CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1413|Reply: 0

Hoki: Malaysia berbeza dengan Singapura

[Copy link]
Post time 20-1-2015 09:54 AM | Show all posts |Read mode
                            JURULATIH Singapura Solomon Cassojee menyifatkan Malaysia sebuah pasukan yang mempunyai nama besar dan berpengalaman dalam saingan Pusingan Kedua Kejohanan Liga Hoki Dunia 2015 di Singapura.
          
        Cassojee berkata, bukan mudah menewaskan Malaysia jika anak buahnya tidak memperbaiki kemahiran mereka yang dilihat masih ketinggalan berbanding lawannya itu.
        "Kami tidak mempunyai kemahiran (setanding Malaysia). Jika hendak menewaskan Malaysia, kami perlu lebih bagus dari segi kemahiran. Berdepan pasukan yang memiliki nama besar, kemahiran kawalan bola juga perlu lebih bagus daripada perlawanan hari ini.
          
        "Malaysia berbeza dengan Singapura, mereka berlatih sekurang-kurangnya lima jam sehari...kami tidak seperti mereka. Mereka lebih bagus," katanya kepada pemberita selepas perlawanan menentang Ukraine di Stadium Hoki Sengkang, di sini, hari ini.
        Singapura kalah 1-2 kepada Ukraine dan akan berdepan Malaysia pada perlawanan seterusnya Kumpulan A, esok.
        Gol Singapura dijaringkan oleh Muhammad Haseef Salim pada minit ke-47, manakala dua gol Ukraine menerusi Oleksandr Diachenko (minit ke-44) dan Viacheslav Paziuk (minit ke-56).
        Ketua pasukan Singapura, Enrico Marican berkata walaupun tewas dua kali, cabaran pasukan tersebut pada kejohanan berkenaan belum berakhir kerana mereka masih mempunyai masa menampilkan kemampuan sebenar.
         
        "Kami perlu bekerja keras. Apa yang berlaku, sudah berlaku...sekarang, fokus kami kepada cabaran seterusnya, berdepan Malaysia," katanya. - Bernama
               

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Kanye West hilang!
BicaraHatikuKanye West hilang!
Views : 6638 Replies : 9
Imran Bard mohon maaf hasilkan ‘content’ berunsurkan LGBT - "Tuduhan itu adalah sesuatu yang sangat berat"
RalineImran Bard mohon maaf hasilkan ‘content
Views : 3068 Replies : 6
Acikpor vs. Ngai
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai
Views : 202634 Replies : 7527
Zazzleen dikutuk penyanyi suara berkahak, sama nasib macam Cakra Khan
RalineZazzleen dikutuk penyanyi suara berkahak
Views : 30567 Replies : 16
Wanita bengang- adik ipar rakam dan sebar video anak pakai lampin tak berpakaian
RalineWanita bengang- adik ipar rakam dan seba
Views : 29548 Replies : 1
Kastam bingung KLIA 'laluan panas' seludup haiwan liar
RalineKastam bingung KLIA 'laluan panas
Views : 30644 Replies : 19
V82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Report to ICE (USA IMMI) on post #3566
anony-mousV82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Repor
Views : 120005 Replies : 5128
Bekas pengerusi masjid di Kerteh didakwa kemuka nama asnaf tak layak terima zakat
RalineBekas pengerusi masjid di Kerteh didakwa
Views : 36494 Replies : 14
Are you ready?
BicaraHatikuAre you ready?
Views : 4918 Replies : 6
Pelajar Cemerlang Perakaunan Peringkat Dunia Maut Kemalangan
^CUN_GILA~.Pelajar Cemerlang Perakaunan Peringkat D
Views : 29591 Replies : 39

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-2-2025 11:47 AM GMT+8 , Processed in 0.603922 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list