CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 34998|Reply: 149

[Tempatan] Jalanraya Kapit semakin hampir siap. Dikatakan pembinaanya sudah siap 50%...

 Close [Copy link]
Post time 9-1-2015 12:52 PM | Show all posts |Read mode
SARAWAK

@Muntz
@perang_sivil
@NIXAR

** Mod tolong merge kalo ader .. dah search takde
Terimakasih

KAPIT: Pelaksanaan projek pembangunan jalan Kapit/Song/Kanowit dengan jarak sepanjang 80.5 kilometer kini hampir siap 50 peratus.

Timbalan Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Alexander Nanta Linggi berkata, bahagian jalan dalam projek pembangunan itu berada dalam pelbagai peringkat pembinaan.

“Jalan dan jambatan merentasi Sungai Kanowit meliputi jarak 2.6 km kini di peringkat tender dan Jalan Poi/Nangan Ngungun (15.5 km) dalam peringkat pembinaan.

“Jalan Nanga Ngemah/Nanga Temalat (Bahagian B) meliputi jarak 9.6 km dalam peringkat tender manakala Jalan Song/Sipan/SK Temalat (7.5 km) di peringkat pembinaan,” jelasnya.

Tambahnya, Jalan Kapit/Sungai Yong di bawah Fasa 1 (Bahagian C) projek jalan raya meliputi jarak 1.9 km telah siap manakala Fasa 2 (Jalan Kapit/Sungai Yong) dengan jarak 10.3 km dalam peringkat pembinaan.

“Pihak kontraktor sedang memulakan kerja pembinaan Jambatan Katibas di bawah Pakej 1, Bahagian C, Fasa 3 Jalan Song/Sungai Yong yang turut meliputi jalan dengan jarak 5.4 km,”katanya.

Alexander berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menyempurnakan Majlis Pecah Tanah Projek Membina dan Menyiapkan Jalan Song/Sungai Yong Fasa 3 dan Jambatan Katibas, baru-baru ini.

Ahli Parlimen Kapit itu turut menggesa kerjasama pelbagai agensi kerajaan terlibat dalam projek pembangunan jalan raya dan kontraktor bagi memastikan projek itu berjalan lancar tanpa mengalami sebarang masalah kelewatan.

“Projek pembangunan jalan raya bukan hanya menyedia kemudahan kepada orang ramai untuk bergerak dari satu kawasan ke kawasan lain seperti Kapit ke Sibu, malah pelaksanaan projek juga membantu meningkat nilai tanah dan pembangunan ekonomi tanah,” katanya lagi.

Menurut Alexander, kontraktor Musyati Sdn Bhd dilantik bagi pembinaan Jambatan Katibas dan jalan yang meliputi jarak 5.4 km dengan kos pembinaan RM71.5 juta, projek dijangka siap dalam tempoh 30 bulan pada 7 Mac 2017.

Projek itu bermula dari persimpangan antara Jalan Takan dan Kampung Gelam, barat jambatan Sungai Katibas dan berakhir selepas Sungai Embuau yang meliputi jarak 5.3 km.

Jambatan Katibas merupakan mercu tanda baharu di Song dan pelaksanaan projek membantu dalam merangsang pembangunan ekonomi serta berfungsi sebagai jaringan hubungan komunikasi kepada penduduk di kawasan Kapit dan sekitarnya.

Alexander mengetuai upacara miring memohon berkat agar pelaksanaan projek berjalan lancar seperti yang dirancangkan bagi manfaat penduduk di kawasan Parlimen Kapit.

Hadir sama ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Katibas Datuk Ambrose Blikau Enturan, Setiausaha Politik Ketua Menteri Jefferson Jamit Unyat, Pengurus Wilayah Jabatan Kerja Raya Wilayah Tengah John Aten, Residen Kapit Fedrick John George, Pegawai Daerah Kapit Elvis Didit, Pegawai Daerah Song Jackline August dan Setiausaha Majlis Daerah Kapit Yong Ing Chu.



Credit To : Aku Anak Sarawak

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 9-1-2015 01:03 PM | Show all posts
antara gambar semasa pembinaan


MAJOR PROJECT: The base camp is seen by the riverbank near SK Sungai Yong.


SECURE WALL: Concrete soil nailing is used to secure the steep slopes.
*** ni kita ader ambik sendiri gambar terkini .. nanti2 kita upload


THE TEAM: Wong (fourth right), Baharudin (third left) and Public Works Department technical assistant Ting Su Dong (third right) are seen during a photo call at the site.








