View: 7169|Reply: 52
|
[Tempatan]
Harga baru Petrol RON95 RM1.70 (sepatutnya RM1.62)
[Copy link]
|
|
Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli berkata Putrajaya sepatutnya menetapkan harga seliter petrol RON95 pada kadar RM1.62 bagi bulan Februari.
Dalam satu kenyataan akhbar hari ini, Rafizi berkata, angka ini akan mencerminkan harga pasaran purata petrol RON95 di Malaysia, seperti yang ditentukan oleh MOPS (Mean of Platts Singapore)
Katanya, jika subsidi dipulihkan, seperti yang digesa oleh PKR, maka harga akan hanya menjadi RM1.32 seliter.
Terdapat spekulasi bahawa harga minyak akan diturunkan pada 1 Februari, selaras dengan kejatuhan harga minyak mentah.
Sumber dalaman industri memberitahu Malaysiakini bahawa mereka menjangka Putrajaya akan menambat RON95 pada harga RM1.63 seliter dan diesel RM1.62 seliter.
Putrajaya telah memansuhkan subsidi petrol dan diesel bulan lalu selepas harga minyak mentah mencecah paras paling rendah dalam rekod. Satu mekanisma harga "apungan terurus" kemudiannya diperkenalkan.
Pada masa ini, harga seliter RON95 ialah RM1.91 manakala diesel dijual pada harga RM1.93 seliter.
Jika RON95 dijual bawah harga RM1.75 seliter, ia akan menjadi jumlah yang paling rendah sejak 2009.
Sementara itu, Rafizi turut mendakwa, Putrajaya telah mengumpul kekayaan sebanyak RM1.15 bilion bagi "cukai bahan api" berikutan petrol yang telah dijual melebihi harga pasaran antara bulan Disember dan Januari.
Hujah beliau berdasarkan harga oleh MOPS, kadar pertukaran matawang harian dan data harga penggunaan yang disediakan kerajaan.
Pengiraan yang dibuat naib presiden PKR itu juga mengandaikan, harga pasaran yang betul untuk satu liter bahan api RON95 telah berubah-ubah antara RM1.75 dan RM1.49 antara 1 Januari dan 28 Januari.
Manakala, harga pasaran untuk satu liter diesel adalah antara RM1.80 dan RM1.55 semasa tempoh sama.
Bagaimanapun, menurut Rafizi, Putrajaya telah menetapkan harga RM1.91 seliter bagi RON95 dan RM1.93 seliter bagi diesel pada bulan Januari.
Oleh yang demikian, Rafizi yang turut menyediakan pengiraan dari hari ke hari dalam kenyataan akhbarnya itu menegaskan, pengguna juga secara berkesan telah membayar "cukai bahan api" kepada kerajaan.
"Oleh kerana rakyat terus membayar pada harga yang lebih tinggi dari harga pasaran (walaupun tanpa subsidi), BN mendapat durian runtuh dengan mengutip cukai petrol tanpa diumumkan kepada rakyat," katanya.
Sehubungan itu, Ahli Parlimen Pandan itu mencabar kerajaan Persekutuan untuk menyangkal dakwaannya dan mendedahkan formula yang digunakan untuk menentukan harga bahan api.
Malah, beliau turut mengulangi permintaaannya supaya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menghentikan kutipan "cukai bahan api" dan menubuhkan Tabung Penstabilan Harga Minyak dengan menggunakan cukai tersembunyi yang telah dikutip untuk digunakan semasa harga petrol dan diesel dinaikkan.
Beliau turut mencadangkan supaya harga terkini bahan api disemak setiap minggu bagi mengelakkan rakyat terus membayar jauh lebih tinggi daripada harga pasaran dan menghentikan cukai tersembunyi akibat perbezaan harga itu.
"Tindakan mencukai rakyat melalui pembelian petrol dan diesel pada ketika ekonomi negara semakin teruk melambangkan keterdesakan kewangan pentadbiran Najib," katanya lagi. |
|
|
|
|
|
|
|
Nape kat sempadan siam masih seludup petrol, diesel kita? |
|
|
|
|
|
|
|
Apasal kecoh plak? Ko suka harga mahal ke?
|
|
|
|
|
|
|
|
aku x suka..tapi lek la..nanti goverment umum la..
|
|
|
|
|
|
|
|
Bukan dia ni ka yang kata kerajaan mesti prihatin dengan nasib pengusaha stesen minyak yang alami kerugian pasal kerajaan turunkan harga minyak? sekarang kenapa desak suruh turunkan lagi harga minyak?
