Syarikat MLM Beri Masa 14 Hari Untuk Azad Jasmin Betulkan Keadaan
Setelah pihak Azad Jasmin mengadakan sidang akhbar demi mempertahankan diri daripada dakwaan melesapkan wang pelabur sebuah syarikat MLM, kini Rania Marketing Sdn. Bhd. sendiri tampil untuk memperjelaskan perkara sebenar.
BACA: Eira Syazira & Azad Nafi Terlibat Lesapkan Duit Pelabur MLM Rania Marketing
Duta kepada syarikat tersebut, Mohd Hisham, mendakwa Datin Muniroh Shuhaimy dan suami tidak pernah menuduh bahawa Azad menggelapkan atau melarikan wang orang bawahannya seperti mana didakwa media.
“Ini semua salah faham, Datuk tak pernah mengatakan dalam mana-mana media bahawa dia menuduh Azad dan Eira Syazira menggelapkan atau mengambil sejumlah wang yang dinyatakan. Datuk hanya cakap mereka berdua mencapai pendapatan terkumpul hampir RM200,000 semasa menjadi pengedar Rania sejak Mei 2014 sehingga sekarang”
“Kami yakin wujud kekeliruan dan salah faham daripada pihak Azad,” katanya yang turut memberitahu perancangan roadshow yang telah dirancang melibatkan Azad dan isteri turut terbatal ekoran daripada keputusan mereka menarik diri.
Selain itu, Azad juga turut dijemput daang ke pejabat urusan syarikat berkenaan bersama 1000 orang yang didakwa tidak mendapat bayaran yang sepatutnya.
“Mohon rangkaian Azad boleh beritahu apa masalah sebenar, siapa yang tak dapat pulangan. Dalam Utusan cakap sehingga 1000 orang. Bagi saya ini kekeliruan, 1000 orang boleh datang pejabat buat semakan,” katanya lagi.
Hisham menyatakan sebolehnya pihak mereka mahu perkara tersebut diselesaikan secara baik namun memberi 14 hari untuk Azad menjawab dan memperbetulkan kembali keadaan.
Akak syak yg si Azad & Eira ni hanya sembang kencang mengenai mcm mana nak expand network mereka sahaja.
Mungkin produk pun mereka ni tak kenal?
Downline-downline yang hard-up sangat mahu lepak dgn artis ni pun, setuju saja labur duit sebab udah dibrain-wash dgn kenyataan pendapatan sekian-sekian utk tempoh sekian-sekian.
Walhal mereka kena jual produk sebenarnya. Pasti si Azad & Eira hanya jual marketing plan akak syak.
jangan kecoh sana sini
karang KPDNKK dtg ambush
dr bley cari untung, terus sume lingkup
sume MLM yg kt Malaysia ni mcm tu
benda bley buat
bila ade group yg langgar peraturan
dtg KPDNKK die tutup sume
takde die sita group tu saja
bila dh sita, hapa pun tak dapat
siasatan tah selesai zaman bila
so berhati2lah yg buat Rania Marketing ni
sure KPDNKK tgh duk intai2
buat semak paper jer keluar cerita depa nie..statement after statement..semua taknak mengaku salah.. esok lusa, lepas senyap, ade lagi mangkuk hayun yang tertipu..
nak2 plak kalau yang promote tuh retis..gebang tak hingat.. cerita kencang ninnndiaaa... last2, debu2 kasih je la..duit poket melayang, semua dok ngaga..
padan kan muka jer la mampu...but this idiocy life-cycle will continues..