View: 12336|Reply: 42
|
kawanku terpesong, aku stress
[Copy link]
|
|
ash nak citer pasal kawan baik ash ni. sesungguhnya dia kawan paling baik, sama2 susah senang, jatuh bangun sendiri. kitorang kawan dah nak masuk tahun ke-9. walaupun selama 9 tahun tu, macam2 jadi (gaduh, xcakap, etc.), persahabatan kitorang utuh sehingga sekarang sebab memang dia seorang kawan yang baik dan ash sgt2 sayang pada dia. tapiiiiii, ada satu benda pada dia yang kadang2 buat ash stress sgt dengan dia.
camni, kitorang dua ni boleh la dikategorikan sebagai agak bodoh2 alang masa zaman2 sekolah dulu. masuk U je baru la kitorang sedar yang sebenarnya dunia ni penuh kemungkaran (oops, ayat terlebih dramatik). ash dulu skolah pompuan pastu tak penah ada pengalaman bercinta. ash bayangkan bercinta ni hanya duduk2 minum, sembang2, tgk wayang pastu balik umah gayut2. lepas dah jadi student U baru tau yang itu semua hanya angan2 budak hingusan tak matang. macam2 kejadian maksiat yang berlaku depan dan belakang mata ash sampai ash ni macam culture shock plak. ash tak penah tau yang walaupun sesama Islam, bebudak yang bercinta ni boleh cium, tidur sekali, terpregnant, tertangkap basah, terclubbing, terminum arak, dan sebagainya. tapi semua ni berlaku semasa ash tengah kat U. sama la macam kawan ash ni, baru terbukak jugak mata dia. kat U ni jugak la ash kenal and start kawan ngan dia walaupun belum betul2 rapat sebab masing2 ada clique sendiri masa tu.
mesti korang tertanya2 kan, apa motif intro panjang2 ni? motifnya, kitorang masih sayang mak bapak and tak nak terjerumus dalam kancah maksiat so kitorang jadilah dua org yang elakkan daripada bercinta. sudahnya, masa kawan2 lain g dating overnight bagai, kitorang pun lepak la dua orang. shopping ke tgk wayang ke dan sebagainya. sampai masuk alam kerja pun, macam tu jugak kitorang. apa2 pun buat berdua. cuma bezanya, kawan ash ni ramai peminat. dia memang cantik manis orangnya. pastu dia jenis never say no pada lelaki yang mencari tapi dia juga never say yes pada lelaki yang setelah dia layan baeekkk punya sampai jatuh cintan and mintak couple. pendek kata, kawan ash ni akan layan2 tapi bila lelaki ni luah perasaan cinta, dia akan blah sebab dia bukan suka pun kat lelaki tu. dia cuma suka flirt2. sapa suruh lelaki tu feeling lebih2. gitulah perangainya. walaupun ash nyampah dengan this ugly side of her and selalu nasihat dia supaya jgn mainkan perasaan, dia akan cakap yang dia memang cakap dari awal yang dia anggap lelaki tu kawan. so ash pun malas la nak panjang2 cerita. ash plak jenis akan tak layan langsung org yg approach ash kalau tau 100% yg xkan ada apa2 romantic relationship yg develop between us.
fast forward kepada present time, kawan ash ni pun akhirnya mendapat boyfriend dia yang pertama setelah 2 tahun lelaki itu gigih mengorat dia. masa ni ash duduk kat KL sementara dia duduk di negeri lain so kitorang jarang2 jumpa. cuma seminggu tu kitorang akan gayut sejam dua catch up and sembang2. memang kitorang rapat sampai semua masalah ash akan ngadu kat dia dan begitu juga dengan dia so jarak jauh tu tak mengikis persahabatan kami. back to the bf, sebelum dia officially nak accept mamat tu sebagai bf, dia nak kenalkan pada ash dulu sebab ash tak pernah kenal and jumpa this guy. dia tak pernah cerita pun pasal mamat ni selama dia dok kawan ngan dia. dari situ, ash dapat hidu yang kawan ash ni serious ngan mamat ni. lepas sesi suai kenal dan sebagainya, ash pun rasa cam ok je mamat ni and bagi sokongan. diorang pun couple la dgn selamatnya.
to be continued sebab panjang lak... hehe..
|
|
|
|
|
|
|
|
sambungan...
