Hasil perbualan dengan Kerry Humpton dan bidan IVF di Australia( Part 9)
Pensyarah saya Kerry berkata, faktor persekitaran memainkan peranan yang penting dalam kesuburan dan dia berkongsi dengan saya satu contoh yang menarik.
“Sebagai seorang pramugari(lelaki),nampaknya pekerjaannya tidak akan menjejaskan daya kesuburannya. Walaubagaimanapun,keputusan ujian spermanya agak teruk. Dan selepas dia menukar jawatan kepada eksekutif perkhidmatan pelanggan, keputusan ujian sperma telah menunjukkan kemajuan yang amat baik,. Apakah terjadi dengan pekerjaannya sebagai pramugari dahulu?”
Sebenarnya, radiasi berada di dalam kapal terbang tidak akan menjejaskan kesihtan kita dalam tempoh yang singkat. Tetapi,bagi pramugari yang bekerja sepanjang masa dalam kapal terbang, mereka perlu bekerja di ruangan yang terhad, dan tidak boleh pergi ke tandas apabila berasa penuh dalam hempedu kencing, dan mereka juga perlu bekerja dengan langkah yang agak cepat dan tegang,kesemua ini akan menjejaskan daya kesuburan mereka.
Tentulah bukan semua pramugari akan menemui masalah ketidaksuburan, kerana tempat pekerjaan dan keadaan tubuh badan adalah berlainan bagi setiap individu. Keadaan ini sama dengan bukan semua orang perokok menemui masalah ketidaksuburan.
Maka, bagi sesiapa yang bekerja di tempat yang boleh menjejaskan daya kesuburan, anda disarankan mengambil langkah pencegahan untuk memelihara daya kesuburan anda. Apakah yang perlu kamu lakukan untuk mencapai matlamat ini? Kami akan kongsikan dengan kamu pada kebesokan hari. Jumpa Lagi.
|