuk beberapa kejohanan besar yang menanti terutamanya kelayakan Sukan Olimpik 2012 yang bermula Februari depan.


“ Kami mempunyai perancangan empat tahun untuk menjadi salah satu pasukan digeruni di Asia.


“ Untuk itu kami memberi peluang kepada pemain muda seawal 17 tahun untuk beraksi di dalam kejohanan tertinggi sebagai pendedahan, ” kata pengurus pasukan kebangsaan, Datuk Subahan Kamal, kelmarin.


Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) itu turut menjelaskan Malaysia kini mempunyai sekumpulan 50 hingga 60 pemain muda yang dikumpulkan untuk bermain bersama di dalam satu tempoh masa dan disediakan mewakili negara bila tiba masanya.


Mungkin salah satu faktor kejayaan kerana larangan pemain import di dalam Liga Malaysia sejak beberapa tahun ini sehingga membolehkan lebih ramai pemain tempatan kerap bermain dan memberikan kesan yang positif apabila mereka mewakili negara.



- Harian Metro -



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-12-2010 03:04 PM | Show all posts
Jersi negara habis dijual



Oleh Mohd Hilmie Hussin
mohdhilmie@hmetro.com.my



SKUAD kebangsaan yang menjulang Piala Suzuki AFF berjaya mencetuskan fenomena di peminat bola sepak apabila semua jersi pertama dan kedua pasukan negara habis terjual di semua kedai Nike dan Al-Ihsan.

Pengurus Pemasaran Jualan Nike, Menaha Nadaraja mengesahkan perkara itu ketika ditemui di Wisma FAM, Kelana Jaya, semalam.


“ Kami tidak sangka sambutan jersi kebangsaan terlalu tinggi dan laris terjual tidak sampai sebulan. Kini yang tinggal hanya jaket pasukan kebangsaan, ” katanya.

Ketiadaan jersi di kedai Nike dan Al-Ihsan bermakna peminat tidak akan memperoleh mendapatkannya sehingga stok baru tiba di tanah air, April depan.


“ Jualan untuk kejohanan AFF bermula pada 3 Disember lalu. Selepas itu, pasukan kebangsaan mara ke separuh akhir dan jersi mula laris. Sejurus sebelum final pertama pada 26 Disember, semua jersi sudah habis, ” kata Menaha.


Ini adalah kali kedua jersi kebangsaan habis terjual di pasaran selepas kali pertama ketika pemain negara meraih pingat emas Sukan Sea 2009 Laos.

Menaha berkata, Nike akan terus menjalin kerjasama erat dengan FAM kerana yakin banyak lagi kejayaan akan dilakar menerusi gandingan mereka.




- Harian Metro -



Reply

Use magic Report

Post time 1-1-2011 08:40 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2011 02:37 PM | Show all posts
Sunday, 9/1/2011 @ 5.00 PM   National Players / Nike Signing Ceremony at The Curve

Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2011 10:41 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2011 10:53 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-1-2011 02:33 PM | Show all posts
‘ Pasukan impian ’ Asean



Oleh Aziman Rosdi
aziman@hmetro.com.my



SATU pasukan terbaik Asia Tenggara akan dibentuk jika mendapat slot untuk beraksi secara automatik atas tiket sebagai pasukan tuan rumah Piala Dunia Fifa.

Mungkin idea menghimpunkan pemain terbaik dari negara rantau ini dalam satu pasukan agak pelik dan tidak pernah dilakukan sebelum ini namun itulah yang cuba diusahakan sekiranya Asean berjaya mendapatkan hak selaku penganjur Piala Dunia 2026 atau 2030.


Menteri Luar, Datuk Anifah Aman berkata, perkara itu antara cadangan awal dikemukakan dalam mesyuarat Menteri Luar Asean di Lombok, Ahad lalu.