after a while, ash pun berpindahduduk dekat ngan dia. kawan ash pun syok la sebab bolehla dia merapatkanhubungan ash ngan bf dia sebab kawan ash ni fikir, dia nak dua org yg diasayang untuk saling berkawan. lepas tu kawan baik bf kepada kawan ash ni enterthe picture. untuk mengelakkan kekeliruan, kita panggil lelaki ini X je la ye.so si X ni newly single. ash pulak sedia single. kawan ash mendapat idea bernasuntuk menyatukan kami. nanti boleh la bersukaria empat orang keluar dating2 yeye. ash pulak, sebab ash percaya kepada judgement kawan ash, cuba la bukak hatiuntuk menerima X ni. tapi xsampai sebulan, hubungan ash ngan X ni terkandasatas sebab dia meminta sesuatu yang tak mungkin sampai mati ash akan bagikepada insan lain selain suami ash (kawan2 paham kan apa maksud ash ni).
tapi sebelum tu, meh ash cerita kejadian yang membawa kepada kekandasanhubungan itu. untuk merapatkan hubungan ash ngan X, kawan ash ngan bf diacadangkan kitorang holiday 4 orang. so kitorang pun pegi la satu destinasipercutian selepas kawan ash book 2 bilik hotel di situ. tibanya depan pintubilik hotel, tetiba X ni tarik ash masuk satu bilik and bf kawan ash tarikkawan ash masuk bilik satu lagi. serious nak mampos sebelum tu ash mati2 ingatash ngan kawan ash satu bilik pastu dua ekor jantan tu satu bilik. punya laterkejut ash sampai jadi blur jap pastu sebab tak percaya benda ni jadi. lepastu, sampai ke hari ni, kawan ash bersumpah yang dia pun xtau plan ni (ash cayala yg dia memang xtau sebab lepas tu ash pegi bilik sebelah, muka dia pun macamterkejut+takut+confuse macam ash). long story short, nothing happpened thatnight sebab kami dua2 period pastu ash angkut baju and bantal tido jugak bilikkawan ash walaupun bf dia ada. so tido la X tu sensorang kat bilik satu lagi...nasib baik laaaaa awal2 kitorang book twin beds sebab memang ingat ash ngankawan ash tido sebilik.
anyways, lepas tu ash pun langsung tak contact ngan X tu. kawan ash mula rasabest dating overnight ngan bf camtu. sekali-sekala dia akan keluar holiday 2orang macam tu lagi ngan bf dia (maksudnya, tido satu bilik hotel and stuffla). TAPI dia tak pernah menyerahkan dara dia. diorang just cuddle2, cium2,raba2 pastu tido. senang cakap, semua dah buat kecuali satu benda tu je la. ashtau, majoriti dari korang xkan percaya benda. yerla, berdua2an ngan gf/bf kitalam bilik hotel camtu. mustahil sgt2 la tak buat kerja terkutuk tu. tapi ashkenal kawan ash. sejahat2 dia, dia xkan buat benda tu. ni ash 100% pasti.
lepas citer panjang lebar camtu, sampai la ke point ceritanya. sesungguhnya ashbenci sgt2 dengan kemaksiatan kawan ash ni. pedih hati, mata, dan telinga ashbila nampak atau dengar pasal ni. kawan ash ni pulak jenis xkan sembunyidaripada ash. semua benda dia akan bagitau. ash pulak, xkan nak cakap ashmenyampah dengar. nanti terasa plak. at the same time, ash tak tahan jadi rakansubahat perkara maksiat ni. bukanlah nak kata ash ni baik sgt. ash pun pernahsilap dulu. walaupun ash tak pernah buat benda ekstreme macam dia, ash penahjugak buat sikit2 tapi alhamdulillah ash cepat sedar. ash jauhkan dirisejauh2nya lepas tu. kawan ash pun tau dan sebab itulah dia xpernah segan silucerita apa yg dia buat ngan bf dia. selalu ash akan komen2 tak ikhlas, buat2xdengar, ignore completely, atau tukar topik perbualan. ash malas dan bencibila dengar. dia pun dapat catch on yang ash tak suka tapi dia masih tak putusasa nak cerita. maybe sebab memang selama ni pada ash sorang je yg dia bolehluah segala2nya. sebab ash sorang je yang akan menerima semua baik buruk dia.camtu jugak dia.
