Prognosis yang teruk: Pada umumnya, prognosis bagi wanita yang berusia tua adalah teruk.
Kebanyakkan wanita memilih untuk menjalankan IVF adalah disebabkan usianya yang sudah tinggi, dan mereka tidak sanggup menunggu zuriat mereka datang dengan cara semulajadi.
Tetapi, kualiti ovum akan merosot sedangkan usia wanita semakin meningkat. Dan IVF tidak berupaya memulihkan kualiti ovum kepada keadaan yang baik. Pada hakikatnya, peratusan kejayaan bagi wanita berusia menjalankan IVF adalah agak rendah daripada gadis muda.
Akan tetapi keinginan beranak adalah sangat kuat bagi wanita yang berusia, mereka "memilih" untuk mengabaikannya, atau tidak berasa ini merupakan satu amaran bagi mereka.
Namun begitu, selepas mereka memulakan rawatan IVF, dan berfikir dengan mendalam, satu demi satu gambaran yang cukup menakutkan sering muncul di dalam otaknya.
Seterusnya mereka menyedari bahawa sendiri sudah berusia, kualiti ovum kian merosot, dan memafami bahawa biarpun dia berjaya menghamil dengan IVF dan melahirkan bayinya, tetapi bayi bukan semestinya sihat, dan seterusnya ini pasti akan membawa kehidupan yang penuh dengan kederitaan kepada bayi disayangi dia. Adakah ini yang sebenarnya diingini oleh dia? Bukan. Jadi, dia memutus untuk menamatkan IVF pada peringkat pertengahan.
Sebenarnya, biarpun kami menjalankan IVF, ICSI,IUI atau cara lain yang terus terang untuk mendapatkan zuriat, kuantiti dan kualiti ovum masih merupakan faktor yang penting untuk menjayakan rawatan. Dan dukacitanya, kualiti dan kuantiti ovum adalah bergantung kepada umur wanita.
Bagi wanita yang berusia 40 tahun dan ke atas, daya kesuburan adalah agak lemah. Jadi, peratusan kejayaan untuk mendapat zuriat adalah agak rendah sungguhpun dia menjalankan IVF. Kami perlu memahami bahawa kewujudan IVF bukanlah untuk membantu ketidaksuburan yang disebabkan oleh umur.
Di Amerika Syarikat, pusat IVF menetapkan had umur bagi pasangan yang ingin menjalankan IVF. Bagi orang yang ingin menghamil dengan ovum sendiri, umur mereka pasti berada dalam linkungan antara 45 tahun atau ke bawah. Ini adalah tindakan yang betul kerana kualiti ovum akan menentukan sebahagian besar kualiti embrio.
Pada hakikatnya, bilangan ovum yang tersimpan di dalam ovari mempunyai pengaruh yang kecil bagi wanita yang ingin menghamil dengan cara semulajadi. Akan tetapi, bagi wanita yang ingin menjalankan IVF,ICSI atau IUI, bilangan ovum yang berada di dalam ovari akan menerima rangsang daripada ubat yang diberi oleh doktor untuk tujuan mengalakkan kesuburan. Dan sekiranya, jika ovari gagal menahan rangsangan terlalu kuat, ini mungkin akan membawa maut kepada wanita itu.
Oleh itu,sekiranya kamu selalu tidak memberi perhatian dan penjagaan kepada ovari, ini akan menyebabkan ovum dan ovari anda merosot dengan awal, ini bermakna ovum anda berkualiti teruk sejak usia muda.
Sempena dengan umur yang semakin meningkat, kemungkingan menghamil dan kejayaan melahir adalah merosot : - Kejayaan penempelan embrio ke atas dinding uterus akan merosot sekiranya usia semakin meningkat, tidak kira wanita menghamil dengan cara semulajadi atau IVF, ICSI, IUI.
- Kebarangkalian keguguran akan meningkat sekiranya usia semakin meningkat.
Selain itu, kitaran haid yang tidak teratur juga merupakan salah satu sebab wanita menamatkan IVF pada peringkat pertengahan.
Ini adalah kerana kitaran yang tidak teratur akan menghalang pasangan menjalankan IVF. Oleh itu, doktor akan memberi ubat untuk menjadikan kitaran haid memulihkan ke biasa sementara,supaya menjalankan IVF. Tetapi ini akan membawa kesan sampingan. Ada segelintir wanita risao akan kesan sampingannya, dan takut tidak mampu menanggung risiko itu , jadi, mereka memutus untuk menghentikan IVF.
Di samping itu, kualiti suami yang buruk juga akan menjejaskan kejayaan IVF. Kualiti sperm akan dikaji dari pelbagai segi, iaitu daya pergerakan, daya maju, rupa bentuk nya, antibodi, kelajuan pencairan, dan bilangan sperma.
Oleh itu, jika suami terdapat masalah sperma, dan enggan bekerjasama dengan isterinya untuk memelihara badan dengan baik , jadi, isterinya memahami bahawa sungguhpun teknologi IVF adalah canggih, masih gagal membawa kejayaan kepada mereka, dan isteri terpaksa memutus untuk menamatkan rawatan IVF.
|