STEEP SECTION: Wong walks up a slope that will require further cutting.




Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-1-2015 01:37 PM | Show all posts
antara gambar2 simpanan pribadi










This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2015 01:40 PM | Show all posts
Nampak macam ambil masa 3 tahun lagi untuk siap sepenuhnya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-1-2015 01:46 PM | Show all posts
chazey replied at 9-1-2015 01:40 PM
Nampak macam ambil masa 3 tahun lagi untuk siap sepenuhnya.

kalau janji d capati

kalau tak 10 - 20 tahun lagi

ooopss!~
bab2 politik kita tak terer



Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2015 02:02 PM | Show all posts
Macam jalan Miri-Marudi... Smpai skrg pun belum ok sepenuhnya.. Tp bersyukur juga at least ada jalan darat yg dpt digunakan selain jalan air dan udara..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-1-2015 02:10 PM | Show all posts
kesian sabah sarawak...sudah setengah abad masih di belenggu masalah asas - jalan...
malaysia maju 2020.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-1-2015 02:11 PM | Show all posts
Edited by FanTasyCreaTioN at 9-1-2015 02:13 PM
mencari2 berita bersama pakcik google
terjumpa blog ni

dari gambar2 dalam blog ni
ni area rumah lamer kita dulu sblom pindah tempat sekarang

http://iltizamkasihnurcahaya.blogspot.com/2012/04/pagi-jumaat-yang-hening.html


Caption : diorg mmg buat jalan pejalan kaki utk org ramai bersenam..best datang pagi2..udara segar...except bila ada kenderaan lalu n sedekah asap kat depan muka..

jalan ni mendaki bukit .. memang tempat orang jogging pagi2 seawal 6 pagi dan selewat2 7 petang


Caption: sambil jalan, sambil cuci mata tgk pemandangan..  

atas tu quaterz kerajaan jenis banglow


Caption: cuaca agak mendung pagi ni..ni aku ambik belah side kiri..nampak dewan suarah (bangunan kale putih) n pangau danau (sekitar kolam ikan n mcm ada jambatan tu)

pemandangan dari atas bukit. Jalan ni nama nya Jalan HillTop. sesuai la kan


Caption: cantik tak bunga ni..nama apa tah..kat bwh tu cerun bukit..

ni betul2 kat selekoh .. memang gaung menunggu kat bawah tu


Caption: umah flat..ada byk gak umah flat kat sini..kat jalan selirik ada taman ixora..dulu aku sewa kat sana..mula2 tu rasa mcm duk hongkong pun ada..hehehe mcm penah g hongkong ja lagaknya..duk umah flat, pagi2 dgr ayam jantan berkokok..kat flat ni xda ayam pun..anjing kat tepi jalan ada la..tp jinak..aku ckp, "p sana nah..xmau ikut2.." dia pun stop x ikut aku lg..faham rupanya..hehehe

tu flat kerajaan . depan tu unik .. tempat menunggu bas. cuma jangan harap la bas nya muncul. bas tak laku kat sini. bangkrap







Caption: taraaa..ni nampak dak umah2 ni semua design sama n kale sama..sbb tu aku kata kuarters..tu yg nampak bekas2 bakar tu..tempat depa tanam padi huma la..lepas tuai, bakar utk tanam semula nanti..ritu masa x tuai lagi, aku nampak mcm umah penuh lalang ja..tinggi2..tgk betul2 rupanya pokok padi..

memang quartez kerajaan pun .. situ la kita tinggal dulu2 .. kat bawah tu luas untuk BBQ
meh!~ ikut blogger ni ke market Kapit


Caption: tau dak benda apa yg panjang2 tu..depa kata guna wat gosok badan masa mandi..

tu sabut petola / ketola .. memang best wat gosok2 badan masa mandi


Caption: mcm lemang ja tp bukan lemang..jgn tertipu..

lemang iban .. beras iban merah yang sedap cam pulut selalu d guna .. tak taruk santan .. masak cam lemang

Terimakasih untuk blogger ni..