ada beberapa kali jugak yang kitorang akan duduk dan berbincang secara jujurpasal benda ni. masa ni ash akan tanya dia, sampai bila dia nak buat bendamacam ni. kahwin bukanlah satu option bagi diorang atas sebab2 tertentu. diasendiri tak tau nak cakap. dia xkan kawin ngan bf dia. bf dia pun camtu jugak,kahwin tu memang tidak sama sekali. masing2 faham bahawa satu hari nantimasing2 akan cari pasangan masing2 dan kahwin. kawan ash cakap, kalau dia jumpaorang yg sesuai dibuat suami, dia akan tinggal bf ni and kawin. bf dia punmemang faham dengan keputusan ni. masalahnya, bagi ash, apa jadahnya ko nakkawin ngan orang lain bila hati tu memang terikat ngan bf dia ni? kawan ashmemang xpernah menyayangi seorang lelaki macam dia sayang bf dia ni. so macammana? katakan korang jumpa true love korang, tapi korang xleh kawin ngan dia.pastu korang tunggu org lain datang yang mungkin boleh amik tempat true lovekorang tapi at the same time korang xnak lepas true love korang sampai la adaorang lain. bagi ash, ni satu cycle yang tak logik, tak munasabah, dan tak adapenghujung (nama pun cycle).
jadinya, berterusanlah perkara ni berlaku depan mata ash yang saban harimenambahkan tahap tekanan perasaan ash. siapa suka tengok kawan baik sendiriterpesong? siapa?? ash dah nasihat, dah sound secara halus, dah buat donno, dahbuat macam2 kecuali jerita kat telinga dia "aku harap ko break ngan bf kosebab aku benci tengok korang bermaksiat secara sembunyi2 dengan pengetahuanaku". setiap kali diorang gaduh besar sampai break, ash akan bersorakdalam hati. tapi lepas tu for sure diorang akan baik balik sebab bf dia akanmenundukkan segala ego dan merangkak balik kepada kawan ash. reason? cintasampai mati. walaupun kawan ash ni memang seorang gf yang totallypsychotic, overly-attached and extremely jealous, bf dia akan telan semua tu.kawan ash ni memang seorang kawan yang baik tetapi sebagai seorang gf, diamemang off the charts punya sewel. tapi seteruk mana pun diorang gaduh(seriously, diorang penah gaduh depan ash sampai terjerit2 dan teresak2 nangisdan tertumbuk2 objek tak bernyawa), diorang akan baik balik. sampai ash ninyampah sgt2 bila dengar ayat 'wei, aku dah break ngan bf aku" yangwithout fail akan didengari setiap bulan diikuti peristiwa gembira berbaiksemula di mana ash akan buat muka and tak bagi komen.
sebenarnya, ash bukan la nak mintak advice ke apa. cuma ash nak luah je bendani. xde sapa dah yg ash boleh luah. i am so stressed bila fikir benda ni. ashsedih sgt2 dengan kelakuan kawan ash. kawan ash pun tau ash tak suka, tapi diateruskan jugak hubungan tu. apa yg ash nampak, memang dia cinta kat bf dia. soash faham yang memang almost impossible utk tinggal bf dia macam tu je. plus,bf dia akan terima sahaja walau apa pun benda tak logik yg kawan ash buat dimana pada pendapat ash tak ada lelaki lain atas planet ni yang sanggup buat. jugaatas nama CINTA. tapi bagi ash, buat apa la cinta yang merosakkan diri ni?macam mana plak cinta pada Allah? cinta pada mak bapak? cinta pada dirisendiri? semua tu tak bernilai ke banding ngan cinta dan nafsu pada lelaki yanglangsung tak ada ikatan halal tu? adoiii la, sedih betul mengenangkan. ashsendiri tak stress pasal kisah cinta hidup ash banding ngan kisah cinta dia.
sekian.
|
|
|
|
|
|
|
|
pesan orang zaman moden lagi urban.... takyah campur hal orang.
sekian |
|
|
|
|
|
|
|
kalau orang yang kita tak kenal, memang biaq pi la nak buat apa pun. masalahnya ni kawan kita sendiri... xkan kita nak tengok jer
|
|
|
|
|
|
|
|
apa boleh buat, demi menuju status masyarakat urban, go to hell dengan masalah orang lain, hatta kawan baik
|
|
|
|
|
|
|
|
Bgtau jer ko tak suka pangai dia...kalau degil gak, sila renggangkan diri dari pengaruh yg x baik ni. You've got nothing to lose.... Seriously... |
|
|
|
|
|
|
|
dia memang tau ash tak suka. cuma dia tak amik port dan dia memang jenis orang yang tak sembunyi perangai dia especially dari ash. so walaupun dia tau ash xsuka, dia tetap akan meneruskan aksi2 seperti buat2 complain yang lovebite dia sakit (eleh, nak menunjuk je sebenarnya) tanpa mempedulikan muka ash yang nyampah tu
nak renggangkan hubungan tu memang susah sikit. dia kawan masa senang dan masa susah. dia banyak sokong dan bantu ash di kala susah. she is not perfect tapi masa ash dah sampai tahap tak nampak jalan penyelesaian dalam hidup, dia xpernah tinggal ash. takkan la kitorang nak putus kawan sebab benda camni.
