Sebuah lagi kereta konsep digital diperlihatkan di dalam Vision Gran Turismo. Kali ini giliran pengeluar kereta Alpine pula dengan konsep kereta futuristik menarik. Konsep ini dihasilkan sempena ulang tahun ke 60 syarikat yang berpengkalan di Perancis ini. Konsep Alpine ini diperkasakan enjin V8 4.5 liter dengan kelajuan maksimum 320 kilometer sejam. Ia turut dilengkapi sistem brek udara pada bahagian belakang. Sekali pandang kelihatan seperti kereta Mach 5 dari kartun Speed Racer.