View: 2682|Reply: 6
|
Ultra Heavy-Lift Amphibious Connector : Konsep Kenderaan Amfibia Terkini
[Copy link]
|
|
Ultra Heavy-Lift Amphibious Connector : Konsep Kenderaan Amfibia Terkini (16 Gambar)
Yes Sir? Affirmative
Kenderaan pendaratan pantai adalah sangat penting bagi tentera moden. Kenderaan ini sudah wujud sejak zaman Spartan lagi bagi memudahkan tentera penakluk terus menyerang musuh dari laut. Teknologi yang paling banyak digunakan sekarang ialah kenderaan dua alam seperti AAV7 yang digunakan Marine Amerika Syarikat. Di Russia pula mereka menggunakan hoverkraf gergasi Zubr yang mampu mengangkut kargo sehingga 156 tan.
Amerika Syarikat baru-baru memperlihatkan konsep kenderaan pendaratan dua alam mereka yang diberi nama UHAC (Ultra Heavy-Lift Amphibious Connector). Ianya muncul dalam latihan RIMPAC 2014 yang juga melibatkan Tentera Laut Diraja Malaysia. UHAC mempunyai sistem pelampung yang juga merupakan sistem tujahan dua alamnya. Runut pelampung boleh digunakan di dalam air dan di atas darat. Prototaip yang anda lihat di bawah adalah percubaan awal melihat kemampuan UHAC sebelum kenderaan bersaiz sebenar dibina yang mampu mengangkut kargo sehingga 200 tan!
Laporan asal Brigade
kredit: www.blogserius.blogspot.com
|
|
|
|
|
|
|
|
pergh x lama lagi sure org buat rumah amfibia |
|
|
|
|
|
|
|
Macam kereta kebal je bentuknya |
|
|
|
|
|
|
|
Boleh di guna semasa banjir .... |
|
|
|
|
|
|
|
good for banjir tapi bentuk dia tak berapa sporty... |
|
|
|
|
|
|
| |
|