CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2555|Reply: 12

[Tempatan] Perogol Pakai Baju Pengakap,Persatuan Pengakap Kesal

[Copy link]
Post time 4-2-2015 07:00 PM | Show all posts |Read mode
Edited by GhostWalking at 4-2-2015 11:09 AM

Persekutuan Pengakap Kesal Tahanan Lokap Pakai Baju Pengakap   
Diterbitkan: Rabu, 4 Februari 2015 6:26 PM
Awang Zaini Suntim



TAWAU: Persekutuan Pengakap Malaysia kesal berhubung isu seorang lelaki warga asing memakai baju pengakap semasa ditahan atas kesalahan merogol, baru-baru ini.  

Timbalan Ketua Pesuruhjaya Pengakap Malaysia Datuk Awang Zaini Suntim berkata perkara itu tidak seharusnya berlaku kerana ia secara tidak langsung mencalar nama baik persekutuan berkenaan.

"Segala keperluan rasmi barangan pengakap hanya boleh dimiliki oleh anggota pengakap yang berdaftar secara rasmi dan haruslah warganegara Malaysia sahaja.  

"Timbul persoalan, bagaimana seorang tahanan memakai baju rasmi persatuan kami, dan diharap perkara sebegini tidak berlaku lagi pada masa akan datang,"katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Beliau berkata demikian mengulas laporan sebuah akhbar tempatan semalam, yang memaparkan gambar lelaki warga asing memakai baju aktiviti pengakap semasa dihantar ke lokap selepas dibicarakan di Mahkamah Sesyen Tawau.

"Kita berasa kesal dan berharap pihak berkaitan tidak lagi membenarkan orang yang dituduh atau dijatuhi hukuman di mahkamah memakai baju pengakap. Tahanan di lokap tidak seharusnya dibiarkan memakai baju pengakap termasuklah semasa hendak dibawa ke mahkamah," katanya.  

Beliau berkata pihaknya khuatir masyarakat mempunyai persepsi buruk terhadap anggota pengakap sekiranya situasi seumpama itu berlaku. Sehubungan itu, Awang Zaini yang juga Ketua Pesuruhjaya Pengakap Sabahberkata pihaknya akan mengemukakan usul supaya baju atau keperluan pengakap tidak lagi dijual secara bebas di pasaran.  

"Selain itu, kita berharap baju atau barangan kelengkapan sebagai anggota pengakap tidak dijual secara bebas di pasaran kepada orang yang bukan ahli kita. Kita tidak mahu nama baik pengakap tercalar kerana perkara yang tidak mempunyai kaitan langsung dengan pertubuhan ataupun anggota pertubuhan ini.  

"Kita mungkin mencadangkan hanya premis atau tukang jahit berdaftar dengan kita yang berhak mengeluarkan kelengkapan pengakap selepas ini," katanya. -BERNAMA
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-2-2015 07:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Lawak..pengakap nampak macam polis Yindon agaknya.
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2015 07:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah yindon tu curi baju pengakap..
X pyhlah nk sentap
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2015 07:07 PM | Show all posts
gigih try carik gambar
tak jumpa2


Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2015 07:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Dia beli kat bundle kot
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2015 07:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Loh..baju pengakap bersepah2 dijual....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-2-2015 09:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Apa motif dia ye..knp pilih pengakap..harus baju curi kat ampaian tu...
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2015 09:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Apa motif dia ye..knp pilih pengakap..harus baju curi kat ampaian tu...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-2-2015 09:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Mesti pakai baju pengakap diraja ni..sbb size besor..
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2015 09:25 PM | Show all posts
orang sedekah kut
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2015 06:03 AM | Show all posts
bukang nya menggugat keselamatan negaro...
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2015 03:39 PM | Show all posts
Nape la baju pengakap jugak jadi pilihan
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2015 10:03 AM | Show all posts
baju tangkap muat je tu. haahhaa
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 11:22 PM GMT+8 , Processed in 0.069988 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list