“ Asean perlu menghantar satu pasukan saja untuk bertanding sekiranya rancangan menjadi tuan rumah Piala Dunia tercapai. Pemain terbaik dari setiap negara Asean akan dipilih untuk beraksi dalam pasukan ini. “ Kita tidak mahu sokongan di kalangan rakyat Asean berbelah bahagi sekiranya Malaysia hantar satu pasukan, Singapura satu pasukan dan negara lain turut mahu menghantar pasukan masing-masing. Kita juga berdepan kesukaran menentukan negara mana yang layak menjadi wakil Asean, justeru mungkin lebih baik jika kita bentuk pasukan yang kuat di kalangan negara Asia Tenggara ini.


“ Asean akan memilih seorang jurulatih terbaik untuk memilih pemain yang akan beraksi dalam pasukan ini, tapi ini cuma cadangan awal dan ia akan difikirkan secara terperinci selepas ini, ” katanya kepada Arena Metro semalam.


Idea Malaysia menganjurkan Piala Dunia secara bersama buat kali pertama mendapat reaksi positif dalam mesyuarat Menteri Luar di Lombok, Ahad lalu.


Anifah yang mewakili Malaysia pada mesyuarat itu menyatakan, Malaysia diberikan mandat untuk menjadi penggerak utama bagi menyediakan kertas kerja proses bidaan Piala Dunia sebelum dibentangkan kepada pemimpin negara pada Sidang Kemuncak Asean di Jakarta, 7-8 Mei ini.


Ketika ditanya kemungkinan cadangan pembentukan pasukan terbaik Asean itu tidak diterima Fifa, Anifah berkata, perkara itu akan diteliti jawatankuasa khas yang bakal ditubuhkan.

“ Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek akan berbincang dengan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) daripada segi perundangan Fifa. Kertas kerja yang akan disiapkan itu juga mengambil kira semua pandangan wakil Asean.


“ Asean masih mempunyai banyak masa menyiapkan pasukan yang mantap tapi buat masa ini biarlah kita memikirkan soal bagaimana untuk melobi mendapatkan hak penganjuran, ” katanya.


Sehingga kini hak menganjurkan kejohanan paling berprestij itu pada 2026 dan 2030 belum ditentukan manakala Brazil dipilih tuan rumah pada 2014, Russia (2018) dan Qatar (2022).


Sejak diadakan pada 1930, hanya sekali Piala Dunia dianjurkan bersama iaitu Jepun dan Korea Selatan pada 2002 manakala bidaan Belgium-Belanda dan Sepanyol-Portugal untuk mendapatkan hak tuan rumah pada 2018 dan 2022 gagal.



- Harian Metro -



Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2011 01:13 PM | Show all posts
Logo baru Liga M dilancar Rabu




Oleh WAN FAKHRUL BAKAR
fakhrul@kosmo.com.my



REKA bentuk logo baru saingan bola sepak Liga Malaysia (Liga M) 2011 hanya akan didedahkan secara rasmi pada Rabu ini, tiga hari sebelum sepak mula Liga Super pada Sabtu depan.

Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tan Sri Annuar Musa yang juga Pengerusi Malaysia Super League Sdn. Bhd. (MSL) berkata, pelancaran logo itu akan dibuat ketika sesi taklimat pasukan berlangsung, Rabu ini.

" Pada 26 Januari ini (Rabu) kita akan adakan satu perjumpaan dengan wakil semua pasukan bertanding dalam Liga Super dan Liga Perdana untuk sesi taklimat berhubung peraturan dan perjalanan Liga M musim ini.

" Logo baru Liga Super dan Liga Perdana juga akan kita perkenalkan pada hari tersebut. Saya rasa masih sempat untuk setiap pasukan tampal terus patch logo tersebut di jersi masing-masing," katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Ditanya tentang beberapa contoh reka bentuk dikatakan logo baru Liga M 2011 yang tersebar di laman sosial Facebook dan laman web kelab-kelab penyokong bola sepak tempatan sejak beberapa minggu lalu, Annuar berkata, ia merupakan antara reka bentuk cadangan.

