CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5027|Reply: 6

5 Pesawat Yang Hilang Dan Menjadi Misteri Sehingga Kini

[Copy link]
Post time 1-1-2015 06:11 PM | Show all posts |Read mode
Edited by mafus07 at 2-1-2017 11:42 PM

Peluang Untuk Bekerja Part Time Dari Rumah!

Terima bayaran upah lumayan dan bekerja dengan syarikat dari seluruh pelusuk dunia sebagai pekerja bebas dari rumah. Hanya di http://www.jobdirumah.com


Tahun 2014 merupakan antara tahun yang amat malang untuk industri penerbangan dunia. Beberapa kejadian yang melibatkan kapal terbang telah berlaku. Setakat ini, kehilangan Malaysian Airlines MH370 pada bulan Mac 2014 masih menjadi misteri untuk semua.

Tahukah anda, terdapat juga beberapa misteri melibatkan pesawat lain yang masih tidak dapat diselesaikan sehingga ke hari ini?

Berdasarkan artikel yang dipetik dari sebuah blog, berikut adalah antara pesawat yang telah hilang secara misteri dan menjadi tanda tanya hingga kini.

2003: American Airlines N844AA

Pesawat ini telah dicuri oleh 3 orang lelaki daripada Lapangan Terbang Antarabangsa Quatro de Fevereiro di Angola. Pihak FBI dan CIA giat mencari pesawat ini tetapi sehingga kini masih tidak dapat ditemui.

1947: British South American Airways Star Dust



Pada 2 Ogos 1947, pesawat ini terhempas di Banjaran Andes, Amerika Selatan ketika dalam perjalanannya ke Chile. Operasi mencari pesawat tersebut gagal dan nasibnya kekal secara misteri untuk 50 tahun. Pada tahun 90-han, serpihan Star Dust mula timbul di dalam glasier ais. Mesej terakhirnya di kod Mors ialah STENDEC yang maknanya masih tidak diketahui sehingga ke hari ini.

1962: Flying Tiger Line 739

Flying Tiger Line 730 merupakan kapal terbang tentera Amerika Syarikat (AS) yang telah lenyap tanpa memberi panggilan kecemasan. Pesawat tersebut membawa 93 anggota askar AS dan 3 anggota askar dari selatan Vietnam. Mereka dalam perjalanan dari California, AS ke Saigon,Vietnam. Teori konspirasi yang dicadangkan adalah sabotaj.

1978: Frederick Valentich yang terserempak kapal UFO

Frederick Valentich yang berumur 20 tahun dari Australia telah hilang semasa di satu latihan penerbangan pada 21 Oktober 1978. Pesanan terakhirnya adalah terdapat satu kapal UFO yang sedang terbang di atas pesawatnya. Teori kehilangannya termasuk kes bunuh diri ataupun serangan kapal UFO yang asli.

1945: Pesawat tentera AS 19

Pesawat tentera AS 19 adalah sepasukan 5 pesawat pengebom-pengebom torpedo yang hilang di lautan Bermuda Triangle secara bermisteri pada 5 Disember 1945. Kehilangan 5 pesawat ini kemudiannya telah membawa ke lagenda Bermuda Triangle. Teori yang lain adalah kesemua pesawat itu kehabisan minyak dan terhempas ke dalam lautan.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-1-2015 08:27 PM | Show all posts
Terus menjadi misteri sepanjang zaman
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2015 06:50 PM | Show all posts
akan menjadi misteri yg tidak akan terungkai...
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2015 07:03 PM | Show all posts
hemmmmmmmmm bila la nk dpt tahu kebenaran ni

setiap yg berlaku pasti ada sebab
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2015 09:57 PM | Show all posts
misteri yang kekal misteri
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2015 10:30 PM | Show all posts
MH370 yang paling misteri.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-3-2015 06:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Segalanya milik Allah swt...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-2-2025 11:36 AM GMT+8 , Processed in 0.085174 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list