Santos Express Train Lodge: Keretapi Lama Kini Sebuah Hotel (12 Gambar)
Cho Choo Chootel
Di Holland terdapat sebuah kapal terbang ilusyin 18 yang diubah menjadi sebuah hotel mewah. Di negara yang sama adakren dermaga kapal yang juga diubah menjadi sebuah hotel. Di Afrika Selatan ada sebuah lagi hotel unik uang boleh anda diami. Santos Express Train Lodge ialah sebuah hotel yang dibina di dalam 7 gerabak keretapi lama. Ia terletak di Pantai Santos, Teluk Mossel di bahagian selatan Afrika Selatan. Hotel ini mempunyai 4 gerabak yang menjadi bilik dengan 2 katil. Sebuah gerabak yang menjadi bilik ala asrama memuatkan 16 orang dan 2 gerabak khas untuk mereka yang mahukan privasi. Harga penginapan semalam agak murah bermula dari RM 37 untuk bilik asrama dan meningkat kepada RM 147 untuk suite bilik peribadi. Looks nice dan terletak berhampiran dengan pantai.