"Memang ia merupakan antara sample logo untuk kita muktamadkan. Kita juga melihat reaksi dan komen peminat tentang logo-logo tersebut. Apa pun logo rasmi yang dipilih akan didedahkan Rabu ini.

" Tentang siapa pula title sponsor untuk Liga M 2011, itu terpulang kepada Astro untuk mengumumkannya, " jelas Annuar.

Astro menjadi rakan penaja baru Liga M selama empat musim dari 2011 hingga 2014 menggantikan Telekom Malaysia Berhad (TM), penaja utama Liga M selama tujuh musim dari 2004 hingga 2010.

Bagaimanapun kontrak FAM bersama TM hanya akan berakhir pada Rabu ini dan atas sebab itulah FAM hanya boleh mengumumkan title sponsor baru selepas tarikh tersebut.

Saingan Liga Super bermula 29 Januari ini dengan tujuh perlawanan menyaksikan Selangor bertemu Kelantan di Shah Alam, Terengganu bertemu Sabah, Kuala Lumpur bertemu Perak, Johor FC bertemu Felda United, Kedah bertemu T-Team, Negeri Sembilan bertemu Harimau Muda A dan Pahang bertemu Perlis.

Liga Perdana pula bermula 31 Januari membabitkan lima perlawanan iaitu USM bertemu PDRM, ATM bertemu MP Muar, PKNS bertemu Sime Darby, Johor bertemu Pos Malaysia dan Pulau Pinang bertemu Sarawak manakala aksi Harimau Muda B bertemu SDM Navy berlangsung sehari selepas itu



- Kosmo -



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-1-2011 11:44 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2011 10:37 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2011 11:02 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2011 12:17 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2011 08:21 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2011 08:33 AM | Show all posts
Persatuan bola sepak negeri dicadang ambil alih stadium


27/01/2011 7:08pm

IPOH 27 Jan. – Persatuan bola sepak negeri dicadang mengambil alih pengurusan stadium di setiap negeri supaya dapat menjana pendapatan bagi mengisi tabung persatuan dan tidak hanya mengharapkan bantuan kerajaan negeri.

Anggota Jawatankuasa Pengurusan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin berkata, langkah itu juga dapat memastikan persatuan bola sepak negeri mempunyai kewangan yang mencukupi bagi mengharungi saingan Liga Super dan pelbagai kejohanan.

" Pihak pengurusan lebih peka dengan peraturan dan ketetapan FAM seperti masalah lampu yang berlaku sebelum ini... sekiranya ia (stadium) berada dalam pengurusan persatuan pelbagai langkah boleh diambil bagi memastikan prasarana stadium sentiasa berada dalam keadaan baik, ” katanya di sini hari ini.

Bagaimanapun, katanya, beliau tidak bermaksud mengatakan pengurusan stadium pada masa sekarang tidak baik.

" Saya tidak mengatakan pengurusan stadium pada masa ini tidak baik... tetapi sekiranya ia diserahkan kepada persatuan bola sepak negeri, pengurusan stadium itu akan lebih mantap dan boleh digunakan untuk menolong mengisi  ” kantung ” persatuan, ” katanya.


– Bernama / Utusan Malaysia -



Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2011 10:23 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2011 05:37 AM | Show all posts
Brendan sedia timbang tawaran



JIKA Indonesia berbangga dengan pemain natrulisasinya dari Belanda, Irfan Bachdim, kini Malaysia juga mampu menguatkan lagi skuad kebangsaan dengan seorang pemain kelahiran Australia, Brendan Gan.

Pemain tengah Sydney FC itu kacukan Australia/Malaysia kini beraksi dalam Liga A Australia.

Pemain berusia 22 tahun ini dilahirkan dan dibesarkan di Sydney tetapi bapanya berasal dari Seremban, Negeri Sembilan.

Mengikut peraturan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), dia layak mewakili Malaysia.

Baru-baru ini, Brendan sempat menonton aksi skuad bola sepak negara menerusi siaran langsung ketika saingan Piala Suzuki AFF 2010 dan dia mengakui kagum dengan corak serta taktikal yang dipraktikkan ketua jurulatih, K. Rajagobal.

