CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1685|Reply: 5

[Tempatan] Punca hg barang tak turun = sekali lg Rafizi jadi hero

[Copy link]
Post time 27-1-2015 12:39 PM | Show all posts |Read mode
Cukai minyak secara senyap punca harga barang tidak turun



KUALA LUMPUR 23 JAN- Tindakan tidak bertanggungjawab kerajaan mengenakan cukai secara senyap ke atas jualan petrol dan diesel bagi sektor komersil menyebabkan harga barang tidak dapat diturunkan, kata Naib Presiden KEADILAN, Rafizi Ramli.
Menurut Rafizi, berdasarkan Pekeliling Perbendaharaan yang dibocorkan kepadanya, beliau mendapati syarikat- syarikat minyak diwajibkan mengikut beberapa peraturan.



Antaranya, kerajaan mengenakan cukai jualan kepada industri dan sektor komersil berkuatkuasa 1 Januari lalu  di antara 40 sen hingga 58.62 sen seliter mengikut jenis bahan api.
Oleh sebab itu katanya, pengilang dan industri terpaksa membayar harga RM2.269 seliter (RON95) dan RM2.236 seliter (diesel) berbanding harga biasa RM1.91 seliter (RON95) dan RM1.93 seliter (diesel).
“Ini bermakna pengilang dan industri membayar dua bentuk cukai kepada kerajaan sekarang ini iaitu cukai jualan yang diumumkan melalui pekeliling setiap bulan dan cukai petrol/diesel tersembunyi akibat perbezaan ketara di antara harga pasaran dan harga yang ditetapkan kerajaan,” katanya dalam kenyataan media, semalam.
Katanya, sistem penetapan harga tersebut termasuk syarat AP makanan yang mewujudkan monopoli telah menjadi penghalang kepada peniaga untuk menurunkan harga barangan.
“Pentadbiran Datuk Seri Najib mengambil tindakan tidak bertanggungjawab mengenakan cukai senyap-senyap kepada industri untuk menambah pendapatan dengan harapan rakyat mengalihkan kemarahan kepada industri dan peniaga, bukannya kerajaan.
“Sedangkan kerajaan mengutip ratusan juta cukai dari rakyat dan peniaga setiap bulan sejak kejatuhan harga minyak berlaku,” katanya yang juga Ahli Parlimen Pandan.
Rafizi berkata, kempen senyap yang dibuat di laman sosial bahawa kononnya peniaga berbangsa Cina enggan menurunkan harga barangan adalah tidak benar.
“Rakyat harus sedar bahawa salah satu sebab harga barang tidak turun secepat harga minyak adalah kerana pengilang dan industri tidak menikmati kejatuhan harga minyak akibat cukai jualan yang diperkenalkan Datuk Seri Najib Tun Razak,” jelasnya.
Jesteru, Rafizi mendesak segala bentuk cukai yang dikenakan baik kepada rakyat, peniaga atau pengilang perlu dihentikan serta merta bagi memastikan penurunan kos di setiap rantaian iaitu dari pengilang hingga kepada pengguna.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-1-2015 02:04 PM | Show all posts
tunjukla pekeliling tu..sembang je..
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2015 02:14 PM | Show all posts
tak habis habis budak rapiji ni...semlm dah mengamuk org selangor, masuk TV3 lagi...
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2015 02:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Ooohh piji my hero...puiii
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2015 02:31 PM From the mobile phone | Show all posts
dulu minyak naik doploh sen , cendol naik sehengget.
bila minyak turun, ade cendol turun?

adekah cendol juga dikenakan cukai?omaigod. ngaku je la peniaga takkan turun harga barang.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-1-2015 04:03 PM | Show all posts
hahahahahahahahaha bukti tak de....kang bile kantoi mule la menggelabah spin sane sini
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-5-2024 03:10 AM GMT+8 , Processed in 0.814290 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list