|
Edited by onnabila at 14-2-2015 03:20 PM
Kejadian ini baru berlaku seminggu yang lepas. Datuk sedara aku tetiba aja jatuh sakit dan minta dibawa ke hospital. Sementara bersiap nak ke hospital, anak anak dia perasan bapa dia gelisah semacam dan sekali kala dia mendengus dengan suara yang pelik.
waktu maghrib sepupu aku pergi ke rumah datuk sedara aku nak tolong bukakan lampu rumah. Iyalah, anak yang duduk dengan dia kan temankan dia kat hospital. Tak semena semana sepupu aku cakap ada angin sejuk yang bertiub ke arah beliau dan tak lama lepas tu ada sesusuk tubuh yang menyerupai datuk sedara aku berdiri di laluan nak ke dapur. Bezanya, datuk sedara aku ni bongkok tetapi benda tu tegap tinggi. Adalah dalam 1 minit dia menampakkan diri. Sepupu aku time tu dah gelabah.
Lepas benda tu menghilangkan diri, kelam kabut sepupu aku balik ke rumah dia tetapi yang dia perasan seolah olah benda tu memerhatikan dia dari rumah datuk sedara kitaorang. Masa dia turun dari tangga, dia perasan ada bau bunga tanjung yang agak kuat.
Entahlah..makcik aku kata mungkin itu Qarin. Seorang lagi makcik aku ( mak sepupu aku tadi) cakap itu mungkin saka atau penjaga datuk sedara aku.
Padanlah anak anak dia yang lain macam berat hati nak duduk lama lama kat umah datuk sedara aku ni. Bukan nak kata apa, mereka duduk berdua aja kat umah kampung yang boleh dikatakan besar. |
|
|
|
|
|
|
|
kalo blh merupa tuan ni, bukan org panggil hantu raya ke..? |
|
|
|
|
|
|
|
selalunya yg menyerupai tuan punya badan ...hantu raya |
|
|
|
|
|
|
|
ha ah selalu bace buku cite antu lame2 pun die ckp hantu raye, kalau die menyerupai tuan die.. eee freaky huhu |
|
|
|
|
|
|
|
wowww weee...kampung mana tu tt |
|
|
|
|
|
|
|
Baikla bela lembu ke kambing ..dpt gak jual... X takut ke nak membela benda2 mcm tu..![](static/image/smiley/default/mad.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Hantu raya la tu. Badan pun tegap je kan. Sok2 kalau atuk sedara ko meninggal takut hantu raya dia kacau anak cucu je |
|
|
|
|
|
|
|
Bekas isteri pakcik akupun mcmni..mmg benda tu betul2 menyerupai tuan dia. Muncul dekat maghrib sambil kutip bunga melor. Tpi perempuan tu mmg ade membela pun. Dlm cerita TT ni mungkin saka kot. |
|
|
|
|
|
|
|
ke hantu raya![](static/image/smiley/default/funk.gif)
atok ko mmg ade membela ke |
|
|
|
|
|
|
|
kalau bidan ni selalu bela saka apa ek?![](static/image/smiley/default/3sweat.gif) |
|
|
|
|
|
|
| |
|