|
|
|
|
|
|
|
|
So? Bknnya ko renggangkan diri time dia susah pun..cuma perangai dia yg x segan tunjuk / cerita benda x senonoh. Kalau ko nk stay friends, ko kena tunjuk dgn lebih tegas ko x suka dia buat atau citer benda2 x semenggah tu. Pada aku that's is friend for. |
|
|
|
|
|
|
|
Tak yah beria. Tu life dia. Let her make her own decision. She is responsible for her life not other people. |
|
|
|
|
|
|
|
Hi tt.
Bagi pendapat missdara, mungkin tt boleh cuba tarik dia pelan2 utk dgr ceramah psl agama ka, or apa2 artikel bkaitan dgn benda2 yg camni.
I think, salah satu artikel yg mungkin tt boleh pikirkan adalah bagaimana gambaran neraka.
Mmg agak susah utk tt buat, tapi percayalah kalau tidak byk pun hati dia takut, sedikit takut pun okay.
Stiap kali dia dan bf mungkin plan nak buat lagi, msti hati dia terdetik slpas baca artikel/anything bout religion and hell..
|
|
|
|
|
|
|
|
kawan ko saiko.
dah tahu ko x suka bende maksiat camni, mahu lagi story bagai.
siap tunjuk lovebite lagi. motif???
apa kata ko ngadu kat mak bapak dia.
baru ada akai sikit budak tu.
|
|
|
|
|
|
|
|
aku baca pun pening kepala moden sangat kisah sosial tu.. esok lusa tunggu ja la tu ang jadi lesbian.. bagi ampa semua sangat bebas dan hebat dunia ampa sekarang.. apa yang dperlukan cuma satu kiss with passion.. |
|
|
|
|
|
|
|
setuju. bertegas sikit. jgn lembut hati dgn dia. kawan yg sebenar ialah kawan yg akan nasihat kawan dia suoaya tinggalkan bende2 maksiat.
|
|
|
|
|
|
|
|
Setuju ngan @diarimerah. Seorang kawan yg baik akan menegur n menasihati ... samada kwn tt dgr ke idak, ikut ke idak, itu pilihan dia. U bkn x sukakan dia, u x suka perbuatan dia. It is also up to u, whether u masih nk berkawan or x ngan dia.
I pon penah ade kwn camni. I left her. Jumpe kwn2 lain yg lbh baik. Dgn siapa kite berkawan mmenunjukkan pd orang lain karektor kite .... so, pk2 kan lah. |
|
|
|
|
|
|
|
wah ni baru lagi ni.
fresh plak...
igtkan dia tu, tap rasa cam meleset jauh ler pulak.
apa yg ash bleh buat adalah sedarkan dia sama camner dgn ash bleh sedar.
doa utk dia lepas solat, wat solat hajat, if betul2 syg dia.
if dah ajak pun dia taknak berubah, dah guna cara kasar pun dia tanak berubah,
cara lembut pun xnk berubah. barulah jauhkan diri dari dia slow2 tp bukan bermakna ash
xnk bantu or tak pedulikan dia lagi.
tp sebab ash menolak maksiat tu dgn hati. mmg perkara xelok kita kena jauhkan diri
selebihnya serah pd Allah.
kita takkan dapat ubah org melainkan org tu sendiri yg berubah.
and actually what really happen between mmber ash dgn bf dia is not love.
but more to sex addiction.
kasarnya, bf sanggup dtg balik sbb nak pan!@# je...
bukan sebab cinta sampai mati...
member ash plak pompuan, os pompuan lah plg lemah dalam hal ni dan mudah dieksploitasi bf nyer
sampai puas. yes about cuddle, dara is still there is crap.
because its start with flirt, and the rest is syaitan take over. and this two is the main star in that sex episodes. |
|
|
|
|
|
|
|
wei, hang jangan nak main serkap2 jarang ekk.. benda ni rahsia tau. ko jgn cakap kat org lain tau
by the way, ash memang 100% sure dia still dara. ash kenal kawan ash. ash juga kenal bf dia walaupun kitorang xrapat. tapi still tu benda yang teruk
|
|
|
|
|
|
|
|
terima kasih pada nasihat2 kawan. pasal nak share benda2 neraka, or balasan and all that stuff, ash pernah cuba. ash share dlm whatsapp. tapi dia tau semua tu. bukan dia xde pendidikan agama. cuma dia xpeduli. dia siap gelak2 lagi cakap 'aku tau aku jahat hehehe'. dah tu camna? cuma ash sentiasa berdoa yang dia akan kembali ke pangkal jalan. harap2 doa ash makbul.
