CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2018|Reply: 1

[Tempatan] Majoriti penghidap HIV akibat seks

[Copy link]
Post time 23-2-2015 10:01 AM | Show all posts |Read mode


CHERAS - Gejala seks bebas direkodkan sebagai penyumbang utama pertambahan pesakit Sindrom Kurang Daya Tahan Melawan Penyakit (Aids) di negara ini.
       
        Pengarah Eksekutif Majlis Aids Malaysia (MAC), Roswati Abdul Ghani berkata, sehingga kini sebanyak 70 peratus kes direkodkan bermula dari golongan remaja belasan tahun sehingga golongan dewasa.
       
        “Berdasarkan statistik, ia menunjukkan pertambahan yang amat membimbangkan, kita sering menganjurkan kempen kesedaran terutamanya di kalangan belia.
       
        “Jika dulu, sebanyak 70 peratus pesakit HIV dan Aids adalah dalam kalangan penagih dadah, tapi sekarang jumlah yang sama melibatkan seks bebas,” katanya ketika program Kesedaran Awam Terhadap HIV dan Aids anjuran Persatuan Kesejahteraan Rakyat 1Malaysia (KER1M) di sini semalam.
       
        Hadir sama dalam majlis itu Pengerusi KER1M, Datuk Ranjith Raja.
       
        Mengulas lanjut katanya, pencegahan awal sangat penting memandangkan generasi muda kini terdedah dengan pelbagai gejala sosial yang membimbangkan.
       
        “Kita mahu penglibatan dan sokongan masyarakat dari pelbagai agama dan bangsa dalam aktiviti memerangi masalah HIV dan Aids.
       
        “Dengan aktiviti sebegini, masyarakat didedahkan dengan amalan gaya hidup sihat,” ujarnya.
       
        Terdahulu dalam program yang sama, wakil dari MAC, Surain Victor menyampaikan ceramah berhubung faktor yang boleh mengakibatkan seseorang mendapat HIV.

sumber:sinar harian

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-2-2015 09:31 AM | Show all posts
kaum mana yg kuat terpengaruh gejala seks?  rasanya melayu. jarang dgr india dan cina
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 05:53 PM GMT+8 , Processed in 0.046394 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list