View: 5976|Reply: 51
|
[Tempatan]
Bahana Mahu Hidung Seperti Adam Levine
[Copy link]
|
|
KUALA LUMPUR – [DIKEMASKINI] Hasrat seorang remaja untuk berhidung mancung seperti penyanyi Kumpulan Maroon 5, Adam Levine, dengan melakukan pembedahan plastik membawa padah apabila mengalami komplikasi sehingga menyebabkan hidungnya senget dan besar sebelah.
Lebih malang lagi, kesan pembedahan yang dilakukan di sebuah klinik kecantikan itu, menyebabkan hidungnya menjadi sensitif dan mengalami perubahan peti suara.
Mangsa yang berusia 20 tahun, dan bekerja sebagai penjaga stor, berhasrat melakukan pembedahan setelah mendapat tahu klinik berkenaan menjalankan rawatan kecantikan termasuk pembedahan memancungkan hidung melalui satu risalah.
“Pada 16 November, saya bersama seorang kawan pergi ke klinik itu. Perunding kecantikan mencadangkan saya menjalani empat pembedahan termasuk pembedahan kelopak mata, lubang hidung yang keseluruhannya berjumlah RM18,800.
“Setelah membayar jumlah terbabit menggunakan kad kredit, saya diminta menandatangani dokumen perjanjian. Selepas itu, saya dibawa ke sebuah bilik dan pembedahan terus dilakukan,” katanya.
Menurutnya, pembedahan yang berlangsung kira-kira lima jam itu, dilakukan dalam keadaan sedar dan amat menyakitkan.
“Selepas seminggu, saya dapati hidung saya senget dan lubang hidung besar sebelah,” katanya.
Justeru, beliau pergi semula ke klinik itu, malangnya doktor terbabit hanya menggunakan jari membetulkan batang hidungnya yang senget.
“Pada 15 Disember, saya pergi semula ke klinik itu dan mahu meminta ganti rugi serta menuntut kembali wang, namun klinik memberi alasan saya telah menandatangani surat perjanjian,” katanya.
Sehubungan itu, beliau membuat dua laporan polis pada 18 dan 19 Disember, di Balai Polis Ampang serta kepada Biro Pengaduan Awam MCA untuk tindakan selanjutnya.
Mangsa turut merujuk kesnya kepada hospital kerajaan dan disahkan hidungnya tidak seimbang.
Sementara itu, Pengerusi Biro Pengaduan Awam MCA, Datuk Seri Michael Chong berkata, pihaknya menerima empat aduan sepanjang tahun ini oleh individu yang tertipu setelah melakukan pembedahan plastik dengan klinik yang tidak berkelayakan.
“Dua lelaki dan dua wanita mengalami komplikasi akibat pembedahan plastik oleh klinik yang tidak berdaftar,” katanya di Wisma MCA, semalam.
Beliau turut menasihatkan orang ramai supaya memeriksa status klinik terlebih dahulu, sama ada berdaftar dengan Kementerian Kesihatan dan Majlis Perubatan Malaysia sebelum menandatangani perjanjian-Sinar Harian
Last edited by mahalnya on 24-12-2014 11:50 AM
|
|
|
|
|
|
|
|
Hangpa dah kena teruk dgn tmpt swasta, pastu menjejeh pegi hospital kerajaan jugak. Kalau tak, kutuk habis hospital kerajaan tu.
Ai musykil penjaga stor buat plastic surgery. |
|
|
|
|
|
|
|
banyaknya duit penjaga stor
stor apa yang dia jaga tu..
apa pun, kesian je la
minat sangat kat adam kot |
|
|
|
|
|
|
|
wow..!!keje penjaga stor tp mampu pakai kredit kad smpai rm18k..
hebat..! |
|
|
|
|
|
|
|
RM18,800. Gigihnya dik menyimpan duit
|
|
|
|
|
|
|
|
Bersangka baik.
Siang jaga stor, malam meniaga DVD harem.
Itu paling cikai tu.
Kalau malam meniaga dadah, acaner...? |
|
|
|
|
|
|
|
Pada 16 November, saya bersama seorang kawan pergi ke klinik itu. Perunding kecantikan mencadangkan saya menjalani empat pembedahan termasuk pembedahan kelopak mata, lubang hidung yang keseluruhannya berjumlah RM18,800 Tak cukup besar ker hape....
|
|
|
|
|
|
|
|
nak wat preparation jadi artis ke... |
|
|
|
|
|
|
|
Ngeri nya bedah semasa sedar
Pastu betul kan pakai jari
Ngilu nya |
|
|
|
|
|
|
|
huhuhu..jaga stor duit ke pe???masyukkkkk |
|
|
|
|
|
|
|
kentel posted on 24-12-2014 12:18 PM
huhuhu..jaga stor duit ke pe???masyukkkkk
siang jadi storeboy
malam jadi kupu-kupu nak mengawan.
|
|
|
|
|
|
|
|
Dapat idung Wolverine yg sensitip thadap bau...
Tu bkn curse tp special ability...
|
|
|
|
|
|
|
|
bellaa posted on 24-12-2014 12:23 PM
siang jadi storeboy
malam jadi kupu-kupu nak mengawan.
kupu kupu jual lobang kunyit ka
|
|
|
|
|
|
|
|
RM18,800 buat d/p rumah lagi berbaloi. |
|
|
|
|
|
|
|
RM18,800 budak baya camtu paling ramai akan beli motor besar
dia dah obses dgn dunia hiburan la tu |
|
|
|
|
|
|
|
duit bnyk tu baik guna utk sambung study...otak dh bkarat sgt tuh |
|
|
|
|
|
|
|
Hahaha. Ummah hidung kembang tak mau terima hakikat. Lagi kena tipu |
|
|
|
|
|
|
|
Xde picca zoom hidung tu? Tu lah gigih ubah kejadian tuhan kn dh mndapat. Smpai 18k kau lebur dik, awat xbuat kt korea?
|
|
|
|
|
|
|
| |
|