Pasal harga minyak ni, si rapiji tak perlu desak kerajaan turunkan harga minyak pun memang harga minyak akan turun bulan februari ni. Kecoh saja mamat ni. Lepas ni adakah dia akan tunjuk hebat sembang pasal harga minyak setiap kali hujung bulan? |
|
|
|
|
|
|
|
Words cannot do anything m chubby cheeks .... y dont u do sthing abiut sthing that u can. X menyokong bn, but u guys from ba ... ape bezanye ... |
|
|
|
|
|
|
|
haiyoooo pening kapla toke stesen minyak...bleh bengkrap la ini mcm |
|
|
|
|
|
|
|
harga mahal berarti negara kita maju
harga murah taraf indon...indon pun xmurah cam tu
otak cai fanatik
|
|
|
|
|
|
|
|
Jap lagi Persatuan Stesen Minyak akan keluar TV3 berkata-kata. |
|
|
|
|
|
|
|
diammm ahh piji... memekak je ko... |
|
|
|
|
|
|
|
Rafizi dah umum harga dulu sebelum government
Kalau sampai Februari harga tak turun dua dua kena maki... |
|
|
|
|
|
|
|
eizarz replied at 30-1-2015 07:20 PM
aku x suka..tapi lek la..nanti goverment umum la..
Klu tak di kecohkan, gomen takkn umumkan....
Klu nak naikkan harga, sekejap je..... |
|
|
|
|
|
|
|
Orix replied at 30-1-2015 09:28 PM
diammm ahh piji... memekak je ko...
Biarlah dia memekakkn telinga kita....nanti kita gak dpt benefit..... |
|
|
|
|
|
|
|
Macai lebih suka harga mahal. Baru mcm negara maju |
|
|
|
|
|
|
|
pengusaha minyak mengeloh pasai keuntongan banyak
ditaborkan untuk mengayakan Petronas . soal jual beli tidak jelas
dek sebab org tengah fokus mencari untong .
|
|
|
|
|
|
|
|
Harga baharu minyak mulai 12.01 malam ini
KUALA LUMPUR 30 Jan. - Harga baharu minyak akan diumumkan tengah malam esok sebelum berkuat kuasa pada 12.01 tengah malam, 1 Februari.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hasan Malek berkata, kerajaan tidak mengumumkan harga baharu komoditi itu lebih awal kerana keputusan tersebut telah diputuskan oleh Kabinet mulai tahun ini.
Bagaimanapun, katanya, terpulang kepada hak masing-masing untuk membuat spekulasi tentang harga baharu minyak yang akan diumumkan kerajaan nanti.
“Kita akan teruskan begitu sebagaimana yang telah dibuat pada 1 Januari lalu. Dalam masa sama, saya juga tidak boleh menahan mana-mana pihak untuk membuat spekulasi berhubung harga minyak kali ini. Tunggu keputusannya tengah malam esok jika tiada apa-apa masalah,” katanya selepas merasmikan Program Keusahawanan Bumiputera Coolblog di sini hari ini.
Yang turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif Ekuiti Nasional Berhad (Ekuinas), Datuk Abdul Rahman Ahmad; Pengarah Urusan Perbadanan Nasional Berhad (PNS), Datuk Syed Zainol Khodki Shahabudin; Pengerusi Coolblog merangkap Pengarah Kanan Pelaburan Ekuinas, Nik Johaan Nik Hashim dan Pengarah Universiti Antarabangsa Unitar, Ijlal Nadzir.
Pada 1 Januari lalu, kerajaan telah mengumumkan harga minyak RON95 diturunkan sebanyak 35 sen kepada RM1.91. Langkah itu dibuat setelah subsidi minyak dihapuskan pada 1 Disember 2014.
Dalam pada itu, ketika diminta mengulas tentang kenaikan cukai diesel sebanyak 30 sen ekoran penurunan harga minyak, Hasan berkata, pengguna perlu membuat keputusan bijak sebelum membuat sesuatu pembelian.
“Ketika harga minyak naik, peniaga bagi alasan mereka tiada pilihan dan kena naikkan harga barang dan apabila minyak turun, mereka senyap. Jadi pengguna kena suarakan di mana silapnya. Di pihak kementerian pula, kita sentiasa bekerjasama rapat dengan pengeluar, pengilang dan peruncit untuk mendapatkan kesefahaman antara kedua-dua pihak sekali gus mewujudkan situasi menang-menang antara pengguna dan peniaga,” katanya.
Semalam, Persatuan Pengilang dan Industri Perkhidmatan Bumiputera Malaysia (PPIPBM) menyuarakan tentang kenaikan cukai diesel sebanyak 30 sen yang didakwa memberi kesan besar kepada operasi hampir keseluruhan industri berkaitan pengilangan dan logistik.
|
|
|
|
|
|
|
|
Piji masih bising padal subsidi minyak ka?.. |
|
|
|
|
|
|
|
jazaa replied at 30-1-2015 09:44 PM
Biarlah dia memekakkn telinga kita....nanti kita gak dpt benefit.....
Iyolah tu ...bolehla panggei pijibenifit.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|