CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5462|Reply: 16

6 Tips Untuk Meningkatkan Metabolisme

[Copy link]
Post time 30-12-2014 05:28 PM | Show all posts |Read mode
Edited by easicircle at 30-12-2014 05:31 PM

Metabolisme adalah istilah yang berasal dari bahasa Yunani yang membawa maksud perubahan atau transformasi. Di mana setiap individu mempunyai kadar metabolisme  yang berbeza.. Meningkatkan metabolisme badan adalah penting kerana ia mampu meningkatkan pembakaran kalori dalam tubuh seseorang.

Kebiasaanya seseorang yang mempunyai metabolisme badan yang tinggi berupaya menukarkan makanan atau lemak di dalam badan menjadi tenaga dengan cepat. Namun bagi mereka yang mempunyai kadar metabolisme badan yang rendah mudah mengalami masalah obesiti jika corak pemakanan tidak dikawal iaitu makan secara berlebihan.

1. Makan Secara Kerap

Jangan biarkan perut anda kosong. Seeloknya makan mengikut waktu namun dalam kuantiti yang kecil. Jika anda tidak makan dan biarkan perut kosong kadar metabolisme badan akan menurun. Malah ia akan mengundang anda makan dalam kuantiti yang banyak akibat kelaparan membiarkan perut terlalu lama kosong.

2. Minum Air

Mungkin agak sukar  bagi sesetengah orang untuk minum air sekurang-kurang 8 gelas sehari atau 2 liter air sehari. Ini kerana sekitar 80% tubuh manusia terdiri daripada air. Pastikan 8 gelas yang diminum adalah air kosong bukannya minuman bergula.

3. Makanan Pedas

Menjadi kelebihan buat penggemar makanan pedas di mana kandungan capsaicin di dalam cili mampu membakar kalori sehingga 30  minit selepas anda memakannya. Malah metabolisme boleh meningkat sehingga 40% untuk 2-3 jam.

4. Minum Teh Hijau

Banyak kajian telah membuktikan bahawa teh hijau mampu membantu meningkatkan metabolisme. Polifenol yang terkandung dalam teh hijau berfungsi meningkatkan pemprosesan atau oksidasi lemak serta meningkatkan kadar penukaran makanan kepada kalori.

5. Cukup Tidur

Penting untuk seseorang mendapatkan tidur yang cukup dan berkualiti sekurang-kurangnya 7-8 jam sehari amatlah penting dalam mengekalkan metabolisme yang sihat. Cuba kekalkan rutin waktu tidur secara konsisten.

6. Pilih Makanan Berserat

Tubuh badan manusia memerlukan tenaga demi menjalani rutin seharian. Jadi pemilihan makanan amatlah penting dalam memastikan apa yang dimakan mampu membekalkan kalori yang boleh dibakar atau hanya sekadar menjadi lemak terkumpul. Jadi makanan kaya serat seperti oat, biji-bijian, sayur-sayuran dan buah-buahan amatlah baik untuk meningkatkan metabolisme badan.





Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-12-2014 05:42 PM | Show all posts
setuju
aku dlm proses mkn secara kerap dlm kuantiti yg sikit
tp agak susah sbb terbiasa sekali makan nasi mesti nak byk
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-12-2014 05:58 PM | Show all posts
Permulaan memang susah namun bila sudah terbiasa akan jadi mudah. Apa yang penting perlu disiplinkan diri. Selamat berjaya.
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2015 10:05 AM | Show all posts
Tips yang bagus.. semua org harus ikut
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2015 12:33 PM | Show all posts
No.3...
Baru tau...
Tp mmg aku suka makanan pedas pun...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-1-2015 05:26 PM | Show all posts
trinne replied at 5-1-2015 10:05 AM
Tips yang bagus.. semua org harus ikut

Thank you. Selamat Mencuba.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-1-2015 12:18 AM | Show all posts
lecah la makan kerap2 ni.

style aku mkn x kerap tp sekali makan bnyk la. hahaha....
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2015 10:29 AM | Show all posts
makan kerap takde masalah...nak minum air kosong tu...seksa sikit
paling banyak minum pun 3 gelas je sehari..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 7-1-2015 11:47 AM | Show all posts
nallepooh replied at 7-1-2015 10:29 AM
makan kerap takde masalah...nak minum air kosong tu...seksa sikit
paling banyak minum pun 3 gelas j ...

Cuba naikkan jumlah gelas tu perlahan-lahan. Gantikan air manis dengan air kosong.
Permulaan susah, lama-lama jadi terbiasa.
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2015 11:51 AM | Show all posts
easicircle replied at 7-1-2015 11:47 AM
Cuba naikkan jumlah gelas tu perlahan-lahan. Gantikan air manis dengan air kosong.
Permulaan sus ...

nak cuba perlahan2 mulai2 hari ni....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-1-2015 03:58 PM | Show all posts
otai_g replied at 7-1-2015 12:18 AM
lecah la makan kerap2 ni.

style aku mkn x kerap tp sekali makan bnyk la. hahaha....

Memamng leceh tapi bagus untuk badan sebab lagi mudah untuk badan membakar kalori dalam jumlah kecil. Berbanding kalau kita makan dalam kuantiti banyak, badan akan hanya bakar kalori seberapa banyak tenaga yang dikeluarkan dan selebihnya hanya akan jadi lemak yang mengakibatkan kegemukkan atau berat badan meningkat.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-1-2015 04:00 PM | Show all posts
nallepooh replied at 7-1-2015 11:51 AM
nak cuba perlahan2 mulai2 hari ni....

Teruskan usaha dan selamat mencuba.
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2015 04:41 PM | Show all posts
aku rasa penat nk mkn byk2 kali ni...sbb tu aku sekali mkn portion byk gak...tp bekfast ngan lunch ajalah....pastu mlm tak mkn sbb kekenyangan mkn bekfas ngan lunch yg byk tu buat aku kenyang sampai ke esok paginya
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-1-2015 11:46 AM | Show all posts
kejoraria replied at 22-1-2015 04:41 PM
aku rasa penat nk mkn byk2 kali ni...sbb tu aku sekali mkn portion byk gak...tp bekfast ngan lunch a ...

Yang penting makan makanan yang diambil secara seimbang sudah memadai.
Apa yang penting minum air kosong dan kurangkan gula.
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2015 03:02 PM | Show all posts
Nice tips










Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-1-2015 03:11 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-6-2015 11:25 AM | Show all posts
nice tips.. tapi kalo korang de masalah berat badan susah jugak nak turun padahal dah ikut step untuk diet kita suggest untuk dapatkan nasihat pakar perubatan tradisional atau buat rawatan alternatif seperti minum herba atau akupuntur. Sebabnya cousin pon de masalah berat badan then dia buat rawatan alternatif sebabnya sebelum ni dia pernah buat macam-macam tp takde kesan.. now berat badannya dah trun..tapi tak terlalu banyak sebulan turun 3 kg tp ok la.. ni pusat rawatan yang dia buat http://thetole.org/MalayHerbalMe ... n.html#.VXEWKSKUcbU
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 12:07 AM GMT+8 , Processed in 0.080096 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list