CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1905|Reply: 9

[Tempatan] CIMB, RHB, MBSB batal rundingan penggabungan mega

[Copy link]
Post time 14-1-2015 09:44 PM | Show all posts |Read mode
KUALA LUMPUR: CIMB Group Holdings Bhd (CIMB Group), RHB Capital Bhd (RHB Capital) dan Malaysia Building Society Bhd (MBSB) membuat keputusan untuk menamatkan perbincangan cadangan bergabung serta mewujudkan sebuah bank Islam mega.

Ketiga-tiga pihak dalam satu kenyataan bersama hari ini menyatakan persekitaran ekonomi semasa adalah faktor utama rancangan untuk membentuk kumpulan perbankan terbesar di Malaysia serta yang keempat terbesar di Asia Tenggara tidak dapat diteruskan.

Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif CIMB Group, Tengku Datuk Zafrul Tengku Abdul Aziz, berkata semua pihak sudah membuat pertimbangan secara menyeluruh mengenai penggabungan berkenaan.

Walaupun ketiga-tiga pihak yakin bahawa gabungan antara tiga francais terbabit adalah logik strategik yang kukuh, namun akhirnya gagal mencapai satu urus niaga yang memberikan nilai untuk semua pihak berkepentingan.

"Keputusan untuk menamatkan perbincangan dibuat selepas semakan semula terperinci mengenai potensi sinergi yang boleh dihasilkan secara realistik, khususnya dalam persekitaran ekonomi semasa.

"Kami juga mahu menyampaikan penghargaan ikhlas kepada Lembaga Pengarah dan pengurusan RHB Capital serta MBSB atas kerjasama penuh mereka sepanjang rundingan diadakan," katanya dalam kenyataan itu.

Pengarah Urusan Kumpulan RHB Capital, Kellee Kam pula berkata pihaknya menyertai rundingan cadangan penggabungan itu atas unjuran bahawa ia akan meningkatkan nilai untuk pemegang kepentingannya serta pemegang saham.

Melindungi serta mewujudkan nilai pemegang kepentingan adalah perkara utama kepada semua pihak dan berikutan terdapat perubahan dalam persekitaran, RHB Capital tidak dapat lagi memuktamadkan sebab untuk meneruskan rundingan itu.

Sementara itu, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif MBSB, Datuk Ahmad Zaini Othman berkata peluang untuk menjadi sebahagian daripada bank Islam mega adalah sesuatu yang menarik kepada kumpulan.

"Berikutan perbincangan dihentikan, kami kini boleh terus memberi perhatian kepada kekuatan francais kumpulan dan mencapai sasaran yang ditetapkan sebelum ini. Kami berterima kasih kepada semua yang terbabit di atas kerja keras mereka," katanya.

CIMB Group dan RHB Capital menarik balik permohonan kepada Bank Negara Malaysia (BNM), manakala perjanjian eksklusif semua pihak dihentikan dengan penamatan perbincangan itu.

Ketiga-tiga pihak mendapat kelulusan daripada BNM pada 10 Julai tahun lalu untuk memulakan perbincangan dengan sasaran menggabungkan perniagaan antara CIMB Group dan RHB Capital serta mewujudkan sebuah francais perbankan Islam mega bersama MBSB.

http://www.bharian.com.my/node/29275
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-1-2015 09:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah x jadi pulak
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2015 09:50 PM | Show all posts
nanti too big to fail........ 1MDB masih berhutang dgn RHB   
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2015 11:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Kensel pulak
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2015 11:51 PM | Show all posts
bagus
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2015 11:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Oklah.. Most ppl yg kje bank yg terlibat takut dikenakan vss
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-1-2015 12:40 AM | Show all posts
Khazanah tidak bimbang dengan pembatalan gabungan
Bernama | Kemas kini: Januari 14, 2015

KUALA LUMPUR: Pemegang saham terbesar CIMB Group Holdings Bhd, Khazanah Nasional Bhd, tidak bimbang dengan pembatalan gabungan itu dan percaya dengan tadbir urus korporat bank berkenaan.

Pengarah Urusan Khazanah, Tan Sri Azman Mokhtar, berkata akan terdapat peluang lain yang baik untuk CIMB bergabung pada masa depan.

"CIMB selama ini telah membukti kemampuannya bukan sahaja untuk mengambil alih, tetapi juga untuk mengintegrasi," katanya kepada pemberita di Kajian Tahunan Ke-11 Khazanah di sini, hari ini.

Azman berkata, pasaran juga telah menerima keputusan itu secara positif apabila harga saham bank itu meningkat antara 13 dan 14 peratus sejak laporan gabungan itu berpotensi dibatalkan, tersebar.

CIMB Group, RHB Capital Bhd dan Malaysia Building Society Bhd mengumumkan hari ini yang mereka telah menghentikan perbincangan mengenai cadangan gabungan dan pewujudan bank Islam mega disebabkan keadaan ekonomi semasa.

CIMB Group dan RHB Capital telah menarik balik permohonan mereka kepada Bank Negara Malaysia dan perjanjian eksklusiviti yang dimeterai oleh pihak terbabit telah dibatalkan dengan penghentian perbincangan berkenaan.

Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2015 12:56 AM From the mobile phone | Show all posts
Saham cimb dan rhb naik..mbsb Turun bila gabungan ini   dibatalkan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-1-2015 02:02 AM From the mobile phone | Show all posts
Satu segi bagus juga. Tiada pembuangan pekerja.
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2015 02:35 AM | Show all posts
fuhh!! Lega adik aku
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-5-2024 10:01 PM GMT+8 , Processed in 0.338734 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list