Edited by enchikfitz at 17-1-2015 11:25 PM
SELAMAT DATANG KE BENANG TACANG AJL 29!!
Ke hadapan forumers a.k.a karats AJL...
Jemput masuk ke Pink Carpet dan merasai sendiri aura glamor!
Para tetamu yang hadir 
Ok, cut the crap!
Acara hiburan terbesar di Malaysia, Anugerah Juara Lagu edisi ke 29 kembali lagi! Selepas 28 tahun mengiktiraf hasil karya anak tempatan, kali ini kembali lagi untuk mengiktiraf karya seni yang terbaik untuk tahun 2014.
Tahun ini AJL 29 memilih tema “Gema dalam Muzik” di mana pentas unggul itu kembali kepada elemen asas dan intipati sesebuah muzik. Malah malam itu juga bakal mengangkat instrumen muzik sebagai dasar terpenting didalam penghasilan bunyi. Gabungan bunyi yang terhasil inilah yang dinamakan gema yang bakal memeriahkan AJL 29.
AJL 29 disponsor oleh syarikat kosmetik terkenal: QU PUTEH, "Barulah putehhhhhh chuolssszahhh!" kata Dr Vida.
AJL 29 akan berlangsung pada 18 Januari 2015 bertempat di Stadium Putra Bukit Jalil dengan menampilkan 12 lagu yang akan berentap di pentas AJL29!
Seperti tahun sebelumnya, AJL 29 akan dikendalikan oleh AG Hot Fm dan Scha Al-Yahya
Berikut adalah 12 lagu yang bertanding untuk merebut gelaran Anugerah Juara Lagu yang ke 29 (mengikut giliran persembahan):
1. Malaikat (Hazama & The Penglipurlara) Lagu & Lirik : Omar K , Mike Chan & Hazama
2. Percayalah (Indah Ruhaila) Lagu : Aiman Lirik : Mohd Atlas
3. Sesal Separuh Nyawa (Alyah) Lagu : Aidil Zamri & Alfie Alwi Lirik : Alyah & Shah Shamsiri [Pemenang Kategori Lagu Pop Terbaik AIM 21]
4. Gadis Jolobu (Dato' Hattan & Waris) Lagu : DJ Fuzz Lirik : Waris & Dato' Hattan
5. Romancinta (Mojo) Lagu & Lirik : Edry Abd Halim
6. Rentak Laguku (Bunkface ft. AmySearch) Lagu & Lirik : Sam Bunkface [Pemenang Lagu Rock Terbaik AIM 21]
7. Matahari (Hafiz) Lagu : Ajai Lirik : Transformers Melayu (Farid Abd Jalal)
8. Gilalah (Stacy) Lagu : Omar K & Mike Chan Lirik : Stacy
9. Di Pintu Syurga (Dayang Nurfaizah) Lagu : Tam Spider Lirik : Iman Imran
10. Apa Khabar (Joe Flizzow ft.SonaOne) Lagu : SonaOne Lirik : Joe Flizzow [Pemenang Kategori Lagu Hip Hop Terbaik AIM21]
11. Lelaki (Najwa Mahiaddin -penyanyi asal : Yuna) Lagu : Yuna & AG Coco Lirik : Yuna [Pemenang Lagu Terbaik AIM 20]
12. Masih Aku Cinta (Shila Amzah) Lagu & Lirik : Shila Amzah [Pemenang Lagu Terbaik Malaysia APM2013]
Habuan untuk bakal pemenang Anugerah Juara Lagu ke 29:
Anugerah Juara Lagu: Trofi dan RM 50,000
Tempat kedua: Trofi dan RM 35,000
Tempat ketiga: Trofi dan RM 20,000
Persembahan Terbaik: Trofi dan RM 12,000
Vokal Terbaik: Trofi dan RM 12,000
Untuk penggemar tacang di forum cari, di sinilah tempat yang sesuai untuk chuolssss!
Mod dah bagi kebenaran untuk bagi 10 point bagi satu jawapan yang betul dan EXTRA point untuk forumer yang dapat meneka keseluruhan results dengan betul! Caranya amat mudah:
1. Pilih satu saja lagu yang dijangka menang untuk setiap kategori (kalau boleh BOLDkan) dan post. Contoh:
AJL 29: Lelaki – Najwa Mahiaddin Tempat kedua: Di Pintu Syurga – Dayang Nurfaizah Tempat ketiga: Matahari –Hafiz Persembahan Terbaik: Gilalah – Stacy Vokal Terbaik: Masih Aku Cinta – Shila Amzah
-atau-
AJL 29: Sesal Separuh Nyawa - Alyah Tempat Kedua: Gadis Jolobu - Waris & Dato Hattan Tempat Ketiga: Romancinta - Mojo Persembahan Terbaik: Sesal Separuh Nyawa - Alyah Vokal Terbaik: Lelaki - Najwa Mahiaddin
2. DILARANG SAMA SEKALI BORAK-BORAK DALAM THREAD INI. Mod akan delete komen korang.
3. Kalau ada sebarang pertanyaan mengenai benang ini, sila tag nama meols kat dlm thread borak AJL kelolaan forumer @af_mania
http://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=851995&extra=page%3D1
4. Kalau nak edit post, make sure edit sebelum dateline. Tacang tidak akan dikira sekiranya post selepas dateline.
Thread akan dibuka daripada hari ni hingga 18 Januari jam 8 malam. Tacang akan dikira esok (19 Januari 2015). Harap maklum kepada mod @teky, @xpdckelate
Jadi, siapakah akan merangkul juara AJL edisi ke 29 ini? Let the game begins! Jangan lupa mengundi! Lagi ramai lagi bagus. Barulah meriah! 
|