CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1593|Reply: 2

[Tempatan] Line Clear kene clear

 Close [Copy link]
Post time 20-1-2015 10:22 AM | Show all posts |Read mode
MPPP rampas kerusi, meja nasi kandar Line Clear tanpa notis

GEORGETOWN: Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) hari ini merampas kerusi dan meja premis nasi kandar 'Line Clear' kerana didakwa menjalankan perniagaan tanpa lesen bagi tahun 2015.

Pengusaha restoran nasi kandar terkenal itu, Abdul Hamid Seeni Pakir, 65, mendakwa Restoran Line Clear yang beroperasi 24 jam itu didatangi sepasukan anggota penguatkuasa pada jam 3.30 pagi dan mengangkut kira-kira 30 kerusi dan meja di kaki lima premis itu.

"Masa itu ada kira-kira 20 pelanggan di kedai dan pekerja hanya tengok penguatkuasa angkut barang itu masuk ke dalam lori mereka," katanya kepada pemberita di kedainya di Jalan Penang di sini.

Beliau yang mengaku berniaga tanpa lesen sejak memegang giliran berniaga di premis itu pada 2008, mendakwa tidak menerima sebarang notis dan penjelasan daripada MPPP berhubung perkara itu.

Abdul Hamid berkata, beliau dan tiga pewaris lain restoran yang diasaskan bapanya itu mengamalkan sistem giliran iaitu setahun operasi bagi setiap seorang sejak 1950-an.

Abdul Hamid berkata, beliau pernah memohon lesen sekurang-kurangnya lima kali iaitu pada 2006, 2009, 2010, 2011 dan 2012 namun tidak diluluskan MPPP.

Sementara itu, Jabatan Korporat Bahagian Perhubungan Awam MPPP berkata tindakan itu diambil selaras dengan peruntukan Undang-undang Kecil Penjaja 1979.

"Tindakan penguatkuasaan ini dijalankan kerana pengusaha berkenaan menjalankan aktiviti perniagaan tanpa lesen bagi tahun 2015," menurut jabatan itu dalam kenyataan di sini.

Kenyataan itu menyebut MPPP mengeluarkan lesen kepada pengusaha baharu mengikut keputusan yang dibuat MPPP pada 8 Oktober tahun lalu. Dalam sidang akhbar 2 Jun tahun laluj, Pengarah Bahagian Pelesenan MPPP, Azman Sirun berkata menurut rekod, lesen telah dikeluarkan atas nama Sahubarali China Mohd Hanibah, Abdul Latif Thulkarunai dan Pathumah Iskandar untuk menjalankan perniagaan di tapak itu.

- BERNAMA
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-1-2015 11:10 AM | Show all posts
Beliau yang mengaku berniaga tanpa lesen sejak memegang giliran berniaga di premis itu pada 2008


so maknanya daripada tahun 2008 mmg x penah ada lesen
or 2015 jek yang x ada lesen?

lesen telah dikeluarkan atas nama Sahubarali China Mohd Hanibah, Abdul Latif Thulkarunai dan Pathumah Iskandar untuk menjalankan perniagaan di tapak itu.


yang sahubali ni sapa plak? adik beradik or pihal luar yang cuba meniaga atas tapak itu?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-1-2015 03:47 PM | Show all posts
mmg xpernah ada lesen
so dah xde la line clear lagi pasni
ada org kata restoran tu kotor so elokla tu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

17-4-2024 04:26 AM GMT+8 , Processed in 0.306927 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list