CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1623|Reply: 0

Bungkus awal Kejohanan Juara-Juara

[Copy link]
Post time 29-1-2015 10:45 AM | Show all posts |Read mode

               

                     
                                                                                                                        
  •                                                                                                                                                         Nicol kalah mengejut ditangan Waters sekali gus gagal pertahankan mahkota Kejohanan Juara-Juara.
                                                               


                        
           RATU skuasy negara Datuk Nicol David memulakan musim 2015 dengan langkah sumbang apabila gagal mempertahankan gelaran Kejohanan Juara-Juara (ToC) di New York, minggu lalu.
        
        Nicol, yang beraksi pada kejohanan pertama selepas merangkul Kejohanan Dunia buat kali kelapan, bulan lalu, terpaksa mengakhiri cabaran apabila kalah kepada pemain pilihan kelima, Alison Waters, pada saingan suku akhir.
        
        Pemain nombor satu dunia itu kalah 9-11, 12-10, 7-11 dan 1-11 pada pertarungan selama 39 minit dalam gelanggang kaca di Grand Central Terminal.
        
        Berikutan penyingkiran Nicol, cabaran Malaysia pada kejohanan itu berakhir selepas pemain nombor dua negara, Low Wee Wern tersingkir pada pusingan pembukaan.
        
        Waters seakan tak percaya
        
        Menurut Waters, dirinya seolah-olah bermimpi apabila dapat menyingkirkan Nicol pada pusingan suku akhir.
        
        Katanya, dia tidak bermain cemerlang berbanding Nicol namun, tidak menolak elemen tuah membolehkannya mara ke peringkat seterusnya.
        
        "Saya rasakan ini satu permainan yang menyeronokkan. Saya beraksi agak baik. Saya lihat mungkin Nicol tidak berada pada tahap terbaik.  Saya gembira apabila memenangi perlawanan ini kerana tahu sukarnya menentang Nicol.
        
        "Saya mendahului 9-3 pada set ketiga dan kalah. Tidak sangka mampu menebus kembali pada set terakhir," kata Waters.
        
        Wee Wern juga gagal
        Sementara itu, pemain skuasy nombor dua negara, Low Wee Wern turut terkandas awal apabila dikalahkan jaguh handalan Amerika Syarikat, Amanda Sobhy.
        
        Menurut laman web rasmi kejohanan, www.tocsquash.com, Amanda yang merupakan bintang pilihan tempatan memenangi set pertama 11-7, namun Wee Wern berjaya mengekangnya daripada mendominasi permainan pada dua set berikutnya.
        
        Pemain kelahiran Pulau Pinang itu memenangi set kedua dan ketiga 11-5 dan 11-6, namun pada set keempat Amanda yang pada awalnya ketinggalan 5-1, berjaya bangkit  menyamakan mata 6-6 dan  menguasai permainan untuk menang 11-6.
        
        Set penentuan menyaksikan Wee Wern sekali lagi mendahului 7-5, bagaimanapun dia mula melakukan kesilapan demi kesilapan yang memberi peluang kepada pemain Amerika itu untuk mengawal permainan dan menang 11-7.

sinar harian

               
            

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
...HUMANITARY CHAT...
seribulan...HUMANITARY CHAT...
Views : 33910 Replies : 750
DAILY WISDOM TO YOU - YOU CAN
adila39DAILY WISDOM TO YOU - YOU CAN
Views : 220706 Replies : 627
V82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Report to ICE (USA IMMI) on post #3566
anony-mousV82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Repor
Views : 105856 Replies : 4662
Datuk Red dah tak ada duit, pasrah Adira kahwin dengan lelaki kaya
RalineDatuk Red dah tak ada duit, pasrah Adira
Views : 11072 Replies : 15
AcikPor Mendonia di Threads. Setujukah anda?
Tinot7AcikPor Mendonia di Threads. Setujukah a
Views : 31797 Replies : 15
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 140969 Replies : 1491
Hanya 25 % rakyat Malaysia pakai tali pinggang ketika memandu.Apa yang berlaku?
YgBenarHanya 25 % rakyat Malaysia pakai tali pi
Views : 13880 Replies : 3
Shukri Yahaya sengaja kusutkan rambut untuk buat penonton benci
RalineShukri Yahaya sengaja kusutkan rambut un
Views : 9903 Replies : 11
Acikpor vs. Ngai, menanti penerbangan khas di balai ketibaan
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai, menanti penerbangan kh
Views : 177686 Replies : 6133
Harga emas dijangka catat paras tertinggi baru RM434.19 segram
RalineHarga emas dijangka catat paras tertingg
Views : 20764 Replies : 129

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2025 07:52 AM GMT+8 , Processed in 0.037936 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list