CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3177|Reply: 1

Telefon Pintar ala Mission Impossible - Boeing Black

[Copy link]
Post time 26-12-2014 06:58 AM | Show all posts |Read mode


TORONTO 24 Dis. – Peneraju global dalam telekomunikasi mudah alih, Blackberry Ltd. (Blackberry) mengesahkan bekerjasama dengan syarikat pengeluar kapal terbang dunia, Boeing Co. (Boeing) untuk mengeluarkan telefon pintar yang mampu memusnahkan data dengan sendiri sekiranya wujud ancaman daripada luar.

Namun, Ketua Pegawai Eksekutifnya, John Chen enggan mengulas lanjut perkara itu, sebaliknya hanya mengumumkan bahawa kerjasama tersebut membabitkan penyediaan penyelesaian mudah alih yang selamat untuk peranti Android menggunakan platform BES 12.
“Setakat ini, itu sahaja yang boleh saya nyatakan,” katanya dalam persidangan secara langsung yang diadakan bagi membincangkan keputusan suku tahun kewangan syarikat, baru-baru ini.


Telefon mudah alih itu dikenali sebagai Boeing Black, dilaporkan sedang dibangunkan oleh sebuah syarikat aeroangkasa dan kontraktor pertahanan yang berpangkalan di Chicago, Amerika Syarikat (AS). Syarikat tersebut terkenal dengan pengeluaran pesawat dan jet pejuang yang mampu memusnahkan diri sendiri sekiranya terdapat gangguan daripada luar.


Pembangunan telefon itu didedahkan laman web myce pada Februari lalu setelah melihat satu kenyataan Suruhanjaya Komunikasi Persekutuan (FCC) berhubung perkara tersebut.


Kerjasama antara Blackberry dan Boeing dilihat mampu menjamin komunikasi yang selamat antara agensi kerajaan dan kontraktor terlibat yang mana telefon tersebut mempunyai keupayaan untuk memusnahkan data dengan sendirinya apabila wujud sebarang ancaman.


Bagaimanapun, disebabkan sifatnya yang terlalu selamat, Boeing dilaporkan hanya akan menjualnya kepada pembeli yang diluluskan sahaja.



Sementara itu, menurut Boeing, telefon bimbit itu akan dijual kepada agensi kerajaan dan syarikat yang terlibat dengan kontrak keselamatan hal ehwal dalam negeri dan pertahanan.


Malah, jika diluluskan sekalipun, pembeli perlu menandatangani perjanjian menyimpan kerahsiaan telefon tersebut.
“Telefon bimbit itu akan dipasarkan dan dijual dengan cara sedemikian supaya maklumat teknikal dan operasi tentang produk ini tidak didedahkan kepada orang awam,” katanya –AGENSI


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-12-2014 02:16 PM | Show all posts
Orang biasa tak merasa nak guna henpon ni....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 07:46 AM GMT+8 , Processed in 0.048119 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list