lepas ash fikir2 balik, ash post pasal ni semalam pun sebab 2, 3 hari ni dia gaduh teruk ngan bf dia sampai ash tak larat tadah telinga dengar. so ash stress, ash luah kat sini . tadi, sebab dia dah penat ngan reaction ash yang memang tak peduli pasal masalah cinta dia, dia siap keluarkan statement 'takkan aku nak break hubungan 4 tahun ni sebab benda ni'. in which, diorang tgh gaduh sebab bf dia nak buat something yg dia xsuka so dia ugut nak break for good tapi for the first time, bf dia xheran. dalam hati ash, ash just fikir 'hah, kata nak break for good. break je la!'
mungkin dia dapat baca isi hati ash so tanpa ash perlu kata apa2, dia bagi la alasan bongok camtu utk cover balik. anyways, mungkin satu hari nanti ash nak sit down jugak and bagitau secara terang2 yang ash xnak dengar dah pasal bf dia. sesungguhnya hidup ash akan bahagia kalau ash xdgr dah statement 'bf aku blablabla'. ash nak anggap hubungan dia tu langsung tak wujud dalam hidup ash. sekarang emosi dia xstabil lagi so ash nak tunggu bila diorang dah baik balik, happy2 balik, nak blah pg holiday maksiat diorang tu balik, ash nak buat one last talk ngan dia. lepas tu, ash nak mintak dia jangan marah kalau ash tak nak dengar walau apa pun kisah gembira atau sedih diorang. |
|
|
|
|
|
|
|
if betol 100% dara takpe...if sebaliknya susah sebab takut terbuncit tengah lak..
sebab ko baik ngan dia, ko cakap je direct+tegas, yang ko tak suke dengan benda2 yang dia dok story ngan ko.
and mintak dia jangan repeat the same mistakes klo btol dia anggap ko bff.
Pasal dia ngan bf dia tu, susah nak cakap sebab theols tengah seronok buat benda2 tu kan..
orang tengah sedap, ko nasihat pon susah nak lekat..
but just try la..bagi ayat2/nasihat/ceramah yang boleh sentapkan hati jantung dia selalu..
maybe if lame2 ko dok perli yang benda yang dia buat dosa, mane tau, 1 fine day dia boleh nak berubah..
P/S: Jangan lupe tok doakan dia skali dlm doa2 ko..
|
|
|
|
|
|
|
|
aku dulu ada kawan mcm ni.. kwn mcm ni bukan boleh buat jd bff atau bukan boleh dijadikan kawan hingga ke syurga bg pandangan aku la.
tak rugi apa pun tinggalkan kawan macam ini. sebabnya bukan ko tak berusaha :- untuk ingatkan dia kearah kebaikan, dah ingatkan dia dlm segala hal-hal yang patut utk umur macam dia yg patut tahu.. tak perlu ko ingatkan. kalo syg mak bapak.syg adik beradik.syg kwn baik..mesti ingat tuhan,syg tuhan.
susah bila dia dah cerita segala hal, kita bersubahat. secara tak langsung.
kalau nasihat berubah, alhamdulillah.
kalau nasihat berubah tapi dia tipu ko balik.. ini risiko.
tp cuba lah sit down dulu.ubatkan dgn kata2 kasih syg maybe.. apa penyakit dia asyik nak gi buat holiday berdua?? hahah ini dipanggil penyakit suka suki.
fikirlah.. dari segi moral dan agama.
|
|
|
|
|
|
|
|
utk kwn yg mcm ni u try la nasihat dia, sampai bila dia nak macm tu..?
kalau dah betul2 suka, betul2 syg suro je kawen..
tapi kalau dia degil jugak, atleast u dah nasihat and dah lepas tanggungjawab.
untuk putuskan friendship tu, sepatutnya xelok. tapi mungkin u boleh ugut dia..
ckp yg u xnak bersubahat ngn maksiat yg dia buat. kot2 la berubah..
kalau xjugak, just cool je be fren ngn dia and bencilah perbuatan maksiat dia.
tu kan selemah2 iman, and doa la banyak2 harap dia berubah.. |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Cinta & Perhubungan
|