Dalam satu temu bual khas dengan Astro Awani baru-baru ini, Brendan juga menegaskan bahawa kelab yang diwakilinya sekarang memberinya galakan beraksi dengan skuad kebangsaan Malaysia jika Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengambil keputusan memanggilnya.


Brendan selesa bermain di bahagian tengah, namun dia juga berupaya beraksi di bahagian sayap kanan dan kiri.

Mungkin FAM kini boleh menghantar jurulatih, Rajagobal atau jurulatih Harimau Muda A, Ong Kim Swee ke Sydney untuk meninjau dan melihat sendiri kemampuan Brendan beraksi dalam saingan Liga A Australia.

Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad sebelum ini mengesahkan bahawa badan induk bola sepak negara itu akan segera menghubungi Sydney FC bagi mendapatkan butiran terperinci mengenai Brendan sebelum memanggilnya untuk tugasan antarabangsa.



- Kosmo -



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-2-2011 06:17 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2011 04:31 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2011 10:29 AM | Show all posts
Rajagobal mahu pemain pamer aksi konsisten



SKUAD bola sepak kebangsaan turun berdepan Hong Kong di Stadium Shah Alam malam ini untuk perlawanan persahabatan antarabangsa berstatus A pertama mereka bagi tahun ini, lapor WAN FAKHRUL BAKAR.

Kemenangan sudah pasti menjadi buruan skuad Harimau Malaya sebagai menjaga status mereka sebagai juara Piala Suzuki AFF 2010.

Namun bagi jurulatih kebangsaan, K. Rajagobal, dia lebih mahu melihat para pemainnya meneruskan aksi konsisten selain memantau prestasi beberapa muka baru yang diserap kali ini.

" Saya mahu para pemain menampilkan satu aksi yang baik biarpun ini hanyalah perlawanan persahabatan. Memang keputusan penting untuk sistem ranking.

" Tapi saya utamakan jangka panjang iaitu untuk mewujudkan satu pasukan yang kuat dan mantap menjelang kelayakan Piala Dunia 2014 pada Jun depan, " katanya ketika ditemui pada sesi latihan di Stadium Shah Alam petang semalam.

Daripada 24 pemain yang dipanggil sejak 2 Februari lalu, hanya 20 pemain akan disenaraikan Rajagobal untuk aksi malam ini.

Empat pemain yang tercicir ialah Sharbinee Allawee Ramli (isteri bersalin), Amar Rohidan (demam campak), S. Chanthuru (cedera buku lali) dan Izzaq Faris Ramlan (hamstring).

Bagi Rajagobal, dia tidak mahu terlalu risau dengan pemain yang cedera atau tidak dapat diturunkan itu sebaliknya menganggap ia sebagai peluang kepada pemain lain menonjolkan kemampuan mereka.

" Saya akan gunakan peluang ini untuk menilai prestasi seseorang pemain itu sama ada dia boleh beraksi untuk skuad kebangsaan pada masa akan datang atau sebaliknya, " jelas pengendali berusia 55 tahun itu.

Norshahrul Idlan Talaha dan Azmi Muslim yang dikatakan cedera dilihat menjalani latihan seperti biasa petang semalam dan mereka mungkin dimasukkan sebagai pemain gantian malam ini.

Ditanya tentang pasukan Hong Kong, Rajagobal berkata: " Cara Hong Kong main sama seperti China, Jepun, Korea Selatan dan Korea Utara iaitu menggunakan corak permainan pantas. Jadi kami takkan pandang mudah. "

Skuad kebangsaan kini berada di ranking ke-140 dunia manakala Hong Kong yang dibimbing Tsang Wai Chung di ranking ke-143.



- Kosmo -




Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2011 09:36 PM | Show all posts
so sapa yg skor msia malam ni??dah 1-0 kan msia leading....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 03:45 PM GMT+8 , Processed in 0.065081 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list