|
|

Polis berjaya menangkap dua suspek pecah rumah kira-kira pukul 4.45 pagi tadi di Lorong Tok Sira, Kuantan.
Kejadian ketika anggota MPV sedang melakukan rondaan telah menerima maklumat daripada DCC IPD Kuantan mengenai
kereta mencurigakan di tempat gelap di lokasi kejadian. Ketika anggota peronda MPV sampai di tempat kejadian, suspek
telah menyalakan lampu kereta lalu melarikan diri dan cuba merempuh kereta polis. Suspek dikejar dengan bantuan anggota
MPV lain dan anggota JSJ IPK Pahang sehingga akhirnya berjaya diberkas. Dengan tertangkapnya kedua-dua suspek lelaki
tempatan itu, polis berjaya merampas kereta yang digunakan dan barang yang disyaki dicuri iaitu sebuah TV dan peralatan
pecah rumah. Siasatan awal polis mendapati suspek mempunyai rekod jenayah lampau membabitkan kes pecah rumah dan curi motosikal
Sumber makkau.blogpsot.com
|
|