Shah Alam: Sebuah pusat hiburan di Selayang dikesan mengumpan gadis muda yang berpakaian seksi bagi menarik perhatian lelaki hidung belang untuk menghilangkan 'dahaga batin'. Difahamkan, gadis muda warga asing ini akan mengenakan bayaran antara RM50 hingga RM200 untuk menemani pelanggan dan turut menawarkan khidmat seks kepada pelanggan jika bayaran yang ditawarkan kena pada harganya. Bagaimanapun, tembelang itu terbongkar apabila 12 daripada mereka ditahan dalam Operasi Ops Sayang dan Ops Selera yang diadakan Jabatan Imigresen Selangor bermula 11 malam dan berakhir jam 4.30 pagi. Pengarah Jabatan Imigresen Selangor Amran Ahmad berkata, seramai 44 warga asing ditahan kerana gagal menunjukkan dokumen perjalanan sah selain dikesan melakukan pelbagai kesalahan imigresen lain. Menurutnya, operasi dijalankan hasil daripada aduan orang ramai mengenai kebanjiran warga asing yang menjalankan aktiviti tidak bermoral di empat lokasi di sekitar Puchong, Selayang dan Subang Jaya. Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya.
Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 1 Februari 2015 @ 5:09 AM
http://www.hmetro.com.my/node/27781
|