CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1239|Reply: 5

[Tempatan] Pemuda PAS Kuantan dakwa ada komplot jatuhkan Hadi

[Copy link]
Post time 9-2-2015 10:57 AM | Show all posts |Read mode
Pemuda PAS Kuantan dakwa ada komplot jatuhkan Hadi



KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Kuantan, Pahang mendakwa terdapat komplot terancang didalangi beberapa pemimpin tertinggi parti itu bagi menjatuhkan Datuk Seri Abdul Hadi Awang selaku Presiden PAS dan kepemimpinan ulama.
Berikutan itu lebih 300 ahli Dewan Pemuda PAS Kuantan berkumpul di hadapan   Pejabat Agung PAS Pusat di Jalan Raja Laut di sini pagi tadi bagi mendesak PAS memecat mereka yang terbabit dengan komplot itu.
Ketua Dewan Pemuda PAS Kuantan, Fadhli Ibrahim, berkata pihaknya mempunyai banyak bukti kukuh termasuk akuan berkanun daripada individu terbabit dengan komplot menjatuhkan Abdul Hadi selaku Presiden PAS.

"Kebelakangan ini terdapat satu komplot jahat dilihat secara konsisten menyusun dan merancang strategi untuk menguasai PAS Pusat dan menjatuhkan Presiden serta kepemimpinan ulama melalui kerja-kerja khianat di luar batasan Islam.
"Mereka juga memfitnah pemimpin dilihat bersama Tuan Guru Presiden PAS seperti Setiausaha Agung dan ahli keluarga Presiden," katanya pada sidang media di sini.
Fadhli turut mendakwa kumpulan itu mensabotaj setiap keputusan dibuat Presiden dan Majlis Syura Ulama kerana tidak selari dengan kehendak pihak tertentu dalam pakatan pembangkang.
"Oleh itu DPP PAS Kuantan merasakan ahli parti perlu disedarkan mengenai kewujudan komplot jahat untuk menjatuhkan Presiden dan kepemimpinan ulama.
"Kami juga mendesak mereka yang terbabit dengan komplot jahat itu supaya meletak jawatan," katanya.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 9-2-2015 10:58 AM | Show all posts
ape komen org pas
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-2-2015 11:06 AM | Show all posts
Edited by akughi at 9-2-2015 11:08 AM

Komplot guling Hadi: Hatta didakwa jadi dalang






FADHLI  IBRAHIM  (kanan) menyerahkan memorandum bantahan mengenai dakwaan terdapat komplot untuk menjatuhkan Presiden Pas kepada Penolong Setiausaha Agung 2 Pas, Khairil Faizi Omar di Pejabat Agung Pas, Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur, semalam.  – UTUSAN/IRWAN MAJID - See more at: http://www.utusan.com.my/berita/ ... thash.aA8Pc2oF.dpuf


Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2015 11:07 AM | Show all posts
itu semua ketentuan illahi...

-pak murad, ahli sorban seumur hidup
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2015 11:21 AM | Show all posts
ni semua HUMNO punya pasal
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2015 11:24 AM | Show all posts
sudah2 laaa Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, step down jer laaa......

Tuan Guru sudah tidak relevan dgn perjuangan politik mutaakkhir
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-5-2024 05:14 AM GMT+8 , Processed in 0.054467 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list