View: 19823|Reply: 95
|
[Tempatan]
Klinik Pakar Kulit Dr Ko, pilihan wanita yang pentingkan kecantikan
[Copy link]
|
|
Semua Orang Boleh Cantik.
Begitulah motto Klinik Pakar Kulit Ko yang kini sudah mempunyai banyak cawangan di seluruh Malaysia dan mempunyai ramai pelanggan terutama wanita yang mengutamakan kecantikan kulit.
Sambutan hangat di negara ini menjadikan klinik berkenaan berhasrat melebarkan operasinya lebih luas ke Indonesia dalam tahun ini memandangkan permintaan yang meningkat di negara jiran.
Pengasasnya, Dr. Ko Chung Beng berkata, selepas Jakarta, pihaknya akan membuka cawangan di Batam, Pekan Baru dan Medan yang kini dalam proses akhir pengubahsuaian.
“Lokasi klinik semua sudah ada dan kini dalam proses pengubahsuaian. Kami menjangkakan paling dalam tempoh setahun, semua cawangan baharu ini akan boleh beroperasi. Penambahan cawangan di Indonesia merupakan platform bagi kami untuk memanfaatkan pasaran serantau dan antarabangsa.
“Strategi perniagaan ini dijangka berupaya memperkenalkan jenama Pakar Kulit Ko kei negara jiran ekoran sebelum ini ramai pelanggan dari Indonesia yang datang ke Malaysia dan menyarankan kami membuka cawangan di sana,“katanya ketika ditemui MalaysiaGazette di pejabatnya di Klang baru-baru ini.
Sehingga kini, Pakar Kulit Ko mempunyai 28 cawangan di seluruh negara, masing-masing satu cawangan di Jakarta dan Xianmen, China. Klinik ini mula beroperasi pada tahun 1997 di sebuah unit lot kedai tanpa kakitangan sebelum berkembang pesat hari ini menjadi popular dengan papan tanda iklan gergasi yang boleh dilihat merata tempat di seluruh negara.
Pakar Kulit Ko menawarkan pelbagai perkhidmatan estetik dari bidang dermatologi sehingga pembedahan plastik dan merupakan salah satu pusat dermatologi dan laser yang terkemuka di Asia apabila mendapat kepercayaan para pakar perubatan dan pelanggan dari seluruh dunia.
Ko seterusnya berkata, pihaknya juga merancangan untuk menambah cawangan baharu di China dan Australia berikutan permintaan perkhidmatan yang tinggi. Jelasnya, Beijing, Shanghai dan Nanjing bakal menjadi pilihan lokasi bagi cawangan di China manakala Perth di Australia.
“Perancangan pembukaan cawangan ini masih dalam perbincangan awal namun dijangka dapat dimuktamadkan secepat mungkin. Pembukaan lebih cawangan baharu di luar negara dilihat mampu merealisasikan impian kami untuk menakluk dunia pada masa depan.
“Para doktor di adalah penggerak utama kami dan dengan dedikasi dan kepakaran mereka, kami yakin meningkatkan lagi tahap perkhidmatan kosmetik dan estetik di rantau ini,” katanya.
Sementara itu, perkhidmatan yang ditawarkan di Pakar Kulit Ko melibatkan rambut, wajah, kulit, badan, pembedahan plastik dan ortopedik. Harga yang dikenakan mengikut bajet pelanggan. |
|
|
|
|
|
|
|
Ni yang iklan kat jejantas berdekatan empire tu kan...tertera no tel |
|
|
|
|
|
|
|
noor2 replied at 25-1-2015 06:44 PM
Ni yang iklan kat jejantas berdekatan empire tu kan...tertera no tel
Berani ke cuba..nti kulit bkn ok..jd K.O nti..heheh |
|
|
|
|
|
|
|
byk giler klinik dr ko ni merata2 ada.
kayo la |
|
|
|
|
|
|
|
Bile dah byk, nk maintain servis yg baik susah ...cek dulu doktor2 tu punye kelayakan. Kalo sekadar gp, baikle gi spital. Lg murah. |
|
|
|
|
|
|
|
Tempat aku ada 1..tp mcm takut nak masuk..sedaq diri gituu.. |
|
|
|
|
|
|
|
saladin780 replied at 25-1-2015 06:47 PM
Berani ke cuba..nti kulit bkn ok..jd K.O nti..heheh
tak berani la....lagi pun mesti mahai |
|
|
|
|
|
|
|
neotoxin replied at 25-1-2015 06:54 PM
federal highway kan?
Kat situla i nampak..masa jem...menghala kl |
|
|
|
|
|
|
|
Mahal ge bedil! Byk lg clinic yg okay dan harga berpatutan. |
|
|
|
|
|
|
|
I baru pg ioi city mall survey harga klinik dr lo, bkn dr ko. |
|
|
|
|
|
|
|
Ai embrace my aging. Jerawat, jeragat, parut jerawat, big pores, blackheads, whiteheads. |
|
|
|
|
|
|
|
Mahal nak mamp. tapi x berkesan buat apa.
Aku kena allergy kat muka & tgn merah & menggelupas. Pegi dr ko, cheras, 1st vst kena dkt RM500 Dia bagi krim & ubat allergic. 2 x lagi f/up, x ingat brapa kos.....tak de perubahan pun.
Sudahnya aku pegi Klinik Kulit Md Noh kat jln TAR tu. Lebih krg kosnya dgn dr ko. Skali dr tu tgk dgn handheld lampu ajaib dia...terus dia bagitau yg aku allergic kpd cahaya matahari (foto..apatah namanya).
Bagi ubat allergic, krim & nasihatkan aku jgn terlalu terdedah pd cahaya matahari. klu drive pakai sarung tangan . Kluar umah waktu siang,sapu sunblok spf 30 keatas.
3 x pegi...Alhamdulillah, elok jer muka & tgn aku...klu agak2 muka dah merah aku sapu krim & krim dia sgt berkesan.
Tak payahlah pergi sbb klinik dr ko ni dah mcm francais & terlalu kormesial , bukan jumpa dr ko pun. |
|
|
|
|
|
|
|
tau klinik dr.nathan kt bangsar tu je klu psl mslh kulit ni....dr zmn skolah lg |
|
|
|
|
|
|
|
dia punya pengalaman atau credentials ?? tak pun article tu sebut tang history of training?
i hope to see MRCP...derm...training UK ke....or aussie OR Malaysia |
|
|
|
|
|
|
|
Tuh la... org ckp skrg nih VVIP & org2 pemes jer dpt jumpa Dr.Ko direct. |
|
|
|
|
|
|
|
liton replied at 25-1-2015 09:08 PM
Mahal nak mamp. tapi x berkesan buat apa.
Aku kena allergy kat muka & tgn merah & menggelupas. Peg ...
Dah nama pun dr k.o... bkn dr o.k...heheh |
|
|
|
|
|
|
|
klinik dr.dass kat jalan reko pun ok
masa kecik memang ayah bawa ktorg g klinik tu
tapi skrg tak tau la ada lagi ke tak klinik tu
dah lama tak lalu |
|
|
|
|
|
|
| |
|