|
Edited by cahayahati at 28-12-2014 10:19 PM
Kuala Lumpur – Pelakon Emma Maembong menjadi artis tunggal Malaysia yang berjaya disenaraikan dalam ranking 100 Most Beautiful Face untuk 2014, sebaris dengan artis terkenal dunia, anjuran portal hiburan dalam talian, TC Candler.
Emma menduduki tangga ke-71 dan dia berjaya menewaskan antaranya Rachel Weisz yang berada di tangga ke-98, Megan Young (93), Scarlet Johansson (81) dan Mila Kunis (74).
Ini adalah entri baru bagi Emma dalam senarai 100 Most Beautiful Face yang dijadikan sebagai acara tahunan oleh TC Candler.
Selain artis Hollywood turut tersenarai ialah artis wanita Jepun, Britain, Korea Selatan, India dan Perancis.
Tempat pertama disandang oleh artis Korea Selatan, Nana. Pada tahun lepas Nana berada di kedudukan kedua.
TC Candler dikenali kerana menyenaraikan 100 wajah pada skala global dengan mengambil kira faktor dalam budaya, gaya hidup, kerjaya dan darjah kemasyuran.
Ia menerima berjuta-juta cadangan setiap tahun bagi memilih 100 wajah.
100 Most Beautiful Face ini bukan hanya mengenai populariti semata-mata sebaliknya ia juga merangkumi keanggunan, kelas dan lain-lain mengenai kecantikan.
Ini adalah senarai yang ke-25 tahun sejak ia mula diperkenalkan pada tahun 1990. Pada tahun ini juga, buat pertama kalinya senarai 100 Most Handsome Face untuk lelaki turut diperkenalkan dengan Jamie Dornan dinobatkan di tangga pertama. Namun tiada artis lelaki Malaysia berada dalam senarai tersebut.
Sumber: mynewshub.cc
https://www.youtube.com/watch?v=-5R9OQveDdo
Soo Wincci dah terkeluar dri senarai chuolssss...
|
|