CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1265|Reply: 0

Puan Lim berjaya menjauhkan diri dari keguguran( Part 1)

[Copy link]
Post time 12-1-2015 10:14 AM | Show all posts |Read mode
Puan Lim berasa terkejut apabila mengetahui bahawa dia memerlukan 12 bulan rawatan rapi untuk memperbaiki kesihatan badannya, “perlu 1 tahun ke?”  

Pada kali pertama kami bertemu, Encik Lim yang berumur 34 tahun kelihatannya gelisah dan murung sedangkan Puan Lim pula tersenyum-senyum dan ceria. Encik Lim berbadan saiz besar yang mana berat badannya melebih 90kg dan mengambil ubatan untuk merawat penyakit kolesterol tinggi.


Dia mengata benar bahawa sering mengalam gangguan emosi dan meluahkan kerisauan dan kemurungan melalui makan berlebihan dan meminum alkohol.


Memandangkan kesihatan badannya mula memberi tanda-tanda yang negatif pada kebelakangan ini, dan menyedari kesan penyakit keturunan keluarga seperti diabetes dan tekanan darah tinggi terhadap kesihatan sendiri, Encik Lim mula mengawal kuantiti meminum alkohol kepada seminggu sekali tetapi masih makan berlebihan.


Pasangan ini berkahwin selama 4 tahun dan mempunyai seorang anak perempuan yang berusia 2 tahun yang mana dilahirkan sebelum dia mengalami Beguk. (Untuk dapatkan informasi yang selanjutnya mengenai artikel Beguk dan kesuburan,sila layari artikel pada bulan lepas )


Selain itu, Encik Lim sering tidur lewat yang mana tidur selepas pukul 2 pagi dan bangun pada pukul 7 pagi. Tambahan pula dia perlu bergerak-gerak di bawah suhu panas semasa waktu kerja dan faktor-faktor ini mengakibatkan spermanya kurang berkualiti.


Puan Lim baru berumur 31 tahun dan melahirkan anak perempuan selepas berkahwin tetapi mengalami keguguran berulang selepas ini. Dia terpaksa menghadapi 3 kali penderitaan keguguran dalam 2 tahun. Pada kali pertama keguguran, denyutan jantung janin berhenti semasa dalam kandungan 6 minggu. Dia hamil lagi dalam masa 5 bulan dan kali ini janin berhenti denyutan jantung pada minggu kehamilan ke-7 dan membuat keguguran pada minggu kehamilan ke-9.


Walaupun 2 kali keguguran dalam 5 bulan adalah di luar jangkaannya tetapi Puan Lim yang bersikap optimistik berjaya menempuhi penderitaan ini dan berusaha lagi untuk hamil pada masa hadapan. Dia mengusahakan dirinya selama 1 tahun dalam memperbaiki kesihatan badan seperti menghadiri seminar kesihatan dan sebagainya.


Akhirnya dia berjaya hamil dan berkeyakinan dapat melahirkan bakal bayi pada kali ini. Namun demikian, Puan Lim terpaksa mengalami keguguran lagi pada minggu kehamilan ke-5. Keguguran kali ketiga ini adalah kehamilan kosong dan indeks HCG turun secara mendadak semasa kehamilan. Ini adalah luar biasa dan dia menyedari bahawa mencari bantuan daripada pakar adalah diperlukan.   


Untuk keterangan lanjut mengenai maklumat ketidaksuburan , sila layari facebook ini

https://www.facebook.com/notes/ladies-wombs/puan-lim-berjaya-menjauhkan-diri-dari-keguguran-part-1/878104285568089



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2025 03:51 AM GMT+8 , Processed in 0.038732 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list