CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2090|Reply: 9

[Tempatan] Gores & Menang akan diharamkan

[Copy link]
Post time 14-1-2015 09:52 AM | Show all posts |Read mode
Sebarang peraduan perlu minta kebenaran kementerian

KUALA LUMPUR 13 Jan. - Sebarang bentuk peraduan berkonsepkan ‘gores dan menang’ akan diharamkan dan peniaga tidak lagi dibenar menawarkan kegiatan seumpama itu kepada pengguna.



MOHD. ROSLAN


Ketua Pengarah Penguat Kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan, Mohd. Roslan Mahayuddin berkata, larangan itu akan dilaksanakan sebaik sahaja kementerian mewujudkan sebuah undang-undang kecil di bawah Akta Perlindungan Pengguna 1999 pada tahun ini bagi membanteras habis-habisan kegiatan penipuan menggunakan modus operandi tersebut.

Menurut beliau, pada masa ini, sindiket peraduan gores dan menang dikesan terus berleluasa di-sebabkan tiada undang-undang khusus yang membolehkan tangkapan terus dibuat, sebaliknya, langkah penguatkuasaan perlu menggunakan akta berbeza atau berkaitan menyebabkan tindakan pendakwaan sukar dan lambat diambil.

Sehubungan itu, tegas beliau, di bawah undang-undang kecil baharu itu kelak, mana-mana pihak yang masih mahu menjalankan peraduan gores dan menang itu perlu meminta kebenaran daripada kementerian terlebih dahulu.

“Sebelum ini, langkah penguatkuasaan sindiket gores dan menang hanya boleh didakwa di bawah Akta Jualan Langsung 1993 iaitu kita anggap mereka menjalankan perniagaan jualan langsung tanpa lesen. Selain itu. kita turut menggunakan Akta Perlindungan Pengguna 1999 di bawah kes penipuan, namun ini sukar dilaksanakan sebab kena ada pembuktian lengkap bagaimana kes penipuan itu berlaku.

“Oleh itu, kita rasakan perlu untuk mewujudkan undang-undang kecil ini dengan menghapuskan terus semua kegiatan gores dan menang, jadi mudah bagi kita untuk membuat penguatkuasaan,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Anugerah Perkhid-matan Cemerlang kementerian itu di sini hari ini.

Laporan khas Utusan Malaysia semalam membongkar sindiket gores dan menang yang semakin berleluasa biarpun sudah beribu laporan polis dibuat dan ratusan laporan dikemukakan kepada pihak kementerian, namun sindiket yang berselindung di sebalik syarikat-syarikat tidak pernah serik menjalankan kegiatan haram mereka.

Berikutan itu, Menteri Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hasan Malek memberi jaminan, sindiket berkenaan tidak akan lagi dibiarkan terus bermaharajalela di negara ini menjalankan kegiatan penipuan mereka sehingga boleh mengaut keuntungan jutaan ringgit.

Dalam pada itu, Mohd. Roslan berkata, pada masa ini pihak kementerian sedang mengenal pasti beberapa syarikat yang dikesan ‘melindungi’ sindiket gores dan menang itu dengan mendapatkan kerjasama pihak polis, persatuan-persatuan pengguna dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

Katanya, ini termasuk bergan-ding bahu dengan semua pasar raya besar untuk memastikan ‘ulat’ itu tidak dibenarkan menjalankan ke-giatan di premis mereka memandangkan sasaran utama kumpulan itu adalah di lokasi tumpuan orang ramai.

“Saya juga ingin menafikan sebarang dakwaan terhadap pasukan penguat kuasa yang dikatakan ‘melindungi’ sindiket itu termasuk tuduhan menerima rasuah dan sebagainya kerana pihak kami menjalankan tugas dan tanggungjawab dengan begitu komited demi kepentingan pengguna.

“Pengguna juga diminta tidak mudah terpedaya jika didatangi mana-mana pihak yang menawarkan hadiah tidak munasabah, jangan buka ruang atau beri peluang kepada mereka untuk mereka mudah menjerat kita,” katanya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-1-2015 10:04 AM | Show all posts
Edited by OmJualGas at 14-1-2015 10:10 AM

diaorang ni selalu buat kerja menipu di depan pintu keluar/masuk supermarket.  
menyusahkan betul...
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2015 10:07 AM | Show all posts
Edited by OmJualGas at 14-1-2015 10:10 AM

cakap barangan elektrik buatan German la, buatan Itali la... tapi aku tengok macam buatan Cina/Taiwan saja....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-1-2015 10:08 AM | Show all posts
dah lama sgt benda ni...berpuluh kali masuk paper..legal rupanya selama ni
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2015 10:09 AM | Show all posts
Dah berzaman benda ni...baru nak haramkan?
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2015 04:30 PM | Show all posts
abih yang neh masih bolih pakai kan....tak terlibat....kan.....

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-1-2015 04:33 PM | Show all posts
Al-Patih replied at 14-1-2015 04:30 PM
abih yang neh masih bolih pakai kan....tak terlibat....kan.....

gores yang hat ni menang amende????
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2015 04:36 PM | Show all posts
zafira replied at 14-1-2015 04:33 PM
gores yang hat ni menang amende????

menang dapek tompet parking kot.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-1-2015 04:36 PM | Show all posts
Al-Patih replied at 14-1-2015 04:36 PM
menang dapek tompet parking kot.....

hahahaha...
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2015 04:42 PM | Show all posts
pasni jangan modus operandi dituko jadi menang dulu baru gores.....

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-11-2024 01:53 PM GMT+8 , Processed in 0.072785 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list