Edit: yang bolt tu ayat sendiri

  


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 9-1-2015 02:17 PM | Show all posts
missdara replied at 9-1-2015 02:02 PM
Macam jalan Miri-Marudi... Smpai skrg pun belum ok sepenuhnya.. Tp bersyukur juga at least ada jalan ...

ha`ah dah berkurun dah jalan ni
dari proposal sehingga ke rundingan2 ..
bayar itu ini untuk ambik tanah

harap..
takde la apa2 halangan lagi




Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2015 02:18 PM | Show all posts
sori tompang tanya.. bukan ka kapit tu tempat buang criminals. kalo dah sambung jalan darat kira tak brapa terbuang la yek..
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2015 02:19 PM | Show all posts
selama nih tinggal kapit jek kan lum connect ngan jalan darat? kalo kira belaga ada la jugak jalannya yek.. so pasnih dah takde tempat yg 'unik' rasa cam kat island dah la yek pasnih..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-1-2015 02:23 PM | Show all posts
ella. replied at 9-1-2015 02:18 PM
sori tompang tanya.. bukan ka kapit tu tempat buang criminals. kalo dah sambung jalan darat kira tak ...

hahatau gak ey Kapit ni tempat buangan
ramai tak tau
sebab tu kat sini mundur dan sengaja d lewat2kan jalan penghubung

sebab setakat sebelum2 ni
jarang terdengar kes2 kecurian ..
atau kes2 yang sering kita dengar dan bacer2 kat bandar2

semua tu ..
mungkin akaan tinggal kenangan ja nanti .........


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-1-2015 02:27 PM | Show all posts
ella. replied at 9-1-2015 02:19 PM
selama nih tinggal kapit jek kan lum connect ngan jalan darat? kalo kira belaga ada la jugak jalanny ...

ha`ah ..
selama ni hanya Kapit ja takde jalan darat ke bandar2 besar
jalan udara pun takde
bukan takde .. airport nyer ader
perkhidmatan takde

Belaga ikut jalan belakang ke Bintulu

tak lama lagi yer ..
keunikan tu hilang
datang bersama debu2 jalanraya
sebab sekarang ni udara kat Kapit sangat2 fresh


Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2015 02:30 PM | Show all posts
FanTasyCreaTioN replied at 9-1-2015 02:23 PM
hahatau gak ey Kapit ni tempat buangan
ramai tak tau
sebab tu kat sini mundur dan sengaja  ...

bang el ape yg taktau..

fantasy dok kapit ke?

Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2015 02:31 PM | Show all posts
weiii tt...pi bukak kat bod borneo sana la...

ni...wa tolong bagi link


http://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=forumdisplay&fid=369

Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2015 02:31 PM | Show all posts
50% dah? syukurlah... duk risau gak tengok abg aku setiap minggu traveling ke Kapit/Song/Kanowit dan area pendalaman ni...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 9-1-2015 02:34 PM | Show all posts
bluehedgehog replied at 9-1-2015 02:10 PM
kesian sabah sarawak...sudah setengah abad masih di belenggu masalah asas - jalan...
malaysia maju  ...

takpe selow2 ..
sebab Sarawak ni sebesar satu Semenanjung
untuk membanding kan negeri ke negeri agak tak adil gak
sebab..
Sarawak banyak ja bandar2 membangun ..Kuching , Sibu , Miri , Bintulu , Mukah ...

dan kena tengok juga mukabumi ..
area Kapit ni berbukit2 .. meredah banyak simpang siur sungai




Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2015 02:35 PM | Show all posts
so dah ada jalan darat nih takde alasan takleh logging banyak2 lagi kan?
dulu kan konon2 concern sungai makin cetek sebab hakisan sampai bot pun makin kecik jek leh lalu..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-1-2015 02:36 PM | Show all posts
ella. replied at 9-1-2015 02:30 PM
bang el ape yg taktau..

fantasy dok kapit ke?

oooooo abang el
pikir akak el



ha`ah la ni dok d Kapit
ikut family posting sini
rasa selesa lak sebab ...banyak sebab




Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-1-2015 02:40 PM | Show all posts
lavagitar replied at 9-1-2015 02:31 PM
weiii tt...pi bukak kat bod borneo sana la...

ni...wa tolong bagi link

ni pun isu semasa gak

pembangunan semasa tempatan
tak kan hari2 nak hadap kes rogol kes curi kes samun arr

@Muntz
@NIXAR
@perang_sivil

kalo salah board mintak tolong pindahkan yer

Terimakasih

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 08:51 AM GMT+8 , Processed in 0.819105 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list